Saturday, March 19, 2011

Terima kasih sahabat


Maaf.

Hati ni meronta mahu pulang ke sisi keluarga.
Rasa rindu yang amat sangat pada insan itu.
Sabarlah duhai hati, kamu pasti pulang juga.

*************************************

Semalam, cam biasa, saya pulang lewat lagi.
Tak tahu nak rasa apa dah.
Setiap kali balik lambat, ia melibatkan dua perasaan, 
perasaan nak siapkan kerja sebaiknya, dan
perasaan seorang sahabat.

Maaf,
mungkin saya tak boleh nak kata face-to-face,
tapi di sini, saya mahu tujukan kata maaf buat sahabat dunia akhirat saya,
sahabat yang telah banyak berkorban untuk saya.

Kenapa saya tak terima sahaja TM MMC dulu?
At least, saya tak akan menyusahkan hidup orang lain.
Saya sangat sedih.

Buat sahabat yang saya cintai,
terima kasih sebab sentiasa tunggu aku,
bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dah.
Semoga Allah balas segala apa yang telah kamu lakukan.

Maaf aku pohon kerna penantian itu satu penyeksaan, dan ketidak selesaan.
Aku tak tahu nak buat dah.
Semoga Allah gantikan penantian kamu itu dengan sesuatu yang lebih baik lagi dalam hidup kamu, 
itu pintaku padaNya. 

Maaf sahabat..
dan terima kasih kerna memahami tugasan yang aku pikul untuk 3 bulan ni.
Maaf...
******************************************************

Saya mula rasa menyesal terima tawaran ni.
Boleh tak saya cakap macam tu?

Saya tak rasa apa-apa untuk intern saya ni.
Intern cuma sekali dalam masa saya belajar ni, 
tapi saya masih tak temui diri saya ni kat sini,
even saya dah mula selesa dengan orang2 yang bekerja dengan saya.

Mungkin....
jalan yang saya pilih ni...
adalah bukan untuk saya....
Saya nak patah balik sudah tak boleh...
Hanya mampu untuk terus melangkah dan mohon kekuatan dariNya.

p/s : Jika masa boleh berputar ke belakang semula... saya mahu berada di sana.

3 comments:

aishah said...

mmg bkn senang tuk menerima kesusahan secara rasional..tp pcyalah sahabat...kesusahn itu pasti akan ad ganjaran yg tsendiri..berserah dan yakin pada DIA..

Moga rahmat dan keredhaan Allah bersamamu..:)

LoVe_mE !Qa said...

jangan mudah mengalah bile masa nya belum berakhir..mira kena kuatkan semangat..jangan berhenti berharap pd pertolongan Allah swt..walau banyak mana pun mira mengeluh..mira menyesal..mira kena & mesti balek pd Allah swt..sbb hanya Dia sahaja yg faham ape yg ada dalam hati mira..

p/s: setiap apa yg kita dah lakukan itu semua Allah dah tentukan awal2..be strong ok my dear ^^ Dia sentiasa menantikan suara hati mira =)

..: nurish :.. said...

ecah : ^_^ mekasih cah..

kak iqa :
insyaAllah... sy akn teruskan tak kira apa yang terjadi. Kekadang kita tak akan dapat apa yang kita mahukan..kerna DIA hanya berikan apa yang kita perlukan.
Sy tak patut mengeluh sebenarnya..tp kerna beban yang sy rasa sebabkan saya jd begini..
alhamdulillah.. setakat ini sy dapat tahu apa yang sy akan wat dalam 2-3 tahun lagi.. apa yang terlah terjadi selama ni buatkan saya perlu rancang sebaiknya hidup sy ni..dan syukur..sy hampir tahu apa yg sy nak wat.. doakan sy ye kak..smg Allah redha dengan apa yang saya nk lakukan.. ^^

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law