Monday, March 28, 2011

Next...


Alhamdulillah.. my SV accept my idea just I have to add a few things inside.
So..tomorrow I really have to focus so that I can finish it on time.

^_^

Hari ni, tak de apa yang menarik sangat,
cam biasa, buat CV Screening, dah lama tak screen, hari ni buat terasa rindu sangat dengan keje ni..hahaaha..
then tengok-tengokkan slide untuk CBI Training esok.

CBI Training ni adalah kursus yang disediakan untuk para interviewers.
Mereka ni pangkat Manager-manager semuanya, dalam 10 orang kalau tak silap.

Mereka akan dikursuskan bagaimana mahu menilai candidate yang datang interview dari segi percakapan, imej dan sebagainya. Perrghh.. bila dengar cam best plak, tapi tak tahulah dapat join sekali esok atau pun tidak. Kalau tak dapat join, melopong sambil wat projek je la esok..hehehe..

Hurm...
Pagi tadi, terdetik sesuatu kat hati ni.
Dah lama tak rasa camni, last rasa waktu kat kampus.
Selalunya once rasa benda ni, ada sesuatu yang terjadi.
Tapi pagi tadi tak tahulah.
Perasaan tu sampai ke petang terbawa-bawa.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Walau apa-apa pun, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam jagaanNya.
Dan terima kasih pada keluarga Nadiah.

Hari ni family Nadiah turun sebab esok ayah die nak buat kemo.
Hari ni merupakan first time saya makan bersama family dia.
Selalunya saya dengan Nadiah makan dulu, tak pun kami makan last sekali,
segan punya pasal la katakan.

Walaupun saya diam je tadi, 
tapi satu je yang saya rasa, 
iaitu nikmat berada bersama keluarga.
Dan time tu saya betul-betul teringatkan ibu dan abah.

Terima kasih kerna bagi saya makan habis paru tu..
hahaha..
faveret tu.. nak habiskan awal-awal,
tengok makteh Nadiah macam nak juga, tak manis plak berebut.
Hahaha.. gurau-gurau~~~

Walau pepun, saya enjoy hari ni.
Terima kasih. 
Semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan kalian.

Ok.. mahu rehat, esok kene gi keje.. huahahahahaha..

p/s : profile dh tukar. hurm..  bila pula masanya inbox nk penuh??

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law