Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, March 11, 2011

Hari Kesembilan - My first Meeting


Dah jam 11 malam lebih. hehehe.
Alhamdulillah..akhirnya saat untuk cuti yang ditunggu sejak Isnin lepas tiba juga.

Hari ni kerja tak banyak sangat.
Hurm..actually perkemaskan lagi filing yang dibuat sejak kelmarin, then tolong Kak Nadia wat CV Screening lak.
Rutin biasa tapi best bagi saya.

Pagi tadi, cam biasa ada tazkirah.
Setiap Jumaat memang ada tazkirah pendek, then ramai-ramai makan sarapan sama-sama.
Minggu ni, kali kedua saya join this team.
Seronok jugalah.

Perkongsian minggu ni adalah soal JUJUR. Tadi en Fatih..kalau tak silap ar nama dia, bercerita tentang Dinasti Cina, mengaitkan isu JUJUR ni. Last week lak En Zam.. kalau tak silap ar nama dia..
menceritakan isu tauhid.

Alhamdulillah..terisi juga jiwa saya ni dengan adanya perkongsian tazkirah ni. Once tazkirah selesai, apa lagi..masa untuk menjamu selera! Yeay!

Petangnya pula, saya hadiri meeting division.
Kak Jamilah wat meeting sebabnya next week dia dah due [bersalin],
so dia agihkan tasks pada staff-staff yang lain.
Talent Sourcing ni tak lah ramai mana.. dalam 9-10 orang je.

Dan tadi jugalah, saya baru benar-benar clear tentang apa yang dilakukan oleh division ni.
Memang dengar tadi gerun je. 
Kesian pun ada pada permanent staff, banyak giler kerja depa.
Dah ar tak cukup orang, kerja lak berlambak.
Padanlah sumenye muka stress-stress je.hahaha.

Pepun.. saya enjoy hari ni dengan kerja saya.
Alhamdulillah. Semoga Allah kekalkan rasa ni selalu.
Dan saya akan lakukan yang terbaik untuk task yang mereka harap untuk saya lakukan.
Saya takut tak dapat nak siapkan dalam masa 2 bulan ni.
Mudah-mudahan dapat siapkan, dapatlah saya sumbang something untuk meringankan kerja mereka semua.


Nanti saya snap gambar mereka2 yang lain plak ek.. huhuhu...
Ni la antara staff-staff yang saya kenal dan familiar.. tapi sebenarnya ramai yang intern.. budak UiTM je..sorang je yang saya rasa staff permanent..yang lain semuanya intern.. hebat x UiTM.. hantar budak HR intern ramai-ramai sampai 12 orang dalam satu deparment..haaiisshh..


Perkemaskan lagi BOP..
Then...


Ni bila saya sudah tiada kerja. hahaha..

Tengah-tengah wat CVS tadi, Kak Aida datang sembang. Dia datang tepat pada waktunya sebab saya memang tengah mengantuk time tu.
Dia tanya saya faham ke apa yang saya buat selama ni.
Adalah dia terangkan sedikit.
Dan pesannya, pastikan saya tahu apa yang saya buat, jangan buat je tak tahu apa-apa.
Selepas hadiri meeting tu barulah saya tahu..betapa pentingnya TS ni pada Petronas secara keseluruhan. huhuhu... ^^

Ok.. nak rehat dah.
Esok nak keluar dengan budak-budak Melaka ni.
hehehe...

Owh.. TAHNIAH diucapkan pada Kak zinie dan Abang Zulhairi.
Semoga ikatan yang terbina mendapat restuNya dan kekal kasihnya hingga ke syurga.
Maaf tak dapat nak hadiri majlis kalian.
Doa saya sentiasa untuk kalian.
Tahniah.

p/s : saya nak belanja Jin Zhe makan..hahahaa.. gurau2. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..terima kasih lecturer2.. semoga Allah permudahkan segala urusan para pendidikku. ><

2 comments:

LoVe_mE !Qa said...

Salam..

hi my dear~
hehe..pics makanan tu betul2 menggoda okay!
huhuhu..sabo jek..
btw,tahniah utk result sem lepas..
good luck jgk utk intern mira ni..
rindu kat mira..lama xjumpe mira..hehe..anyway, take care okay..
nk belanja jin zhe ke? akak xnk eh? hehe ;p

p/s: tak sabar akak nk intern mcm mira ^^

..: nurish :.. said...

hahaha...
mekasih akak.. saya pun rindu akak..
rindu ngn telatah nakal akak ngn aoron aziz..hahahah..gurau2..

ameen..doakan kami [nadiah dan saya] kat sini. smg akak pun ceria2 dan ok2 kat sana.

tahniah jugak kt akak utk result sem lepas. bile nk blnje saya makan?

p/s : akak.. sy blnje jinzhe ada sebabnye..hehehe.. mana leh org len kacau daun

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design