Sunday, March 27, 2011

Entah... tak tahu nak letak tajuk apa..


Haa... tu dia..
cara-cara nak menaikkan berat yang telah diturunkan di KL.
hahaha..

Saje isi perut dengan kek tunang Abang Anuar.
Sedap gak kek tu, tambah-tambah lagi yang coklat tu, dah memang feveret.

Alhamdulillah..
memang tak puas duk rumah sekejap macam ni.
Kasihan ibu abah, banyak kerja yang depa wat untuk persiapan kahwin kak ikin nanti.
Bilik pun dah siap dicat.

InsyaAllah, nanti mira minta cuti awal dan pulang ke Ipoh awal, lagipun beberapa hari je pun dah nak habis intern, tak yah datang terus pun tak pe.

Hurm...
bercerita tentang intern ni, 
dunia pekerjaan, sememangnya banyak yang berlaku di luar jangkaan kita.

Kebiasaannya adalah cerita-cerita yang selalu kita dengar.
Dalam sehari, saya dapat discover dua cerita berlainan kisahnya.
Dalam seminggu pula saya discover bermacam lagi cerita.

Cerita yang menyoal sendiri kepercayaan diri saya.
Cerita yang menyebabkan saya rasa banyak sungguh dramatik dunia yang saya tak tahu.

Orang cakap begini, orang lain cakap begini.
Dah lah saya ni jenis cepat percayakan orang.

Walau apa-apa pun, saya tahu mereka prihatin dengan diri saya.
Saya anggap cerita yang dikhabarkan adalah warning dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk saya sentiasa stay alert.
Saya terima cerita yang disampaikan sebagai sesuatu yang positif buat diri, even ia boleh meragut kepercayaan saya terhadap orang lain.


Kucing ni cari tempat untuk memanaskan badannya.
Datang dan terus landing kat kasut abah, sampai tertido kucing tu.
Lena giler lak tu.
Tak sampai hati nak kejut sampailah kitaorang nak balik dah.
Hahaha...sungguh comel kucing tu.


Haaa... ni saya memang cukup teruja.
Buku-buku ini adalah kepunyaan Manager tempat Cica intern.
Perrgghh...
disebabkan Cica ditempatkan di department IT.. so saya dapat bajet ar buku-buku ni semua.
Memang dahsyat!
Saya tengok pun gerun.
Ni kalau minta jadi supervisor FYP pun tak pe..hahahaha

Saya bila lagi nak jadi macam ni?
hurm...


Ni lak seni yang saya sempat lakarkan time keje,
sementara tunggu orang bagi keje, so saya cari keje sendiri.
Kekadang tu edit gambar-gambar yang nak digunakan untuk projek nanti.
Silapnya..saya tak ada tetikus.
Tetikus saya di Melaka.
Addoiii~~~ 
I take it as CHALLENGE!!! 


Saya memang admire mamat ni dalam cite NUMB3RS.
Sebab apa saya admire..
sebab mamat ni sangat smart brain dia!
Buatkan saya sangat suka pada matematik!
I wish I could be like him.

Apa yang ibu bincangkan tadi, buatkan saya kembali berfikir.
Tapi apa yang saya fikirkan, insyaAllah mahu saya laksanakan.
Berkaitan dengan soal masa depan, harus bijak merancang.

Saya mahu jadi seperti mamat kat atas tu.
Apa watak mamat tu dalam cerita numb3rs?
Haaa...tu cari sendiri.
Dan insyaAllah, saya mahu ke arah itu.
Semoga Allah redha dan permudakan segalanya.

Ok lah...
Nak kemas-kemas kerna harus pulang semula ke ibu kota.
Tanggungjawab masih belum selesai di sana.
Jumpa lagi malam nie..

Akhir kalam,
Jaga diri, jaga hati.

p/s : Journal amir yang saya selalu baca buatkan saya terdetik akan sesuatu. Kekadang ada persamaan nampaknya. Andai tidak di sana, mungkin di Felda barangkali.. tapi Allah temukan di menara berkembar. Harus teruskan atau tunggu? Nampaknya kena harus selak semula journal itu dan mohon petunjukNya. 

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law