Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, March 26, 2011

Amik masa update sekejap.

Alhamdulillah, jam 12.15 pg tadi baru sampai ke rumah. 
Nasib baik tak terlena bila dah nak sampai, kalau tak mau ke Hatyai kitaorang gi nanti.

Just a short update, sok pagi update lagi ^_^

Setiap orang mempunyai impian hidup sendiri.
Saya ada, kalian juga ada.

Ada masanya kita pasti mahu kecapi apa yang kita hajati,
apa yang kita impikan.
Dan sebenarnya apa yang kita mahu capai itulah merupakan jalan hidup kita.

Apa yang saya nak cakap kat sini...
Masing-masing ada kebolehan yang tersendiri dalam apa yang dilakukan.
Cuma ada kalanya kita tak nampak je.
Dan kita tak boleh nak harapkan kita nak jadi sama seperti orang lain.

Apa yang orang lain kecapi, kita mahu kecapi juga.
Apa yang orang lain mahukan, kita juga mahu begitu,
Andai dia dapat, kita tak dapat..
hati kita mula tak senang.. hati kita mulai gelisah.
Kenapa harus jadi begitu?

Cuba letakkan dalam diri keyakinan, dan kepercayaan yang kita mampu lakukan!
Kamu dengan hidup kamu, tidak akan pernah nak sama dengan kehidupan orang lain.
Kebolehan kamu tidak akan pernah nak sama dengan kebolehannya kerna kita mampu lahirkan bermacam jenis idea.

So, cuba tanamkan dalam jiwa,
hidup yang kamu lalui ini adalah untuk kamu.
Laluinya dengan gembira, lakukan sehabis baik selagi kamu mempunyai kudrat untuk terus hidup.
Tak perlu nak pandang pada orang lain,
mereka tidak akan kaitannya dengan hidup kamu.

Kamu dengan dunia kamu.
Mereka dengan dunia mereka.
Kisah kamu berbeda dengan kisah yang mereka miliki.

Teruskan ceria ya!
Laluinya dengan tabah!
Ingat..kamu punyai daku andai kamu perlukan teman.

p/s : warkahku buatmu teman.. semoga ia dapat meredakan kegelisahan di hatimu. jangan sedih lagi ya. Teruskan melangkah. hehee... nanti kite calling2 lagi ^_^

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design