Sunday, March 13, 2011

$AbTu AhAd Ku...


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih diberi kesempatan melalui hidup di dunia yang fana ini.
Ucapan takziah juga buat mangsa-mangsa tsunami+gempa bumi di Jepun.
Bencana yang terburuk yang saya pernah lihat. Nauzubillah.

Saya teringat hadith yang Ecah bagitahu pagi Sabtu tu.
Hanya Allah yang mengetahui setiap sesuatu di muka bumi ini.
******************************************************************

Hari ni dah hari Ahad dah.
Esok mula semula rutin saya sebagai seorang pekerja. 
Aduh... malasnye la haih...

Pepun.. semalam dan hari ni memang saya enjoy bebenor.
Mekasih pada Bunga Raya Girls.. I found myself back when Im with you guys.
Hopefully I will be like this forever.

Hari Jumaat tu..
saya turun lambat, meeting habis lambat..balik pun lambat. Kasihan Nadiah, Ecah, Aida, Wani yang duk tunggu saya lama. Maaf..

Hari Sabtu tu..
Saya, Ecah, Wani, Aida gi  jalan-jalan. 
Nadiah ada gathering family, so kami berikan ruang untuk dirinya dengan keluarganya.
Ke mana jek kami pergi nie?

Haaa...destinasi pertama kami adalah Masjid India.
Disebabkan duit dah masuk, so..
kami pun belilah kemahuan dan keperluan diri sedikit. 
Kalau sebelum ni saya tengok orang hulur duit dan ambil barang yang dibeli, 
sekarang..saya lak yang hulur duit dan ambil barang yang dibeli.hahahaa..

Lama jugaklah kami kat situ.
Owh ye..lupa lak. Dila pun ada sekali. 
Ain tak dapat nak join..xpe..lain kali kite wat lagi tau! ><

Pas jalan-jalan dan beli barang kat Masjid India, 
kami ke Times Square.
Yang ni memang buang masa sedunia.

Asalnya kami semua pakat nak main kat Theme Park tu, 
tapi last minit, Aida ngan Wani tarik diri, depa teringat time kat Genting tu.
haha..
Genting ek...time kene banned habis-habisan. haih...

So, saya, Ecah dengan Dila je la yang main.
Bayar dalam RM37, dan pastikan ada MyKad bersama, memang ada diskaun.

First yang kami naik adalah RollerCoster.
Sekejap je tapi laju kot!
Jika nak dibandingkan dengan Cylon yang lepas, ni kire yang kedua takut la kot.
Seriously! Memang saya tutup mata je sepanjang main tu. Perrghh!
Memang best tapi tak leh selalu ar naik, nanti ada yang mati terkejut. Bahaya...bahaya...

[ Dizzy Izzy]

Pas tu.. kami main Car Crush.
Dengan tangan yang still menggigil dan terasa huyung-hayang dek roller coster tadi, 
misi untuk melanggar kereta orang tak kan dilepaskan. 
Time ni teringat time main kat Genting. Kalau dapat bawak geng ramai lagi.. mesti lagi best lah! ><


Cam biasa la.. main game budak-budak kejap.
Dua kali lak tu kami naik benda alah ni.. =.='
semata-mata nak tangkap gambar.
Ada juga kami hampir termasuk tempat bebudak main.. orang duk tengok je.
Manalah nak tahu area tu area game budak-budak.

Lepas main game ni kami turun bawah lak.. try dua games lagi..
iaitu.. DIZZY IZZY dan satu lagi saya lupa nama dia.

Dizzy Izzy ni tak le takut mana tapi time dia cam lambung tu, terasa nak gugur jantung ni.
Dila lagi best.. dari mula sampai ke akhir dia duk pejam je mata.
Gayatlah katakan. hahahaha..

Games yang saya tak ingat nama tu...
Perrgghh.. 
Game yang boleh buat leher orang terkehel!
Sakit giler leher, sampai sekarang terasa sakitnye.
Kalaulah dia buat lagi dua pusingan, mahu patah leher nie.
Serik dah! Tak nak naik dah benda tu!

Ada lagi games yang tak dapat nak main sebabnya bila tengok dari jauh..
kalau main gak games tu.. mahu saya akan terlentang pengsan kepeningan.
Dari cari maut, baik tarik diri.
Tapi pepun..saya benar2 enjoy! Apa pun saya tak fikir.
Saya just mahu lepaskan segalanya!


Pas habis semua tu, barulah isi perut ni hah.
Kami makan kat VIVO.
Perrgghh!! Spagetti dia memang BEST!!!!
Berbaloi lah dengan harganya. Tak lah mahal sangat.
Kenyang pun kenyang.

Ini sempena sambutan Birthday Dila, Wani. Asalnya nak sambut Nadiah sekali, so 3 orang sekali.
Tapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya.
xpe..lain kali ye Nadiah..kita makan lain plak.. ^^

Ni Aida nye meal.
Maaf la ye.. saya tak bape nak ingat full name sume makanan kat sini.
Kalau tak silap.. Aida nye Spaghetti Meatball Baked.. something like that la..

Yang si Wani nie.. meal dia sama jek ngan Aida..
Sedap kan nampak spaghetti tu..hahahah..


Dila nye nama meal panjang sikit. Tak ingat la.
Tapi Dila nye bukan sphaghetti, dia nye baked rice.
Nasi planta. Marvellous ar! Sedap oOooo..


Yang ni lak saya nye.. Mushroom Cheesy Baked Spaghetti.
Smart! Sangat sedap sebabnya saya ni penggemar cheese! yeay!!

Ecah nye.. dia makan nasi.. pun saya tak ingat nama meal yang dia pesan.
Gambar? Maaf.. tak dapat disiarkan..hahahahha... ><

Satu lagi meal yang kami pesan....


Itallian Deluxe Pizza! hahaha..
memang melantak ar kami malam tu.
Tapi pizza ni tak berapa best ar.
So..kalau nak pesan pizza kat sini, tak digalakkan.. 
lain daripada pizza, tak pe, memang sedap!


Best nye lagi..kami dapat minuman free satu. hahaha..
Sedap tau air ni. Kalau harga biasa mahu dekat RM8, tapi sebab free, membazir lak kalau tak dihabiskan... ^_^


Selesai makan.. kami siap-siap untuk pulang semula.

Walaupun tak dapat nak jalan lagi banyak, tapi apa yang telah dilalui sudah cukup gembirakan hati saya.
Maaf pada teman yang lain kalau ada seperkara dua yang buatkan kalian tak selesa dan sebagainya.


Seriously.. memang kepenatan hari Sabtu tu.
Nasib baik saya pakai kasut Asadi.. so, ketahanan untuk jalan jauh tu lama sikit bertahan.
Kalaulah saya pakai kasut lagi satu tu, mahu nak tercabut terus kaki nie.


*****************************************************************

Hari Ahad [hari ni le]

Saya dan Nadiah hantar bebudak ni balik Melaka, tapi setakat kat TBS je la.
First time ke sana, saya cukup teruja!
Hahahaha..

Pas hantar depa, saya dan Nadiah teruskan misi kami lak. 
Sungguh penat dua hari ni dengan berjalan sahaja. 
Pepun..saya puas hati ^^

Kepada DILA..
Terima kasih sebab datang.
Terima kasih sebab hang out dengan kitaorang.
Jaga diri kamu baik-baik.
Nanti kita jumpa lagi tau.
Mekasih Dila.


Kepada Bunga Raya Girls..
Mekasih sebab datang.
Jaga diri baik-baik.
Belajar baik-baik.
Dan selalulah ingat kitaorang..hahahhahha...

Cukuplah rasanya untuk kali ini.
Nak rehat dan tido..
Esok kerja.
Jom.. sama-sama kita rehatkan diri kita ni,
semoga hari esok lebih baik lagi hendaknya.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati
^_^

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law