Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, March 30, 2011


Haaaa.....
TADAA~~~~

Kenapa saya letak pakar motivasi Hj Hushim nie?

Saya jumpa dia pagi tadi!!!
Well.. duduk KL memang gitu, selalu jumpa pelakon, orang ternama tapi wat biasa sudah.
Lainlah kalau jumpa pelakon Cina ke, Korea ke!!
Mahu terus jadi orang tak betul kejap.huhuhu

Tapi memang saya teruja dan terkejut sekejap.
Dia tengok saya lintas depan dia, 
saya tunduk dan senyum sahaja.
Itu sahaja yang termampu untuk saya lakukan.
Huhhu..terasa motivate lak pagi-pagi lagi.. hahaha

********************************************************

Balik tadi pun jumpa seorang pelakon.
Saya dengan Nadiah jumpa kat restoran yang kami selalu makan lepas balik kerja.
Bunga Raya Girls tahu kot nama restoran tu.

Siapa yang kami jumpa?
Haaa... itu biarlah rahsia, tak perlulah nak bagitahu, 
kalau nak tahu gak, anta email kat saya ek.. hehee

Saya tak bajet itu dia di luar scene.
Sangat jauh.
Semoga Allah dekatkan semula hatinya dengan agamaMu.

Kekadang tu terfikir.. public figure begitu, kalau boleh tunjuklah contoh yang baik.
Bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga sendiri juga kan.
Hurm...

Manusia ada berbagai jenis ragam dan sikap.
Jagalah diri sebaiknya..
Jaga diri dan jaga hati.

p/s : dh lama tak baca journal amir. sebab apa ek? hurm...... journal amir benar buka pintu hati saya tentang apa yang mahu saya kecapi.. dan journal itu mungkin akan buat saya semakin jauh dgn dirinya...

Tuesday, March 29, 2011

HR ITU BUKAN UNTUK AKU


Yeay!!!
Just think positive!
Positive amirah! Positive amirah!
Yup positive!

~ penggunaan 'aku' untuk diriku ~

Ingat..
Allah mahukan kamu jadi yang terbaik.
Dalam menjadi yang terbaik tiada yang mudah kat dunia ni.
HE want you to be extraordinary.. 
Positive dear Amirah!

Today..
As usual no much work I can do.
And I stuck doing my project.
Just don't know where to start.
I want to make it same as my story board.
Urrgghh..
It is because I'm not good in multimedia,
just so-so like that..
It is hard for me.
I have to study more.. but not in the office.
I cant focus at all!

Ya Allah..permudahkanlah~~

Tadi Kak Farah ajar macam mana prosedur hantar medical report pada doktor kat Petronas.
Banyak benda yang mereka nak ajar tapi sebabkan mereka sibuk, tak dapat nak ajar.

Cam hari ni, CBI Training~~
Suppose aku yang di assign pergi, tapi Kak Akma kesiankan kat aku.
Mungkin yang hadir tu semua Manager2, takut aku tak selesa.
So..Kak Nadia yang pergi.
Aku ada cakap juga, kalau aku ikut sekali tak leh ke?
At least aku tahu apa yang terjadi~~
Hurm... terima kasih kak Akma sebab concern..
Tapi ada baiknya kalau aku ikut tadi. At least I can learn something...

Sesi sembang ngan kak Farah bukakkan hati aku yang aku tahu suatu hari nanti pasti akan ada yang bertanya benda ni pada aku.

"Kenapa awak macam takut-takut je?"

"Saya memang macam ni Kak Farah,"

Yup.. aku memang macam ni.
Seriously aku memang pendiam. Tapi kalau orang kenal aku betul-betul, depa tahu aku macam mana.
Aku dah sediakan ruang untuk kenal diri aku tapi masanya tak kena.
Seperti yang aku cakap sebelum ni, tengok kalian aku takut! 

"Awak pernah pergi department lain tak?"

Aku angguk.

"Apa beza dengan department kita?"

"Kat sini bising sikit. Riuh,"

"Itulah HR. Kalau sunyi senyap tu, memang pelik. Memang pelik,"
Kak Farah terus cakap.

"You have to stand up amirah,"

Aku faham maksud dia.

"Kamu diam sangat. Aku pun pendiam gak. Tapi disebabkan aku kerja kat bahagian HR, aku jadi macam ni,"

"Itulah dia HR Amirah. You have to speak. Communication, skills, all that important in HR,"

Aku diam je, tapi dalam hati aku memberontak.

Ye!! Aku tahu apa itu HR.
AKU TAHU SEMUA TU!

TAPI AKU BUKAN ORANG HR!
AKU TAK BELAJAR APA ITU HR.
I AM NOT BORN TO BE IN HR LIFE!!

PLEASE UNDERSTAND!
IT IS HARD FOR ME TO CHANGE SUDDENLY.

I WANT TO SPEAK UP.
YES.. BUT I DONT KNOW WHAT TO TALK.
SEE YOU GUYS LIKE THAT IT REALLY HURTS ME.
AS I SAID BEFORE...
AKU BUKAN JENIS YANG SUKA BUAT BODOH SEPANJANG MASA.

APA LAGI YANG NAK AKU LAKUKAN?
TAHU APA YANG AKU LAKUKAN KAT MEJA TU?
DUK BUKAK OFFICE 2007 PASTU TAIP BENDA YANG SAMA WALHAL BENDA TU TAK ADA KAITAN DENGAN KERJA HR SEBABNYA AKU DAH TAK ADA KERJA NAK BUAT.

AKU GERAM SANGAT!!!!!
TAHU TAK APA PERASAAN AKU SEKARANG??!!

KENAPA TEMPATKAN AKU KAT HR??

KERJA YANG DIBERIKAN PADA AKU SEMUANYA AKU LAKUKAN DENGAN BAIK SEBAB ITU MEMANG PEGANGAN AKU.
APA SAHAJA KERJA YANG DIBERIKAN, HAVE TO DO IT PERFECTLY.

ITU JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG AKU TERIMA TIME AKU JADI SETIAUSAHA MPBP DAHULU.

AKU BUKAN SOMBONG.
AKU TAKUT!
TENGOK KORANG AKU TAKUT!

AKU DAH BOSAN!
SATU PERSATU DATANG!

AKU BUKAN BUDAK HR.!
AKU BUKAN BELAJAR HR!
COURSE AKU BUKAN COURSE HR!

AKU DATANG INTERN NAK BELAJAR!
AKU NAK BELAJAR BENDA  YANG BARU!
TAPI JANGAN HARAP APA-APA YANG EXTRA-ORDINARY DARI DIRI AKU SENDIRI.

PEPUN..
AKU TERIMA SEMUA INI SEBAGAI SESUATU YANG POSITIF UNTUK DIRI AKU.

AKU TAHU DENGAN INI AKU MUNGKIN AKAN JADI YANG LEBIH BAIK.

KORANG TAK BERADA KAT TEMPAT AKU.
BERADA DENGAN KORANG BUATKAN AKU RASA APA JE.
TENGOK TIME TAZKIRAH.
AKULAH BENUA YANG MEMISAHKAN DUA NEGARA YANG RAPAT RELATIONSHIP NYA.
ADA KORANG NAK FAHAM?

WAKTU JUMPA KAT MANA-MANA..
ADA INTENTION AKU NAK BERMANIS MUKA. 
TAPI ADA YANG MENOLEH??!!

KORANG SEMBANG-SEMBANG DENGAN AKU, DEPAN AKU, THEN BLAH CAMTU MACAM AKU NI TUNGGUL TUA YANG DAH LAMA KAT SITU! 

AKU DAH BOSAN DENGAN SEMUA NI.
TOLONG BIAR AKU DENGAN CARA AKU..
SELAGI AKU TAK KACAU KORANG.

TAK PAYAH NAK MASUKKAN AKU DALAM SENARAI STAFF PERMANENT KAT SITU..
AKU TAK SESUAI DENGAN ENVIRONMENT KAT SANA!
UURRRGGHHH~~!!!!!!!!!!

YA ALLAH..
AMPUNILAH DIRIKU.
SUNGGUH AKU TAK KUAT.
SUNGGUH AKU LEMAH.

KAT SINI AKU MAHU LUAHKAN..
MAAFKAN AKU YA ALLAH.

TERIMA KASIH KERNA KAU TEMPATKAN AKU JUGA DI SANA.
AKU TERIMA SEMUA NI DENGAN POSITIF NYA.

MEREKA MAHU AKU JADI MACAM MEREKA KAN?
TUNJUKKAN PADA MEREKA YA ALLAH 
YANG AKU BOLEH JADI MACAM MEREKA!

BUKTIKAN PADA MEREKA YA ALLAH!

BERIKAN AKU KEKUATAN YA ALLAH!
JANGAN BIARKAN AKU MENGALAH!
PEKAKKAN TELINGA AKU DENGAN SEGALA APA YANG MEREKA KATAKAN!

AKU MAHU SERONOK DI SANA
DENGAN CARA AKU SENDIRI!!

TERIMA KASIH YA ALLAH..
TERIMA KASIH KERNA TEGUR DIRI AKU MELALUI PERANTARAAN KAK FARAH,

BANTU AKU YA ALLAH.
AKU MAHU TUNJUKKAN PADA MEREKA
AKU MAHU BUKTIKAN PADA MEREKA!

APA YANG MEREKA NAK AKU AKAN BERIKAN!!

P/S : AKU SANGAT GERAM!!!!!!!!!!!!!!! 

Monday, March 28, 2011

Next...


Alhamdulillah.. my SV accept my idea just I have to add a few things inside.
So..tomorrow I really have to focus so that I can finish it on time.

^_^

Hari ni, tak de apa yang menarik sangat,
cam biasa, buat CV Screening, dah lama tak screen, hari ni buat terasa rindu sangat dengan keje ni..hahaaha..
then tengok-tengokkan slide untuk CBI Training esok.

CBI Training ni adalah kursus yang disediakan untuk para interviewers.
Mereka ni pangkat Manager-manager semuanya, dalam 10 orang kalau tak silap.

Mereka akan dikursuskan bagaimana mahu menilai candidate yang datang interview dari segi percakapan, imej dan sebagainya. Perrghh.. bila dengar cam best plak, tapi tak tahulah dapat join sekali esok atau pun tidak. Kalau tak dapat join, melopong sambil wat projek je la esok..hehehe..

Hurm...
Pagi tadi, terdetik sesuatu kat hati ni.
Dah lama tak rasa camni, last rasa waktu kat kampus.
Selalunya once rasa benda ni, ada sesuatu yang terjadi.
Tapi pagi tadi tak tahulah.
Perasaan tu sampai ke petang terbawa-bawa.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Walau apa-apa pun, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam jagaanNya.
Dan terima kasih pada keluarga Nadiah.

Hari ni family Nadiah turun sebab esok ayah die nak buat kemo.
Hari ni merupakan first time saya makan bersama family dia.
Selalunya saya dengan Nadiah makan dulu, tak pun kami makan last sekali,
segan punya pasal la katakan.

Walaupun saya diam je tadi, 
tapi satu je yang saya rasa, 
iaitu nikmat berada bersama keluarga.
Dan time tu saya betul-betul teringatkan ibu dan abah.

Terima kasih kerna bagi saya makan habis paru tu..
hahaha..
faveret tu.. nak habiskan awal-awal,
tengok makteh Nadiah macam nak juga, tak manis plak berebut.
Hahaha.. gurau-gurau~~~

Walau pepun, saya enjoy hari ni.
Terima kasih. 
Semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan kalian.

Ok.. mahu rehat, esok kene gi keje.. huahahahahaha..

p/s : profile dh tukar. hurm..  bila pula masanya inbox nk penuh??

Sunday, March 27, 2011

KLCC


Haaa...
nampak tu..
nampak tu...

Ni saya snap straight dari Setiawangsa! Hebat kan?
Haa... nampak sangat saya menipu.
hahaha..

Teringat kata-kata Nadiah time mula-mula kami start kerja tu.

"Tengok tu, aku nampak KLCC lagi,"

Ayat tu pasti akan kedengaran setiap kali kami tengok tv, tak pun jalan2.
Hahaha..
nampak seperti fobia agaknya.. hohoho..

Alhamdulillah, selamat sampai ke Setiawangsa.
Rancangan awal mahu bermalam dengan adik di UM,
tapi bila fikir balik, ada baiknya saya kembali ke rumah ini.

Apa yang berlaku petang tadi memang mencuakkan diri saya
[ok.. mengcuakkan rasanya tak ada dalam kamus, so jangan tulis dalam karangan]

Mana tak nya, kami [saya dan adik]
tak tengok pun tiket sebenarnya,
naik je bas, 

"3D ke? Saya duk sini,"

"Kami pun dapat tempat duduk ni jugak," balas 2 orang laki tu.

Haaa... sudah!
Saya ngan adik pun duk sebelah yang kosong tu,
tengok tiket balik, rupanya tiket semalam.

Terpaksalah kami turun semula.
Bincang-bincang dengan abang bas tu,
kami beli tiket yang baru.

Haaaiiihh...
Dah takdir.
Salah kami jugak tak cek tiket semalam.
Salah akak kaunter tu jugak tak dengar dengan betul.
Hahaahha...
Alih-alih melayang lagi 34.80

Nasib baik ada lagi tempat kosong.
Dan nasib baik saya tak pergi tengking dua orang mamat tadi.
FFUUUHHH....
Memang scary.
Klau tak, mahu saya blik esok je!
Habis cerita!
hehehe...

So.. nasihat saya...
pastikan anda semua cek tiket bas/train/kapal terbang/ feri/ wayang/ dll
sebaiknya.. jangan tersilap..
kalau sanggup kuarkan duit lebih, bolehlah tutup mata time tgk tiket tu.. no hal lah!

Ok... nak rehatkan diri sambil sambung buat stars.
Kalau leh nak bagi gak.
Tak kisahlah.. asalkan hati ni ikhlas.
huhhu.. ^_^

p/s : takut... takut salah langkah.. xpe..jom layan journal amir ^^

Entah... tak tahu nak letak tajuk apa..


Haa... tu dia..
cara-cara nak menaikkan berat yang telah diturunkan di KL.
hahaha..

Saje isi perut dengan kek tunang Abang Anuar.
Sedap gak kek tu, tambah-tambah lagi yang coklat tu, dah memang feveret.

Alhamdulillah..
memang tak puas duk rumah sekejap macam ni.
Kasihan ibu abah, banyak kerja yang depa wat untuk persiapan kahwin kak ikin nanti.
Bilik pun dah siap dicat.

InsyaAllah, nanti mira minta cuti awal dan pulang ke Ipoh awal, lagipun beberapa hari je pun dah nak habis intern, tak yah datang terus pun tak pe.

Hurm...
bercerita tentang intern ni, 
dunia pekerjaan, sememangnya banyak yang berlaku di luar jangkaan kita.

Kebiasaannya adalah cerita-cerita yang selalu kita dengar.
Dalam sehari, saya dapat discover dua cerita berlainan kisahnya.
Dalam seminggu pula saya discover bermacam lagi cerita.

Cerita yang menyoal sendiri kepercayaan diri saya.
Cerita yang menyebabkan saya rasa banyak sungguh dramatik dunia yang saya tak tahu.

Orang cakap begini, orang lain cakap begini.
Dah lah saya ni jenis cepat percayakan orang.

Walau apa-apa pun, saya tahu mereka prihatin dengan diri saya.
Saya anggap cerita yang dikhabarkan adalah warning dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk saya sentiasa stay alert.
Saya terima cerita yang disampaikan sebagai sesuatu yang positif buat diri, even ia boleh meragut kepercayaan saya terhadap orang lain.


Kucing ni cari tempat untuk memanaskan badannya.
Datang dan terus landing kat kasut abah, sampai tertido kucing tu.
Lena giler lak tu.
Tak sampai hati nak kejut sampailah kitaorang nak balik dah.
Hahaha...sungguh comel kucing tu.


Haaa... ni saya memang cukup teruja.
Buku-buku ini adalah kepunyaan Manager tempat Cica intern.
Perrgghh...
disebabkan Cica ditempatkan di department IT.. so saya dapat bajet ar buku-buku ni semua.
Memang dahsyat!
Saya tengok pun gerun.
Ni kalau minta jadi supervisor FYP pun tak pe..hahahaha

Saya bila lagi nak jadi macam ni?
hurm...


Ni lak seni yang saya sempat lakarkan time keje,
sementara tunggu orang bagi keje, so saya cari keje sendiri.
Kekadang tu edit gambar-gambar yang nak digunakan untuk projek nanti.
Silapnya..saya tak ada tetikus.
Tetikus saya di Melaka.
Addoiii~~~ 
I take it as CHALLENGE!!! 


Saya memang admire mamat ni dalam cite NUMB3RS.
Sebab apa saya admire..
sebab mamat ni sangat smart brain dia!
Buatkan saya sangat suka pada matematik!
I wish I could be like him.

Apa yang ibu bincangkan tadi, buatkan saya kembali berfikir.
Tapi apa yang saya fikirkan, insyaAllah mahu saya laksanakan.
Berkaitan dengan soal masa depan, harus bijak merancang.

Saya mahu jadi seperti mamat kat atas tu.
Apa watak mamat tu dalam cerita numb3rs?
Haaa...tu cari sendiri.
Dan insyaAllah, saya mahu ke arah itu.
Semoga Allah redha dan permudakan segalanya.

Ok lah...
Nak kemas-kemas kerna harus pulang semula ke ibu kota.
Tanggungjawab masih belum selesai di sana.
Jumpa lagi malam nie..

Akhir kalam,
Jaga diri, jaga hati.

p/s : Journal amir yang saya selalu baca buatkan saya terdetik akan sesuatu. Kekadang ada persamaan nampaknya. Andai tidak di sana, mungkin di Felda barangkali.. tapi Allah temukan di menara berkembar. Harus teruskan atau tunggu? Nampaknya kena harus selak semula journal itu dan mohon petunjukNya. 

Saturday, March 26, 2011

Amik masa update sekejap.

Alhamdulillah, jam 12.15 pg tadi baru sampai ke rumah. 
Nasib baik tak terlena bila dah nak sampai, kalau tak mau ke Hatyai kitaorang gi nanti.

Just a short update, sok pagi update lagi ^_^

Setiap orang mempunyai impian hidup sendiri.
Saya ada, kalian juga ada.

Ada masanya kita pasti mahu kecapi apa yang kita hajati,
apa yang kita impikan.
Dan sebenarnya apa yang kita mahu capai itulah merupakan jalan hidup kita.

Apa yang saya nak cakap kat sini...
Masing-masing ada kebolehan yang tersendiri dalam apa yang dilakukan.
Cuma ada kalanya kita tak nampak je.
Dan kita tak boleh nak harapkan kita nak jadi sama seperti orang lain.

Apa yang orang lain kecapi, kita mahu kecapi juga.
Apa yang orang lain mahukan, kita juga mahu begitu,
Andai dia dapat, kita tak dapat..
hati kita mula tak senang.. hati kita mulai gelisah.
Kenapa harus jadi begitu?

Cuba letakkan dalam diri keyakinan, dan kepercayaan yang kita mampu lakukan!
Kamu dengan hidup kamu, tidak akan pernah nak sama dengan kehidupan orang lain.
Kebolehan kamu tidak akan pernah nak sama dengan kebolehannya kerna kita mampu lahirkan bermacam jenis idea.

So, cuba tanamkan dalam jiwa,
hidup yang kamu lalui ini adalah untuk kamu.
Laluinya dengan gembira, lakukan sehabis baik selagi kamu mempunyai kudrat untuk terus hidup.
Tak perlu nak pandang pada orang lain,
mereka tidak akan kaitannya dengan hidup kamu.

Kamu dengan dunia kamu.
Mereka dengan dunia mereka.
Kisah kamu berbeda dengan kisah yang mereka miliki.

Teruskan ceria ya!
Laluinya dengan tabah!
Ingat..kamu punyai daku andai kamu perlukan teman.

p/s : warkahku buatmu teman.. semoga ia dapat meredakan kegelisahan di hatimu. jangan sedih lagi ya. Teruskan melangkah. hehee... nanti kite calling2 lagi ^_^

Friday, March 25, 2011

Warkah buat kalian


At : Surau KLCC, after office hour.

Comel tak?
hehehe..
Ni pula pemberian Abang Fareed, salah seorang staff kat department saya.
Kalau yang lepas, pernah diberitahu, abang Fareed ni pergi Sarawak.. rupanya salah!
Hahaha.. dia gi Sabah.
Yang Kak Punitha lak.. bukannya sakit..tapi ada khusus.hahahaha.. 

sorry-sorry...

Jujurnya saya ni memang tak ambil kisah sangat dengan apa yang berlaku kat ofis.
Andai saya rasa tak penting, tak perlulah saya nak ambil tahu.
Adakah itu sesuatu yang bagus untuk diamalkan?
Hurm..entahlah.
Terasa apa je saya ni.

Kelmarin, saya sembang ringan dengan kakak saya, ingatkan dapatlah cakap dengan baby dalam perut dia tu. Tapi kalau saya sembang dengan baby tu, sure saya akan nangis dengan lagi teruk.
Hurm...

Kekadang, apa yang kita rasa ianya berat, sebenarnya itu adalah yang sesuai untuk kita.
It is not that we can always be in our comfort zone.
If you want to be someone extra-ordinary, you have to go out from that place, which is the comfort zone.

Kata-kata tu saya tiba-tiba teringat.
Hurm...
Memang saya ingin berada dalam comfort zone sahaja.
Sebabnya saya sudah tak tahan dengan zone yang saya berada sekarang.
Sampai ada masanya saya terfikir mahu buat hal, seperti masuk ofis lambat,
kuar lunch awal, masuk balik pas lunch lambat, ngelat je tahunya..
Tapi alhamdulillah, saya masih dapat kawal diri saya lagi daripada melakukan semua tu.

"Kamu dihantar ke department tu, kamu kena terima apa yang mereka berikan,"

Betul juga. Saya merupakan sebahagian daripada produktiviti syarikat.
Target KPI yang mahu dicapai oleh TS melibatkan diri saya juga meskipun saya hanya ada lagi 2 bulan di sana. Saya juga bertanggungjawab untuk ambil tahu dan libatkan diri dalam usaha-usaha mereka untuk capai target tu.

Pada semua staff di TS..
Saya tahu memang kalian tak baca blog ni,
tapi saya nak cakap gak.
First of all, saya tak tahu kenapa saya terima tawaran ni.
Dan my first and first feeling..
I'm so HAPPY! dan tak sabar nak mulakan kerja.

Tapi setelah saya berkecimpung dengan kamu semua,
baru saya sedar, saya bukan seperti kalian.
And it is hard for me to adapt myself there and I'm still trying to make myself comfortable and be a part of you guys there. 

Yup..truly.. 
Saya sangat pasif kerna kalian semua terlalu aktif.
Kesibukkan yang kalian lalui buatkan saya fikir, ada baiknya saya diamkan diri.

Kekadang tu teringin nak offer kalian makan sekali,
dalam hati membuak-buak nak kongsi cerita, 
tapi saat lihat kalian, mulut terkunci diam seribu bahasa.

Walau apa pun, masih ada baki 2 bulan ni, 
hope I can perform well then,
dan harapnya saya dapat bina satu ikatan yang baik dengan kalian semua.
Jujurnya!!
Saya takut nak tegur korang semua..
uwaaaa!!
benda ni begitu menyeksakan jiwa saya!
Sebab saya bukan jenis yang suka buat bodoh sepanjang masa.
=.=''''

Hurm....
pagi nanti nak hantar story board saya.
Takut ar..
Tapi nak cuba.
Hahahaha..
Tibai je ar..

Lepas intern ni, saya dah tekad, tak nak libatkan diri dengan HR.
Dan bagi saya Petronas tu biasa-biasa je.. 
Sebelum ni saya sangat teruja dengan Petronas.. syarikat besar kan..
tapi bila dah jadi sebahagian daripada mereka..
ia tak lah se-gah mana pun...
^_^

Doakan agar supervisor saya terima my idea,
dan doakan saya mampu untuk siapkan projek pertama ni.

Owh ye..lupa lak..
Pada Abang Fareed..
komawoyo for the monkey.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Abang Fareed.
Dan semoga Allah permudahkan segala urusan staff di TS.
Saya dah mula sayang kalian semua, tapi saya masih takut nak tegur korang..
camne tu..???

p/s : progress semakin baik.. let me know you..can?

Tuesday, March 22, 2011

Tuesday - Soal hati ke hati bersama SV


How should I say this?
Adoiyai~~~
Amirah.. tak de cerita lain ke?

Inilah cerita pemulaan bagi diri saya yang sedang intern ni.

Hari ni..
Tak ramai staff TS yang ada kat pejabat.
Kak Aida dgn halnya [lupe apa nama dia]
Kak Punitha tak sihat.
Fareed dengan exhibition kat Sarawak.
Nadia dengan program kat UiTM.
So, pejabat sedikit sunyi.
Kalau saya tak ada kerja, saya akan lepak kat meja Nadia, sembang-sembang dengan dia. Tapi hari ni dia tak ada, saya sunyi sikit.

Oleh itu, saya siapkan star saya.
Habis dah kertas tu saya buat kat pejabat, punyalah tak ada kerja.
Oleh kerna staff tak ramai, so nak minta kerja pun tak guna sebabnya mereka hanya busy dengan kerja mereka. So, saya pun tunggu je depa bagi kerja kat saya ni hah.

Sampai jam 11 gitu, 
Kak Farah panggil, ada kerja katanya.
Oleh sebab Kak Farah handle MSC Staff, so kerja dia based on that only.
Saya backup sikit-sikit.
Adalah tulis memo tadi, ada juga kira gaji mereka tadi.
Dah lama tak menaip urusan rasmi, kekok sikit plak. hahaha.

Tengah-tengah wat kerja,
Kak Akma panggil saya, selaku supervisor saya. Memang hari ni janji saya nak duduk bincang dengan dia.

"Apa yang awak nak buat. Any ideas? Kita duk bincang sini," Kak Akma mulakan bicara.

Saya yang duk sebelah dia memang blur sangat. Tak pernah saya blur macam ni.
Yelah, orang tanya saya tentang sesuatu yang mampu bantu operasi kat TS.. overall Petronas.
Apa perasaan korang time tu?
Jujurnya, saya memang tak tahu nak cakap apa.

"Jujurnya kak, saya memang tak tahu nak buat apa ni kak,"

Kak Akma diam je. Nampaknya still menanti jawapan dari saya ni hah!
"Apa pendapat akak?" 
Akhirnya saya cuba guna style sembang antara akak dan adik,
bukannya antara pekerja dan bos.

"Awak pun tahu kan, banyak benda yang boleh di-system-kan kat HR ni, tapi susah sikit,"

Saya angguk je.
"Apa ya saya nak bagi kat awak, supaya tak rugi awak ni,"

"Saya tak kisah kak. Kerja apa pun saya tak kisah nak buat,"
"It is not good for you, for your performance in study. Hurm..."

Saya rasa hopeless sangat! 
Dan saya sangat down!

"Kak.. apa kata kalau saya drop subjek intern ni. Apa pendapat akak? Saya tak tahu nak buat apa kat sini. Ada baiknya saya buat lain kali intern ni"
Saya luahkan juga apa yang saya nak luahkan..

Kak Akma terkejut!
"Awak dah sebulan kat sini, lagi dua bulan ni, kita boleh fikirkan apa yang awak nak buat kat sini"

Kak Akma panggil Kak Ida dan juga Kak Farah supaya join sekali perbincangan tu.

"Ni hah.. nak bagi apa kat dia ni supaya dia leh come out something value for herself.."
Kak Farah tengok je, Kak Ida pun begitu.

"Kami semua IT.. tapi kerja kat HR ni. Awak boleh tanya apa je kat kami bertiga ni"
Kak Akma sambung.

Kak Akma memang giler programming. Dia sendiri cakap yang dia suka programming. Dia pernah pelajari Cobol dan interpret dalam languange programming biasa.
Kak Farah more to Multimedia. Dia pernah wat permainan motor (Virtual Reality) waktu FYP dia.
Kak Ida.. tak sempat nak selidik.
Hebat ketiga-tiga orang ni hah...

"Aku cadangkan dia buat....."
Bermulalah perbincangan tentang projek saya.
Memang habis-habisan mereka berikan idea pada saya.
Nak saya hargai apa yang saya ada di sini.
Saya duk angguk dan senyum.

The truth is..

My body is made up of half PROGRAMMING language, half MATHEMATICS and a very little portion of MULTIMEDIA. So, tak pasti sama ada mampu atau tidak untuk aku lakukan projek itu kerna melibatkan 100% of MULTIMEDIA.

^_^

No time to mengeluh lagi.
Time to work.
Thanks for your concern Kak Akma, Kak Farah.
Kak Farah yang paling cuak bila saya cakap saya nak drop dan resign daripada company,
siap ada sesi yang lain dengan Kak Farah.
InshaAllah..ada apa-apa tentang hal tu saya laporkan.
Setakat ni, yang berani hanya seorang, dan saya tak akan biarkan mereka pengaruhi diri saya ni.
Di mana-mana sahaja semuanya sama!

"I want you to be comfortable here,"
pesan Kak Farah.

"Last time.. I really culture shocked! I'm an IT student, typical student! My life is programming, tapi dapat kerja HR. It really takes time Amirah,"

Thanks Kak Farah..thanks..

Semoga ini permulaan yang baik.
Apa je yang saya perlu buat?
Tunggu Jumaat ni. Dateline saya kena hantar first task.
Once diterima, saya akan bongkarkan kat sini.

Sir Fikri..saya tak jadi nak resign..hahahahaha

p/s : pepun.. saya masih belum mampu melahirkan rasa seronok ber-intern seperti mereka-mereka yang lain. Dan saya benar-benar mahu merasainya.. ^_^.. saya harap mampu perform terbaik buat mereka semua. Komawoyo...Tiba-tiba saya teringat time first saya mohon padaNya sal intern ni. Saya redha dan saya bersyukur. At least..saya dapat kenal dengan dia dan dia dah approve saya jadi kawan! hahahaha
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design