Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, February 08, 2011

Mimpi Aneh


Malam tadi didatangi mimpi aneh.

Saya akan berangkat ke Jepun selama 1 minggu bersama-sama dengan 4 pelajar MMU [3 lelaki Cina dan 1 perempuan Melayu]. Punyalah teruja!

Keputusan nak ke Jepun saya buat last minit sehinggakan ketua trip tu mengingatkan saya.

" Japan is far you know. We are going far from Malaysia,"

Addooii~~ saya tahulah Jepun tu kat mana.
Saya angguk je dengar dia cakap.

Dalam fikiran saya ni, siap fikir dah,
kat sana macam mana nak makan? Solat lagi.. dah ar gi ngan non-muslim.
Macam mana nie.
Dah terfikir nak telefon Angah dah, tapi cam lambat jek.. sebab dah nak berlepas dah.

Tak lama lepas tu, ramai yang datang dekat kitaorang.
Semuanya pelajar-pelajar MMU.
Saya ingat lagi muka-muka mereka semua.
Hampir semuanya budak kelas saya.
Sorang-sorang bagi ucapan selamat tinggal.
Terharu sangat sih~~~

Saya dah mula berangan bila sampai Jepun, apa nak buat. huhu.. best2.
Saya siap bagi nasihat lagi kat leader trip ni..
" Baju sejuk ni nipis ar. Nanti you beli yang baru kat sana "
sambil tunjuk dia nye baju sejuk tu.
hehehehe...

Tetibe..
saat saya nak angkat barang masuk dalam...

" I think I tak dapat nak pergi la, "

Saya memberikan kata putus yang mengejutkan semua orang.
[Tapi orang lain wat tak peduli jek dengan kata-kata saya, sume sibuk masukkan barang dalam kereta]

" WHY?? "

" I ADA EXAM KHAMIS NIE. KITA NAK PERGI SAMPAI AHAD KAN??? "

Salah seorang dari mereka angguk faham.
Dialah yang bagitahu leader trip yang saya tak dapat nak pergi.

Tetiba... saya tersedar dari tido!!
Tengok jam dah pukul 4.54 pagi.
So.. saya terus bangun sambil berfikir...

" Kenapa lah aku leh fikir sal exam? Macam mana lah exam ni leh tetibe muncul? Kalau tak sure dah berlepas ke Jepun!! "

Hurm.... 
entah apa-apa ntah saya mimpi semalam.
Geram sungguh!
Dah nak jadi dah nak gi Jepun...
leh plak ingat EXAM! 
aaddooii lllaaa~~~~

p/s : bukan harta..bukan rupa..tp hati... 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design