Sunday, February 27, 2011

Last one

Tengah-tengah pagi ni, tak de keje jap.
So..teringin nak update blog, sebab tahu lepas ni susah sikit nak update.

Oleh kerna dah hari Ahad, inilah hari terakhir saya kat Ipoh.
Akan berangkat ke KL lepas kenduri.
Tadi [semalam] gi la bertandang untuk akad nikahnya. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.
Tengok abah sembang dengan adik beradik tadi, best je, walaupun kami adik beradik x faham apa yang disembangkan sangat.

^_^

Apa yang kita rasakan, tak semestinya kita akan dapat realisasikan.
Syukur, hingga ke hari ini, saya masih diberi kesempatan untuk menikmati segalanya.
Dan minta dijauhkan akan sifat kufur dari apa yang DIA berikan.

Saya pernah tekad dahulu, macam mana saya sekalipun, rumah 526 tak akan saya serahkan pada yang lain. Saya juga tak mahu abah jual rumah ni. Abah pernah bagitahu, kalau nak rumah ni, duduk sini dan beli rumah ni.

Saya mula bayangkan, bagaimana ya?
Ini rumah pertama saya. Tapi bila saya ada di sini, saya rasakan apa yang saya cari tak ketemu.
Selalunya begitu. Tapi walau apa pun, saya akan cuba miliki rumah pusaka ni.
Banyak kenangan. 

Ok.. kenapa sal rumah saya celoteh sekarang ni?
Entahlah..ini apa yang terbuku di hati saya.
Hala tuju saya masih belum saya tahu.
Macam abang-abang dan kakak-kakak yang lain, semuanya dah ada jalan masing-masing.
Hampir majoriti di KL. 
Hanya saya yang tercampak jauh ke Melaka.
ok.. sudah-sudah.. 

Lepas ni MR BENQ akan berada dalam jagaan akak saya.
Dia pun bakal jadi pengantin bulan 5 nanti. huhuh..
Tinggal saya dan adik saya sahaja.
Abang lak lagi dua orang yang belum kahwin..hahaha..

Be nice to Kak Ikin yek lappy.
Jangan buat hal tau.
Will miss you. Surely!

Semoga apa yang dirancang Allah permudahkan.
" ALL IS WELL "
^_^




p/s : wanna try? hahahaha

1 comment:

aishah said...

InsyaAllah,,,umah tu akn jd milik ko..ak yakin..ad rezki ko nanti..:)
jeles ak..muda2 da ad umh sendiri..ahaha

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law