Saturday, February 05, 2011

It ends here..

Sabtu....5 Februari 2011...

Dah berakhir nampaknya cutiku di rumah ni.
Alhamdulillah..puas habiskan masa dengan family.
Alhamdulillah juga..dapat bahagikan masa untuk study..
Cuak jugak untuk exam Isnin ni.


Nampak x?
Ni la dia heroin of the year.
Syafiah.. anak sedara sy yang nombor dua.
Dah kena simen tangan die... kata doktor retak.
Sebab apa? Sebab jatuh katil.
Die berebut nak cakap ngan Mak Anjang die.. berebut telefon ngan ibunya..
silap langkah gamaknye.. jatuh..
sian.

Tapi budak ni keras sikit.
Tengok ar cara die wat peace.. mentang-mentang la tahun arnab kan..
Kasar kot gaya die nie.
Tak nangis pun..huhhu..hebat2! Bagus! Meh tengok satu lagi..


Dah macam Power Rangers dah si budak kecik nie.
Xde gaya senyum yang lain ke sayang oooii??
Tapi memang mewarisi sifat mak cik-mak cik die yang suka bergambar. hahaha..

Yang ni si Syamim plak..

Pantang panggil nama die.. 
huhuhu..
rindu ar kat Syabil..Syafiah..Syamim..
Sangat rindu...lebih2 lagi dengan telatah si Syabil..

" Kucing mana?"
" Kucing gi main kejar-kejar"

Lepas beberapa minit..
" Kucing mana?"
" Kucing xde..dia gi main lari-lari "

" Issshh.. Kejar-kejar ngan lari-lari tu kan sama!"

Hahahaa.. banyak lagi die wat lawak.
Yang paling best..part dia belajar mengaji..
Jumpa huruf Alif..

" Ni Alif kecik ke Alif besar?"
[Terpengaruh dengan huruf A..B.. yang ada huruf kecil dan huruf besar..]

Rindu..
Semoga korang semua sihat2 tau.. jatuh katil pun tetap aktif pe..
Hahaha..
Sayang korang bertiga!
******************************************************************

Nak gi pack barang, esok nak balik Melaka dah.
Selamat tinggal Ipoh.
Welcome back Melaka.

Dan selamat berjuang semua untuk final exams.. ><

p/s : Hari ni.. perkara memalukan bagi saya telah berlaku kat kenduri kahwin tengah hari tadi. Kenapalah saya sering lakukan sesuatu yang akan memalukan diri saya nie.. haih~~~

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law