Sunday, February 20, 2011

I.P.O.H

Alhamdulillah...

Now I'm at home!
Syukur Allah lancarkan perjalanan kami. 
Tiket ke Ipoh beli on the spot.
Tolong jangan amalkan, kalau rasa nak balik rumah awal yek.
Oleh kerna naik SE..so saya dah tahu stail bas ni beroperasi.
Steady je dalam bas.. tido je keje aku.

Workey.. dah sedia nak baca entry yang panjang2??
Firstly.. nak ucapkan selamat bercuti pada kengkawan semua.
Akhirnya habis jugak exam.
Dengan berkahirnya Data Structures semalam, maka tamatlah final exam untuk semester 2 tahun kedua. ><
Alhamdulillah..meskipun saya tak dapat jawab semua, tapi dapatlah juga jawab.
Nak masuk exam tu.. abang+abah+akak siap call lagi..
dan saya tahu..semua tu mesti abah yang bagitahu. Mekasih abah. Touching kat situ.




Ok..ini bukan sesi sewa rumah ek..
Ni antara kerja yang saya akan lakukan selama cuti seminggu sebelum intern nie.
Kemas rumah.
Memang kaw-kaw abah ngan ibu punggah sume barang, nak kasi cat semula.
Susun semula..maklumlah..anak2 dah besar...ada yang perlu dilupuskan.
So.. ni hanya sebahagian je. Ada lagi yang saya tak tunjuk.. hahaha..
Ni baru rumah 526.. rumah 525.. pun ada ceritanya gak..huahahhaa.. ^_^
Cuti intern saya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.. yeay!

Sampai je kat Ipoh tadi..Tok Bah masuk wad semula. Lusa ni kena wat operation.. doktor ckp risikonya tinggi tapi nak wat camne.. Semoga Allah lancarkan segalanya. Kami semua sudah sampai tahap tawakal pada Allah sahaja..lihat kondisinya begitu. Ibu..Mak Izan gilir2 jaga. Abah lak letih dengan kerja rumah.
Kasihannya. Semoga cuti seminggu nie.. bolehlah saya meringankan sedikit beban yang mereka tanggung.

Doakan semoga Tok Bah selamat menjalani pembedahan lusa ni.
Semoga Allah sembuhkannya.
Tahu ibu risau..tapi ibu x tunjuk pun..siap leh gaduh manja dengan abah lagi..
huhu..
Abah pun nak ada teman bercerita. Asyik bercerita je abah dalam kereta tadi..sampaikan saya nak bukak mulut cerita pun x dapat.hahaha..
Jarang abah macam tu. 
Well..sebagai seorang anak..even saya tak berapa rapat dengan abah, saya tahu abah sayang anak-anak dia. Abah selalu care dengan anak-anak dia. Seminggu tak call dia pun abah risau. Kasihan abah.
Ya Allah..kuatkan abah..dan kuatkan ibu... sebagaimana Engkau kuatkan arwah mak.

"Arwah mak  tak nak susahkan anak-anak. Arwah cakap..bila dah tua nanti..hantarkan aje ke rumah orang-orang tua. arwah tak nak susahkan anak-anak"

Ayat yang abah selalu ulang setiap kali abah cerita sal arwah mak.
Sedih je dengar bila dapat tahu arwah minta sendiri untuk dihantarkan ke rumah orang tua.

Selagi masih bernyawa.. insyaAllah..
ibu dan abah..kami adik beradik akan jaga sendiri.
*********************************************************

p/s:Bidor dah ada pizza hut..hahahahahha.. RFC lak ye Bidor..huhu


~~~ Los and Faun ~~~
Kasut dalam kenangan

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law