Friday, February 11, 2011

ai

Setelah menonton cerita Tasbih Muallaf sebanyak dua kali, 
kali ini barulah saya clear dengan apa yang disampaikan oleh Pak Mail.



إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
  Lo! thou ( O Muhammad ) guidest not whom thou lovest , but Allah guideth whom He will . And He is best aware of those who walk aright .
  你必定不能使你所喜爱的人遵循正道,真主却能使他所意欲的人遵循正道,他知道谁是遵循正道者。

Surah Al-Qasas : 56
Ayat ni menyedarkan saya akan sesuatu. 
Jauh di dalam hati saya, ada sesuatu yang sukar untuk saya luahkan.
Pada sesiapa pun....dan benar.. tiada sesiapa tahu akannya.

Allah turunkan Al-Quran sebagai hujah untuk diri kita. Semuanya serba serbi lengkap.
Hebatnya Allah!

Apa yang saya rasai sejak berminggu-minggu ini,
Allah bicarakan pada saya melalui ayat di atas.

Alhamdulillah, hati saya kembali tenang, saya mampu tersenyum semula.
Janji Allah itu benar.
DIA tidak pernah memungkiri janjiNya.

Saya akan tetap berusaha.
Allah tidak mengajar kita untuk berputus asa. 
Tidak ada jalan buntu bagi semua perkara. Kita kena usaha untuk mencari jalan keluarnya.
Semoga Allah meredhai segalanya.

Hari ni, saya telah tewas.
InsyaAllah esok, andai ada lagi saya..
saya akan start semula belajar. 

Alhamdulillah, hari ni, misi yang saya nak lakukan telah berjaya.
Terima kasih pada sesiapa yang meminjamkan laptopnya.
Saya telah berjaya buat apa yang saya nak buat selama ni.

Ok lah..
Mari sama-sama tunaikan solat.
Kejap lagi kita sambung semula ><


This picture meant a lot to me.
Thanks and credit to the designer.
Have different versions.. but I love this one.
Thanks a lot.

p/s : baru2 ni terbaca entry 'couple' dari blog adik Nadiah.. hurm...

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law