Saturday, January 01, 2011

Teruskan usahamu


Keterbukaan dalam menerima sesuatu.

Malam ni cuaca seperti biasa, tapi kat sesetengah tempat ada yang mengalami banjir yang teruk.
Semoga Allah meringankan serta memberikan ketabahan pada mangsa.

Pada sebelah pihak, it is a heaven! Sejuk giler. Tapi pada sebelah pihak yang lain, ini adalah disaster, amaran daripadaNya. Walau apa pun, semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.

01.01.11
Dah macam binary number la plak. 
Tarikh pada hari ini. 
Yang mula-mula bagitahu saya adalah Ecah, tapi macam biasalah, saya ni pantang orang ajak ber-argue@berdiskusi, pasti saya mahukan kemenangan, so saya ungkit sikit cerita time sekolah.
Dan macam biasalah, Ecah juga mahukan kemenangan, akhirnya dua-dua buat konklusi sendiri.. diam je terus.hahaha.

Esok dah hari Ahad.
Pastu hari Isnin.
Kelas dah mula balik.
Rutin harian dilalui semula. Mana yang masih tersisa harus dilaksanakan kasi sempurna.
Owh...saya rindu rumah!
Saya rindu pada keluarga!
Saya rindu pada TV saya! ><

Nasib baiklah Allah bagi saya kesempitan sekarang,
kalau tak saya akan lupa diri dah semalam.
So, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Begitu juga dengan apa yang bakal kita lalui.
Pada mata kasar kita nampak memang mustahil untuk kita berjaya,
tapi belum cuba belum tahu. Kita tak leh nak jangka kuasa Allah.
DIA mampu untuk melakukan apa-apa sahaja.

Sahabat, 
saya juga bukanlah orang yang hebat.
Laluan kita masing-masing berbeza.
Kita semua punyai laluan yang berbeza.
Kamu dengan laluan kamu, saya dengan laluan saya, dan si fulan dengan laluannya.

Laluan ini kita yang corakkan, pahit manis suka duka semuanya akan mewarnai laluan tersebut.
Selagi kita punyai waktu ini, usahalah hingga ke akhirnya.
Seperti yang kamu bicarakan lepas..

" Sabar sahabat...sesungguhnya buah yang terhasil dari sebuah kesabaran itu amat manis sekali... mungkin bukan sekarang..esok,atau lusa...tapi yakinlah, saat kemanisan itu pasti datang...saat kita berada paling bawah ingatlah DIA...padukan keyakinanmu terhadapNya...tawakal sepenuh jiwa..insyaAllah, DIA permudahkan untukmu sahabat.. you NEVER ALONE..
Remember that my friend..menangislah andai itu mampu mengembalikan semangatmu, tapi jangan meratapi apa yang dah berlaku... ^^, 
NEVER GIVE UP.. Janji Allah itu benar.. "

Be strong sahabat!
As you said.. WE ARE NEVER ALONE..


Teruskan usaha..
Seperti mana hadis Nabi yang menceritakan..
" Sekali pun kiamat itu tiba, dan ada biji benih di tanganmu, tanamnlah ia.."
[summary daripada hadis itu]
Sehingga ke tahap itu Allah suruh kita berusaha.

Yakin dan terus yakin.
Sayang kamu sahabat!


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law