Sunday, January 23, 2011

Put it into sleep

Today..I really dont have mood.
Now I know why I really want to go back home.
Wanna have my study week here.


Mek...
My cat.

I called him MEK.
Really sad.
He's sick.
And now he's gone.
In front of my eyes.


Doktor cakap.. penyakit ni common pada kucing.
Dan Mek dh sampai tahap serius.
Dah tak ada harapan nak hidup.
Kalau dibiarkan ia terus hidup, memang akan menyeksakan diri Mek sendiri.

Mek dah tak leh minum, tak leh makan.
Buang air berdarah.
Penyakit ni berjangkit daripada kucing lain.
Ia serang mulut melalui saluran pernafasan, sampai ke bawah.
Tu yang Mek tak leh nak makan tu.

Tadi kesian..
Mek nak minum pun x dapat.
Dia kuis-kuis air dengan tangan dia nak minum.
Akhir sekali, ibu suapkan dia minum.
Pastu dia batuk.
Kesian sangat.


Nampak tak yang saya bulatkan tu?
Itulah najis berdarah dia.
Tak tahu apa yang keluar tapi berair dan berdarah.
Kesian.
Saya tak leh tengok.

Bila dia dalam kotak, dia tengok saya.
Sayu kot. 
Teringat kat Solbi..dan yang lain.
Teringat kat Lucky.. Ghoni..
Sah-sah saya menangis time tengok Mek ni.

Saya ikut gi jumpa doktor tadi.
"WE HAVE TO PUT IT INTO SLEEP"

Ayat yang buatkan saya tak leh nak tahan dah!
Saya teresak-esak kat klinik tadi.
Ibu pun nangis.
Kami terpaksa.
Kalau dibiarkan hidup, lagi terseksa.
Kami terpaksa tidurkan dia buat selamanya.

Mulanya ibu nak tinggalkan je.
Pastu kami decide nak tengok dia sampai akhir.
Mek tengok je saya.
Saya tak pandang pun mata Mek.
Sayu..
Dia tahu dia nak pergi dah.
Sayu mata dia tadi saya ingat lagi.
Saat saya taip ni pun saya menangis.
Dan tadi..saya tak belai pun Mek..
Saya tak berani. Saya tak nak Mek tengok saya menangis teruk.
Saya tak nak dia sedih jugak.

Akan rindu kat Mek.
Ingat lagi waktu dia kecik dulu..
Dia selalu gigit jari. Selalu jilat jari saya.
Lincah! Sangat lincah!
Sekarang semua itu hanya kenangan.

Sebab ini jugalah saya tak terima kucing yang Uddin nk bagi.
Kita akan pelihara dia dengan penuh kasih sayang, once dia pergi.. sakitnya amat terasa.
Mungkin saya tak akan bela kucing bila ada rumah sendiri nanti.
Saya takut nak hadapi situasi begini.
Mek..
Sayang Mek..
Sorry tadi tak belai pun Mek..
Tak sampai hati Mek..
Tak sampai hati.
Kita jumpa kat sana ya Mek?

Terima kasih Mek..
Terima kasih kerna hadir di sisi kami.
Kamulah yang terakhir selepas Lucky.
Semoga kamu tenang di sana..

Ya Allah..ak benar sedih..
Berikan aku ubat untuk kembali gembira..
Tatkala ini air mata aku tak henti mengalir.


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law