Monday, January 10, 2011

Layang-layang


Best owh!
Best dapat fly!
Bebas terbang kat udara sebelum jatuh semula ke bumi.


People say that being a bird best!
Can fly wherever we want to fly,
freely and freely again..


Tapi kenapa perlukan tali?
Jika burung, sah-sah tak perlukan tali.
Fitrahnya adalah untuk terbang.

Tapi kalau kita lihat layang-layang atau wau ke...
adanya tali saat ia terbang bebas ke udara.
Bebas ke begitu?
Bagaimana kiranya kita lepaskan tali tersebut?
Baru bebas kan?


Insan perlukan pedoman.
Insan perlukan bimbingan.
Umpamanya layang-layang.

Jika tiada bimbingan,
pastinya sudah jauh seseorang itu pergi.
Begitu juga layang-layang, ia perlukan tali, yang mengawalnya,
agar dia tidak jauh tersasar dari track yang sepatutnya.

Burung...
diciptakan untuk terbang, mesti tiada tali tapi ia tahu tujuannya terbang.
Setiap masanya berzikir pada Allah.
Ia ada matlamat hidupnya sendiri.

Ayuh insan!
Jangan biarkan tali yang ada rapuh!
Jangan biarkan tali yang ada dipotong oleh orang lain!
Jangan biarkan tali yang ada rosak!

Pegangilah tali tersebut.
Kukuhkanlah ia agar ia akan terus membimbing diri kita supaya tidak tersasar.

Gapailah matlamatmu.
Simpanlah angan-angan kosongmu.
Teruskan terbang dengan adanya tali utuh dalam dirimu!

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.

p/s : saya mahu katakan, tapi tidak terdaya. Doakan kami leh jwab dengan cemerlang exam malam ni ><

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law