Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, January 03, 2011

Batu sungai@Batu permata

[kredit pd empunya gambar]
...: Batu Sungai :...

:
...: Permata :...

Erm..
Dua-dua ni mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Saya suka ibaratkannya dengan apa yang saya rasakan.

Batu sungai
Natural pada alam membuatkan saya berfikir, jika mahu mengubahnya, harus melalui hukum alam juga, fitrah manusia. Kegunaannya banyak sekali, lebih-lebih lagi bagi survive kat dalam hutan. Oleh kerna ia sebati dengan elemen air, suasananya lebih sejuk dan tenang. 

Batu permata
Natural alam juga tapi membentuknya perlukan sesuatu yang advance. Sentiasa menjadi tarikan pada yang memandangnya lebih-lebih lagi wanita. Harga dan nilai yang ada padanya tinggi. Hanya yang mengenal manikam sahaja mampu menilai sejauh mana nilai permata ini.

Dua batu ni penting bagi saya. Dan dua batu ini reflect pada masa depan saya.
Andai saya diberikan permata, syukur, Allah Maha Adil. Saya sekufu dengannya. Saya juga permata. Masing-masing perlu didik dan bentuk diri.

Andai batu sungai diberikan pada saya. Sejuta kali syukur saya panjatkan.
Tapi mendidik dengan fitrah asal batu ini sukar sedikit, perlukan ketabahan dan istiqamah yang mantap.
Barulah lahir sinar cahaya iman yang diinginkan.Namun, batu sungai ini menenangkan saya. Mendamaikan jiwa saya berbanding permata.

Apa yang saya akan pilih sebenarnya akan mencabarkan lagi hidup saya, tapi saya mahukan kebahagiaan. Dan saya mahu memilih batu sungai sebagai pendamping diri. Nampak seperti susah je. Tapi janji Allah itu benar.
Andai permata diberikan, saya akan anggap itu batu sungai kerna batu sungai fitrahnya selari dengan diri saya.

p/s : doakan exam saya malam ni.. dan juga kuiz kejap lagi~~ 

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design