Wednesday, December 29, 2010

tak tahu nak letak apa tajuk


Selamat pagi semua.
Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik sekali.
Sedar tak sedar, kita sudah berada hampir di penghujung tahun 2010.
Maknanya, 2011 bakal bertemi dengan kita dan kita akan melaluinya beberapa hari lagi.

Macam biasalah, asal tahun baru sahaja, pasti akan ada azam yang baru.
Azam yang lama yang tak pernah dicapai tetap akan diperbaharui setiap kali tahun baru menjelma.

2011, saya pun sudah semakin berusia.
Dunia sekarang semakin hebat!
Hebat dengan rakyatnya, hebat dengan pentadbirannya, hebat dengan suasananya,
yang mana, andai silap langkah sikit, pasti kecundang.

Dalam kita merangka semula azam kita, maRilah kita juga sama-sama merangka semula jati diri kita. Kekuatan jati diri mampu bawa kita pergi lebih jauh, mampu menjadi benteng pada kita, insyaAllah.
Juga, marilah kita sama-sama sentiasa membina serta bangunkan semula keutuhan iman kita. 

Semoga dengan hadirnya tahun baru bagi kalendar Masihi ini, kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya, lebih teratur hendaknya, dan lebih matang gaya berfikirnya. Dunia sekarang adalah realiti kehidupan bukannya sesuatu yang hanya visual, yang mampu bermain di mata sahaja. Oleh itu, jadilah lebih professional, even dalam hal yang remeh.

Lihat tapak tangan kita...

Indahnya ciptaan Allah, kita sentiasa lakukan benda ini.
Genggamkan tangan anda.
Apa yang dapat dirasakan?

Bila mana kita genggam, dan genggaman itu kita berikan sedikit force, ada satu rasa yang buatkan kita semangat. Oleh itu, cuba letakkan harapan @ impian pada tapak tangan masing-masing, kemudian genggam ia. Once sudah berada dalam genggaman, aturlah langkah untuk realisasikannya. Kita adalah apa yang kita lakukan. Apa yang kita genggam itu adalah apa yang akan kita jadi nanti. Dan akhirnya, sandarkan pada Allah, kerna semuanya akan berbalik hanya padaNya.

Ok... 
><
*******************************************************************

Alhamdulillah, semalam dah selamat jawab exam comp network. 
Syukur juga Allah tak letakkan mr tuto dalam dewan exam tu.. [cewah,... dewan exam tu...],
kalau tak, pasti entah apa yang akan terjadi pada saya nanti.

Pas exam, sempat gak sembang2 ngan You Kang dan seorang pak guard ni.
Hidup ni mencabar kan? 
Itu apa yang saya dapat setelah bersembang dengan mereka berdua.
Namun, saya yakin, Allah itu Maha Adil. Benar Maha Adil.
Semoga apa yang saya rasa, dipelihara baik olehNya.

Lepas ni target nak siapkan esimen...huhuhu..
Esimen berlambak.. moga2 dapat siapkan semua dengan baiknya. Amin..

Tempat praktikal...
tak dapat lagi.. tak pe. Apa je saya terima, saya redha.
Kalau tak dapat pun tak pe. Saya dah tahap neutral dah..huhuuhu...
Dan saya akan proceed dengan plan saya next sem kalau tak dapat.
Bila buat keputusan ni semalam, hati saya tenang semacam, ermm.. petanda ke tu?
Entahlah..tapi saya happy je rancang plan ni..huhu..
Walau apa pun, doakan yang terbaik untuk saya. 

Ok... tak tahu nak story apa dah.
Nak tengok Qasidah Buat Laila!!!! yeay!!!
Jom3!!!!!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law