Wednesday, December 01, 2010

Sorry...

Dah tengah malam.
Sindrom tak mengantuk sudah datang menyerang dah.
Orang cakap insomnia selalu terjadi pada orang perempuan. Benar ke kajian ni?
Entahlah, sejak dua tiga hari ni, saya sukar nak tidur awal seperti kebiasaan yang saya lakukan.
Mungkin banyak benda yang saya fikirkan.
Biasalah rutin seorang pelajar, tidak pernah sunyi daripada exams, quiz, assignments, etc.
Itu semua rutin. Nak merungut tak ada gunanya. 
Lagipun untuk apa nak merungut. Itu tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada kita. 
Just go for it.

Kekadang sibuk ni akan buatkan kita lupakan sebentar benda2 yang tak penting, benar?
Tapi jangan kesibukkan buatkan kita lupa benda yang penting dan wajib.

Alhamdulillah, exam cisco yang pertama baru lepas. Syukur.
Cisco nye exam ni selang-seli. Markah yang kita dapat ni kekadang akan bantu untuk final, sebab final dengar citer lebih susah. So, semoga dapatlah bantu sikit-sikit nanti.

Khamis ni ada Resource Management nye exam plak.
Subjek ni sangat interesting.Waktu lecture.. ok.. clear.
Bila masuk tuto.. ok..blur!! Tapi alhamdulillah, bila Jin Zhe terang.. clear semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya Khamis ni. 
Lepas tu.. barulah dapat pulang ke rumah!!
Rindunya nak balik..

Maaf tak dapat nak join program IU..
5 aribulan tu ada program kat tempat lain. 
Teringin rasanya nak merasai saat-saat best program IU
seperti ketikanya saya waktu Alpha, 
Bila tengok adik-adik semua, saya teringat waktu saya Alpha..
hahaha.. poyo plak kan..
Mungkin belum masanya. maaf~~

Ok.. tengah malam ni saya nak mengarang panjang-panjang, dah sedia untuk baca??
Apa ni?? 

Apa itu hati dan perasaan?
Pernah kita terfikir akan apa yang orang lain fikirkan?
Pernah ke kita nak tahu setiap butir fikiran tersebut?
Pernahkah kita terfikir mahu berada di tempat orang lain agar kita dapat feel apa yg dia rasa?

Pastinya akan terlintas kat benak fikiran kita ni.
Bohonglah andai kita tidak pernah terasa begitu.

Nafsu adalah lawan yang paling kebal untuk dikalahkan.
Bukan mudah untuk berdepan dengan nafsu ni.
Penyokong dan pembantunya adalah yang ada kat atas tu.
Tapi yakinlah, kita mampu menewaskannya dengan keyakinan dan iman yang utuh padaNya.


Ala comelnye~~~~ 
Persahabatan. 
Pernah satu ketika dulu, saya pernah ungkapkan bahawa, andai ditanya pada saya apa yang buatkan saya berbangga dengan diri saya, dan dengan apa yang saya ada, selain study semua,
saya akan jawab "SAYA PUNYAI KAWAN2 YANG BEST"

Andai saya berpeluang untuk bercerita pada anak2 dan cucu2 saya, mahu saya katakan,
saya punyai sahabat dan kawan yang sentiasa ada untuk saya.

Begitulah pentingnya persahabatan buat saya.
Sangat saya susah, punyai konflik dengan organisasi,
punyai salah faham dengan organisasi, 
saya punyai kawan yang support saya,
perbetulkan diri saya.

Bagi saya, saya jauh di perantauan, yang ada dekat dengan saya adalah kawan-kawan saya.
Even saya sudah berpunya sekalipun, kawan-kawan adalah priority pertama saya setelah keluarga.
Melainkan kalau saya sudah berkahwin.

Ok... apa kaitan dua gambar di atas?

Dalam suka pasti ada duka, benar?
Dalam senang pasti akan diuji.
Tiada satu pun jalinan yang terjadi tidak akan diuji Allah.
Maafkan diri saya, andai saya terkasar bahasa dalam bergurau,
maafkan saya andai kelakuan saya menyakitkan hati kalian, sahabat.

Jujur dari hati ini, biarlah apa yang terjadi segera ditamatkan.
Seperti katamu...
"Andai kita begini, maknanya kita telah berikan kemenangan pada syaitan"
Ingatkah kamu akan semua itu?

Maaf, egoku membataskan ku untuk berterus-terang,
melalui penulisan ini, ku zahirkan setiap bait.
Sekali lagi, maafkan ku.

Andai tidak,
senyumlah walaupun terpaksa, 
Andai benar salahku, katakanlah.
Aku juga manusia biasa, sering melakukan salah dan silap.

Tidak mendengar jeritanmu, 
tidak mendengar rengetanmu,
tidak mendengar rungutanmu,
itu bermakna, 
kamu tidak berada dalam kondisi yang baik.

Maaf andai hatimu terluka,
maaf tidak dapat ubati kelukaan itu sebaiknya.
Andai diriku bukan orang nya untuk pulihkan semula hati itu,
meskipun orang lain..
satu pintaku..
maafkan diriku.
Ini rayuku..
kerna kau sahabatku.
*****************************************************************************


2 comments:

LoVe_mE !Qa said...

akak LIKE this post on dear..whatever it is..be strong..and always trying to be strong..kuatkan semangat!kak iQa yakin mira seorang yg kuat semangat!..yakin pada janji Allah ye dear..^^

..: nurish :.. said...

mekasih akak.
akak juga.

kita x akan pernah sunyi dari ditimpa ujian.. itulah titik tolak utk kita dekat denganNya..
sejauh mana kita yakin denganNya..

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law