Friday, December 24, 2010

Angan-angan

Hari ni jalan-jalan.
Huhhu.. jalan-jalan even tengah kesempitan.
Pagi tadi baru selesai exam Comp Security.
Last minit punya cover, ada yang boleh jawab ada yang saya goreng tapi x hangit.
Nasib baik ingat sikit-sikit apa yang Rouzbeh ajar dalam lab, so taram lagi.
 Berakhirnya exam ni, maknanya keseksaan yang melanda kurang sedikit.
Tunggu Isnin dengan Selasa lak.
Huhhuhu..memanjang exam. Bila lah saatnya MMU wat gempak, no exams!!
hahaha.. tu sah-sah final kene pulun sampai geleng-geleng kepala.

Ok..jom masuk point yang saya nak tulis.
Angan-angan.

Bermulanya sebuah impian dan cita-cita dengan adanya angan-angan bukan?
Tapi andai jadi seperti Mat Jenin, tiadalah cita-cita yang akan tercapai.
So, beware! hehe..
Dalam berangan, pastikan apa yang kita angankan itu sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi.
Hohohoho...
Saya sedang mengharap angan-angan saya menjadi kenyataan.
Evan tidak datang kepada saya seperti yang saya mahukan,
cukuplah cahaya hidayah menerangi jiwanya. Itu lebih bermakna buat saya berbanding memilikinya.
Oleh itu..doa saya agar dibukakan pintu hatinya untuk menerima cahaya Islam.
Amin.
Bila pejam mata, dan bukak balik, 
saya benar berharap saya dapat share apa yang saya rasakan dengan orang yang saya sayang.
Alhamdulillah, baru-baru ni saya telah melayan kegilaan saya dengan kakak saya.
Dan hanya seorang kakak saya sahaja yang sanggup melayan gila saya ni, lagi sorang tu,
sah-sah saya akan kena tazkirah.hahaha..

Parents merupakan kawan pada anak-anaknya waktu remaja.
Kata-kata tu saya sentiasa pegang time saya sekolah menengah lagi.
Waktu remaja saya nak habis dah. 
Huhhu.. dah nak tua dah saya ni.

Tiada yang lebih indah jika dapat kembali menjalani sisa kehidupan dan menikmati dengan sebaiknya dengan orang yang tersayang. 
Menatap gambar terubat sedikit, naik sedikit semangat.
Jujurnya... saya benar rindu nak salam dan cium tangannya.
Jujurnya.. saya benar nak usap kepalanya, kucup dahinya.. dan akan saya cakap..
"Mak.. mira pergi dulu,"

Kalau mak tido waktu nak gi sekolah tu, saya berdiri je sebelah dia, then terus gi sekolah, tak berani nak kejut dia. Teringin nak kembali masak untuk dia makan. Nasi goreng.. ikan.. ayam..... bihun...
huhhuhu.. rindu nak buat semua tu utk dia.

"Kat dunia inilah kita akan last jumpa. Belum tentu lagi kita akan jumpa di akhirat kelak,"
Saya terkedu bila dengar ucapan ni. Then saya reflect semula.
Saya belum puas nak bermanja dengannya.
Dan saya benar rindu padanya.

Bukan tandanya saya tidak bersyukur dengan apa yang diberikan pada saya sehingga ke hari ini, cuma rindu dalam diri buatkan saya begini. 
Semoga Allah sampaikan rindu ini padanya. Khabarkan padanya, saya benar rindukannya.

Dari angan-angan...
sebenarnya tidak mustahil untuk jadi kenyataan.
Kerna..
angan-angan itu ada kalanya buat kita sentiasa bermuhasabah dan kembali berserah padaNya.
Namun jangan sesekali mengangankan sesuatu yang sememangnya MUSTAHIL untuk terjadi.


p/s : saya masih menanti handphone saya berbunyi dan itu orangnya ^^

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law