Sunday, December 12, 2010

Adi Putra >> Johor

Im home!!!
Yeah!!

Setelah 3 hari berada di Kluang Johor, kini saya kembali semula ke bumi bersejarah ni.
Rasa memang tak puas sungguh cuti. 
Pepun.. nak ucapkan selamat pengantin baru buat Abang Ikmal dan Kak Hani.

Kesian abang Ikmal. Maaf lah, saya ni kurang biasa sikit, masih nak sesuaikan diri dengan keluarga.
Alhamdulillah, walaupun tak buat apa sangat, saya enjoy juga. Mamu Boy pun banyak buat lawak.
Itulah dia penyeri keluarga.

Yang paling bestnye.. dapat pekena Bun kat Kluang Rail Station!
The real one. Yang selalu tengok tu semuanya cawangan die.
Seriously.. yang original lagi best!!
Dah testing dah. First day rasa yang original.
Second day rasa yang cawangan nye..
Original paling best!!!

Nanti singgah Kluang nanti nak makan lagi kat situ..huhuhu.. ^^

First sampai, tolong tengok Mak Izan gubah barang hantaran.
Memang ppeerrgghh!! 
Speechless!
Mewah kot barang hantaran tu, Semuanya Mak Izan sendiri gubah.
Memang leh bukak ar kedai pengantin ek..

Meh tengok apa yang si Ainur budak kecik ni tangkap.
Ni antara barang2 nya.
Yang paling buat saya teruja adalah Petroleum Tower tu.. kat dalam gambar ni tak berapa nak nampak.
Memang mahal la saya rasa. 
Dengan Iphone nye..
Gelang emas nye..
Ya Allah.. dahsyat ar!!!

Oleh kerna saya ni materialistik sikit, so saya sedikit teruja la.
Tapi pepun yang penting ada restu dan redha dari keluarga.
Dan keberkatan dari Allah.

Tu dia cerita Johor saya.
Maaf buat semua.
hehehe..

Ainur si budak kecik..
habis handset saya die gi snap gambar orang.. =.='

**************************************************************************
Ni pula cerita hari Ahad, 5 Disember 2010.

Kami satu rumah menghadiri Rahsia Pelajar Juara bersama Dr. Nikki.
Tapi Allah berikan kesempatan pada kami bertemu dengan adik Adi Putra.

SubhanaAllah!
Itu lah ucapan yang sering saya lontarkan tiap kali Adi Putra berhujah.
Sungguh menakjubkan.

Nak story kat sini susah la jugak.
Pepun, perkongsian ilmu meskipun formula untuk bebudak sekolah menengah, buatkan saya kembali teruja.
Itu belum dengan ilmu cakerawala nya lagi.

Sangat best!
Semoga Allah merahmati dan melindungi Adi Putra.
Kata Aid Putra..
setiap orang perlukan idola dalam hidup.

Idola Adi Putra adalah..
Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh

Ini pula impian Adi Putra..
  • Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
  • Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran

Petahnya dia berkata-kata, pelajari 9 bahasa asing yang lain.
Sajak untuk idolanya.
Saya amat mengagumi adik kecil kurniaan Tuhan ini.

Satu katanya lagi, 
"Jangan pandang Adi hanya pandai matematik, tapi pandanglah Adi dengan mata hati,"

Dia suka ucap perkataan kat atas tu. Dan juga yang ini,
"Otak Adi adalah pemberian Allah"

Dan misi Adi adalah untuk membangunkan semula ummah!

Maha Suci Allah!
Terima kasih pada Aida yang ajak kami join program ni.
Memang best!
Semoga dapat jumpa lagi dan mungkin berbual dengannya suatu hari nanti ><

Adik kecil ini ada syarikat sendiri.
Menurunkan ilmunya buat anak-anak kecil yang lain agar celik Matematik
dan mampu membangunkan semula generasi Ibnu Khaldun!
********************************************************************************


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law