Friday, November 19, 2010

Wajarkah...


Kalau ikutkan hati mahu saja penuhkan entry ini dengan kata-kata yang terbuku di hati.
Dek kerna ramai kenalanku yang aku masih hormat, ku padamkan keinginan ini.

Mengambil berat akan sesuatu yang bukan hal kita, malah bukan sepatutnya kita perlu tahu adalah tidak patut sebenarnya. Apa yang kita dengari, kita nasihati, kita lihati, semuanya menjadi bukti dan saksi di hadapanNya kelak.

Aku juga turut sama begitu. 
Hati kuat kata jangan, tapi anggota ligat melakukan kerjanya.
Lemah sungguh dengan godaan.
Ampuni aku ya Allah.

Sungguh benar aku mahu tahu akan dirinya.
Kerna dia kawanku, yang pernah menjadi pesaingku,
yang pernah menyedarkan aku dan yang pernah mengajar aku apa itu erti kejayaan.
Tapi bila kebenaran terbuka satu persatu...
Hatiku berbisik...
"Kenapa itu pilihanmu?"

Dan kini, aku mengotakan janjiku.
Dan kini, aku membenarkan tekadku..
Meskipun jauh di lubuk hati mahu kembali mengatur langkah.

Hatiku mulai mahu membenarkannya..
Tidak seperti dahulu ku dapati dirimu.
Kamu bukan seperti yang aku harapkan..

p/s : Kenapa begitu? Wajarkah??

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law