Tuesday, November 09, 2010

Status tu sebenarnye....


Terbau-bau lauk malam ni.. huhu.. lapar~~ ><
Alhamdulillah syukur padaNya.
Setiap helaan nafas milikNya dipinjamkan lagi buat hamba yang masih banyak melakukan dosa ini.
Bagaimana hari kalian hari ini?

Hari ni, kelas sikit jek.. 2 kelas.. but I have extra class at night.
So thats mean 3 classes for today.

Kelas sir Jin Zhe cam biasa jek. Lawak pun ada.
Sebenarnya tak faham pun apa yang diajar sangat.
Dalam kelas ajar teknik lain, kat kelas tuto teknik lain..
so nak adapt tu agak susah sikit..
[huhuhu... alasan-alasan... ^^]

Oleh yang demikian.. saya tidak bawaklah notes and tuto.. bila minta wat dalam kelas..
dah macam cacing kene jemur..panas je..duk depan sekali lak tu.. hehehe..
Tapi alhamdulillah.. setakat ni dia ajar tuto.. kekadang tu ada juga makin faham..
cuma sekarang nak cari full masa utk saya ulang balik semua yang telah diajar.

Hari ni saya berjaya derma darah. 
Buat kat tempat tertutup.. so saya lebih prefer begitu, even masih ada banyak yang pihak kesihatan tu kene 
perbaiki.. erm...
Barulah saya tahu saya ni darah ape.. duk tengok orang tu duk pusing2 board..
akhirnya.. saya miliki darah O.
Tapi kalau ikutkan.. suppose leh tau.. gene from family ><

Wat la sikit bukak-bukak dan tutup-tutup website orang lain dan saya ketemu dengan ini..hehhe..


Tu saja suka-suka je ek.. hehe..

Owh ya.. 
ada yang menegur saya tentang status saya baru-baru ni di Twitter.
Meh saya quote kan status saya tu kat sini. 
Bahaya kalau saya tak terangkan, menimbulkan syak wasangka pada orang lain..iskh2 ><

"jodoh p'temuan bukankah di tangan Tuhan? Kenapa perlu ada penyeksaan jiwa pada diri serta orang lain andai soal teman hidup menjadi halnya??"

"andai benar kita berusaha utk mencarinya.. kenapa perlu kita lari dari yakin dan percaya padaNya?"

"Bukankah Allah telah letakkan garis panduan yg indah utk kita ikut dlm soal jodoh ini?"

"jgn sesekali menangisi sesuatu yg belum pasti milikmu.. jgn sesekali meratapi sesuatu yg bukan hakmu..."

"percaya dan yakinlah pdNya andai kita masih punyai pegangan yg utuh"

"Allah sentiasa bersama dgn kita walau apa yg terjd..."


Oleh kerana twitter tak leh nak update panjang2, so saya terpaksa post beberapa kali.
Status ni buat semua.. juga buat diri saya. Tapi... [ada tapinya...], saya tidak meng-highlight kan status ni buat diri saya jika ikut prioriti nya. 

Pada yang belum mengenali diri saya..
Medium saya berinteraksi adalah melalui penulisan.
Dan di sini merupakan salah satu channel untuk saya berbicara.
Andai saya berbicara akan sesuatu.. pastinya ia telah terjadi pada diri saya juga pada mereka yang ada dengan saya.
Saya bukanlah antara mereka yang boleh cakap lepas. Kalau nak dengar saya cakap lepas.. adalah melalui penulisan yang saya hasilkan. Itu adalah diri saya sebenarnya.

Pada yang membaca status ini, andai ada kaitannya dengan diri kalian.. sama-sama kita muhasabah semula.
Ingat.. just ingat ini.. Allah adalah segala-galanya untuk kita.. 

Ramai antara kita yang bila soal cinta, semuanya ditolak tepi.. namun bila kesusahan datang melanda.. Tuhan mula kita cari. Ini juga peringatan buat diri saya. Kita sama-sama selalu lupa. Oleh itu, sama-sama juga kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Allah sudah tegaskan dalam Al-Quran.. surah al-Baqarah[saya lupa ayat yang mana]..
Sesuatu itu pada pandangan kita mungkin baik belaka.. tapi ia mungkin adalah yang sebaliknya buat kita.
Sesuatu yang pada pandangan kita buruk dan tidak baik..mungkin ia adalah yang terbaik buat kita.
Semuanya berada dalam pengetahuanNya.

Jika benar kita rasakan dia adalah yang terbaik.. kembali kepada Allah.
Minta petunjukNya.. Minta pertolonganNya..
Bukannya dengan cara kita tangisi, kita bermurung, kita bersedih hati.
Islam tidak mengajar kita begitu.

Saya cuma mahu clearkan saja status tu, berikan penjelasan sebenarnya.
Sama-sama kita ambil iktibar.
Apa yang saya katakan andai tersalah..maaf dipinta.

p/s : Nak siapkan Cover Letter... huhuh.. send by this week.. can ar?

2 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

Samalah kita, darah O. Senang memberi, susah menerima~ :D

p/s: Surah Al-Baqarah, ayat 216~ :)

..: nurish :.. said...

huhuhu...
yeay!! padanlah kita serasi..ngeh3..
wow.. senang memberi, susah menerima.. subhanallah.. ><

mekasih kak..
sy ingat ayat 200++ dan ada 6 jugak.. tp lupa ayat mana.. mekasih ^^

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law