Sunday, November 07, 2010

Saya di sini..anda?

Ini adalah breakfast saya pada Hari Sabtu.. huhuhu..
kat melaka susah saya nak makan benda ni, sebab kebanyakkan Bunga Raya tak makan makanan mamak..
So, bila balik Ipoh sahajalah saya boleh makan.
Abah ngan ibu pun dah faham... bila saya balik je.. mesti bawak saya makan makanan ni..
Thx abah ibu.. Luv u both ^^
Kalau time arwah mak dulu..lagi kerap..
Asal gi pasar Jelapang je pasti breakfast kat kedai mamak tu.

Alhamdulillah...syukur.
Saya sudah kembali ke Melaka.
Perjalanan ke Rawang bersama family..
Satu family naik train.. Abah ngn ibu nak travel bersama-sama dengan saya..
sehingga ke Bukit Jalil mereka hantar saya.. naik LRT plak tu..
Saya sangat terharu.. dan bila saya tahu mereka sudah selamat sampai ke Ipoh..
hati saya lega.. Allah selamatkan mereka tiba di sana.
Terima kasih kerna hantar saya yang comel nie..^^,

Syamim baru keluar wad semalam.
Dia kena kuning. Kasihan...
menangis tak henti-henti.. tadi pun mata dia masih kuning lagi..
tapi insyaAllah bertambah baik hendaknya.
Satu je saya suka dengan Syamim..
tengah-tengah dia nangis.. bila panggil nama dia.. "SYAMIM.."
Terus diam budak tu.. mencari-cari sapa panggil dia..
Semoga kamu menjadi seperti mana makna nama kamu itu dak kecik ^^,

Si Syabil lak.. abang Syamim..
semakin cerdik budak ini...
Tengok dialog dia dengan abah [Tok Wan die]

Tok Wan : Syabil nak gi Tesco nak buat apa? [Syabil ni memang suka pergi Tesco.. kalau tak dapat pergi dia sedih.. kak long saya cakap.. beruntung Syabil ni.. suka beli-belah tempat yang murah aje.. nasib baik tak bawak die g mydin..kalau tak..hahaha...]

Syabil : Syabil tak nak beli.. Syabil nak tengok je..

Tok Wan : Tak nak beli? Tengok je? Bagusnye.. Orang putih cakap.. window shopping...

Syabil : Orang India cakap ape?

hahaha... abah agak terkedu di situ.. tak sangka itu yang dia tanya.. Syabil2..
Pepun.. saya terhibur dengan telatah Syabil dan Syafia.. termasuklah terhantuk kepala tu..hahaha..

Saya juga berjaya khatamkan 3 buah buku ni...

 


Alhamdulillah buku-buku ini semuanya best2.
Saya suka sangat!
Pada yang membaca blog ni.. kalau ada kesempatan, bacalah buku2 di atas.

Lihatlah dunia Islam yang sebenar.
Lihatlah musuh-musuh kita yang sebenar.
Lihatlah perjuangan mereka yang takutkan Allah.
Semoga saya dan kalian mendapat iktibar daripada buku2 ini semuanya.

Cukup sampai sini dahulu..
Jumpa lagi, insyaAllah.

Yup.. saya mahu betulkan apa yang telah bengkok..
dan saya akan mulakan dengan kisah silam saya terlebih dahulu.
Kerna kita tak tahu bila saatnya kita akan dipanggil olehNya..

2 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

Bayi yang sangat indah. Penyejuk mata, penenang hati~ ;)

Nasib baik tak tanya, orang jawa cakap apa? Hehe... Comel je~

..: nurish :.. said...

hohho...
tenang bila lihat bayi nie ><

akak.. klu org jawa kene tanya nadiah..
saya ni jawa celup.. so x tau pun..~~

ada comel spt mak cik die x?

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law