Followers

My Wattpad

27 Nov 2010

Waktu sekolah dulu..
ada yang kata saya ni comel cam pingu.. =.='

Hari ni dah masuk hari Sabtu.
Best of luck pada yang ada exam hari ni.
Jangan gusar jangan keliru, pasti ada jalan di sebalik semua kegelisahan.
Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.

Ha.........
Semalam adalah hari jalan-jalan buang masa sedunia.
Saya, Hajar, Nadiah, Ecah, Mohana, telah jalan-jalan sekitar Bandar Hilir.
Kami ke MP.

Hajar nak pekena Seoul Garden!! WoooHooo....
ini kali kedua saya ke Seoul Garden..
dan saya amat suka PAU SEOUL GARDEN.
Tuhan je tahu nikmat sangat dapat makan pau tu.
Peerrgghhh.. sedap!!! ><

Kami jalan2 kat MP..
Ada pulak budak2 kecik graduate daripada tadika..
So cute bila tengok adik2 tu naik atas pentas..hehehe ^^


Hari biru sedunia!!!
Saya suka warna biru!!


Tiada point yang best untuk saya celoteh panjang2.
Rindunya nak celoteh.
Cepat2..bg saya point untuk diperbahaskan.

Owh ya...
Saya benar2 mohon maaf pada mereka yang saya pernah buat mereka terasa.
Semalam..dalam bas.. saya dihujani satu perasaan yang semuanya flash-back waktu saya Alpha dan Beta.
Dan ternyata saya kurang senang dengan perasaan itu.
Saya tidak mahu ia menjadi kenyataan.
Andai insan itu baca part ni..
Saya mohon maaf. Terima kasih atas tunjuk ajar sehingga ke hari ini.
Tiba masanya untuk saya tutup buku yang buatkan saya sakit hati.
Tapi untuk kembali semula, bukan pilihan saya.
Saya rela reserve begini.
Terima kasih.
Sebagai seorang insan, saya menyayangi kalian semua.

Workey..
Minggu depan ada dua exam..
Cisco dan Math..huhuhu
Pastu.. BALIK!!!!!
yeay!!!!

"Jaga diri..jaga hati"


26 Nov 2010

Lab 3 jam ku...

Ohaiyo minna-san...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberikan kesempatan melalui hari sebagai hambaNya.

Nak update semalam, tapi lihat jam sudah lewat la sangat.
Alhamdulillah, semalam mulanya lab cisco yang pertama.
Cuma waktunya agak mencabar sikit..
7-10 malam....
Mencabar x?? hahaha.. sgt mencabar...
Waktu maghrib bukannya waktu yang sesuai untuk belajar..

First lab... bolehlah..
belajar guna wireshark..packet tracer...
Nasib baik dah guna dalam kelas comp network..
so advantage kat situ..
hehehee...

Bila guna wireshark tu..dapatlah tengok apa yang pelajar2 online..hahaha
cam kat komputer yang saya guna.. siap ada website "blackjack"..
Saya yang naif ni bertanya lah pada Malliga..
katanya itu website game judi..
oOooooOOoo...
[ini hiasan je ek....]

erm...
ngan wireshark ini pun.. leh trace password orang lain..
tapi sayangnya tak dapat nak demo..
InsyaAllah, satu hari nanti ya Miss lee?? hehehe...

Selama 3 jam tu gak la..saya tak tido!!!!!
Yeay!!! 

Owh... dah kul 8 pagi..
Ada kelas, Computer Security..
apa? Nak join?? Boleh2.. meh3..
kite jumpa kat kelas...

Ok.. keje saya update blog nk cite sal Lab 3 jam sahaja..hahaha..
Apa motif?? Entah.........

p/s : tolong3!! saya perlu kembalikan mood sy yg telah lari 2 minggu ni... Ini dah parah!! hehehe... Tiada masa untuk melayan perasaan ye cik nurafaz!! Ingat.. belum tentu lagi kamu akan hidup esok hari.. so..
stop thinking negative things!! wake up!!! ><

23 Nov 2010

Tag......><......

Ok..hari ni kita wat tag nk??
Si Aida suh wat...
so..mari kita wat...

p/s :Saya letak jek RULE.. tp saya tak ikut sangat tau..hehehehe...

R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about y
ou."

1. Saya ada nama samaran iaitu NURAFAZ.

2. Saya mempunyai keluarga yang bahagia dan kawan2 yang baik2.. alhamdulillah.

3. Saya mmg suka berangan dan ada kalanya angan saya itu pasti menjadi kenyataan tapi bukan pada diri saya..pada orang yang hampir dengan saya.. 

4. Saya suka dan suka dan suka gila kat LEE JUN KI.. andai dapat kahwin dengannya itu kira bonus untuk saya.

5. Saya lebih suka memerhati daripada berkata-kata.. 

6. Saya ni baik orangnya..hahahaha

7. Saya seorang yang kuat moody dan suka wat keje sendiri

8. Saya suke mr tuto sangat2.. saya sangat suke dia!!! hari saya ceria bila masuk kelas dia

9. Saya sangat rindukan arwah mak dan teringin nak share cerita dengan dia..terlalu banyak yang saya nak share.

10. Saya nak jadi seperti arwah mak..didik anak2 spt arwah buat.. dan saya juga mahu jadi spt ibu yg kuat menangani mulut orang...

11. Saya mahu hadiahkan sesuatu yang tidak ternilai harganya buat ibu abah mak. Mereka segalanya buat saya.

12. Saya suka subjek Machine!!yeay!

13. Saya tak suka coding..tapi saya suka explore coding.

14. Saya nk ke Korea!! nak ikut x?

15. Orang rumah cakap..saya selalu bercakap dalam tido.. dengan sape saya sembang ek?? hehehe

16. Abah cakap..kalau dah serius sal jodoh..datang jumpa family saya dan kite bincang.. [ni khas untuk pengetahuan Aida....]

17. Saya suka baca buku cerita sal sirah2.. kalau nak hadiahkan buku.. hadiahkan buku2 tersebut ek. buku sal Korea pun ok gak ><

18. Saya susah nak tolak ajakan orang especially mereka yang saya kenal dan rapat.

19. Saya ni mudah mengalirkan air mata lebih2 lagi kalau tengok cerita sedih ataupun baca kisah sedih. Senang cite..saya ni mudah tersentuh.

20. Saya suka bila orang belanja saya makan sebab saya suka makan.

21. Saya ada 3 orang anak saudara..Syabil, Syafia dan Syamim. Sorang lagi insyaAllah..doakan kakak saya selamat.

22.  Saya ni ada masanya kelam-kabut sikit..ikut gene dari abah.

23. Darah saya darah O!!!!

24. InsyaAllah..saya mahu tunaikan umrah dan haji sebelum saya pergi menemuiNya..

25. Saya bukanlah sesiapa pun..kerna.. tanpaNya..saya adalah NOTHING. 
***************************************************************************
Done~~~
Pada yang nak wat..silakan..saya tak paksa..
Nak tahu banyak tentang saya..
leh ar add kat FB ek.. ><

19 Nov 2010

Wajarkah...


Kalau ikutkan hati mahu saja penuhkan entry ini dengan kata-kata yang terbuku di hati.
Dek kerna ramai kenalanku yang aku masih hormat, ku padamkan keinginan ini.

Mengambil berat akan sesuatu yang bukan hal kita, malah bukan sepatutnya kita perlu tahu adalah tidak patut sebenarnya. Apa yang kita dengari, kita nasihati, kita lihati, semuanya menjadi bukti dan saksi di hadapanNya kelak.

Aku juga turut sama begitu. 
Hati kuat kata jangan, tapi anggota ligat melakukan kerjanya.
Lemah sungguh dengan godaan.
Ampuni aku ya Allah.

Sungguh benar aku mahu tahu akan dirinya.
Kerna dia kawanku, yang pernah menjadi pesaingku,
yang pernah menyedarkan aku dan yang pernah mengajar aku apa itu erti kejayaan.
Tapi bila kebenaran terbuka satu persatu...
Hatiku berbisik...
"Kenapa itu pilihanmu?"

Dan kini, aku mengotakan janjiku.
Dan kini, aku membenarkan tekadku..
Meskipun jauh di lubuk hati mahu kembali mengatur langkah.

Hatiku mulai mahu membenarkannya..
Tidak seperti dahulu ku dapati dirimu.
Kamu bukan seperti yang aku harapkan..

p/s : Kenapa begitu? Wajarkah??

Raya kami

11.45 malam.

Alhamdulillah.
Selamat menyambut AidilAdha buat semua.
Maaf kelewatan wish dan update blog.
Macam biasa la mengalami penyakit yang kebanyakkan kita alami..
MALAS dan IDEA HILANG


Semalam, kami satu rumah wat catering.
Sambil diperhatikan oleh jiran sebelah.
Terima kasih kerna sudi bertukar juadah.
Dan terima kasih kerna memeriahkan kami.
At least..tak delah sunyi sangat  rumah sebelah.

Ada juga kesempatan kami beraya rumah Kak Wani.
Ex-rumah kami. Memang best ar pekena ayam kak Ina..hehehe..
Dan kami enjoy makan tu... Nasib baik saya simpan space utk makan malam..
kalau tak.. sy dengan tak segan silunya akan menambah nasi~~~


Malamnya pula.. kami satu rumah memeriahkan lagi majlis AidilAdha kat Main Hall..
sambil langkah kami diperhatikan oleh jiran sebelah rumah..hahahah ><

Syukur.. semua berjalan lancar dan spagetti semalam sangat sedap!!!
Dan kami juga dapat bahagian kami untuk daging korban. Alhamdulillah..


Inilah lembu yang dijadikan korban semalam.
Korban kerana Allah. Besar perjuanganmu.

Hari ni...kelas seperti biasa..
Semua berjalan dengan lancarnya.
Termasuk kelas CISCO. Alhamdulillah saya semakin enjoy kelas ni walaupun akan ada kesulitan dari segi waktu mulai next week. Saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Moga Allah berikan saya kelapangan dan dipermudahkan urusan saya.

Paling penting saya dapat tunaikan kewajipan solat 5 waktu saya sebaiknya.. sebab lepas ni saya akan diuji dengan waktu kelas dan exam cisco yang dijalankan pada waktu maghrib. Moga Allah lancarkan segalanya. 

Bila saya sibuk.. saya kurang nak ingat benda yang sepatutnya.
Ada kawan-kawan yang sudah start mid-term.. best of luck semua.
Semoga dipermudahkanNya.
Belajar molek2 ya. ><


Buat Bunga Raya Girls....
Maaf saya ucapkan.. hahaha...
sejak kebelakangan ni terasa diri ni getik[bhasa perak] sangat.
Maaf ya.

Andai kalian faham diri ini..semua yang terjadi hanya gurauan.. jujurnya tiada seulit perasaan serius yang lahir dari hati ini tentang semua yang dibicarakan. Nampak je macam suka.. tapi sebenarnya jauh sama sekali.
Jujurnya..cukup dengan apa yang telah dirasai serta dilalui selama ini. 

Hati ini masih belum cukup kuat untuk menerima apa-apa lagi.
Biarlah proses pembaik pulih diri, jiwa, hati dan rohani dimantapkan terlebih dahulu..insyaAllah.
Terima kasih kerna layan semua kata-kata dan perbuatan-perbuatan gila2 yang telah terjadi.
U support me.. i support u all back..hehehehe..

Ok...time to sleep~~~
Selamat malam semua.
Semoga mimpi indah mengiringi anda semua.
Dan semoga hari esok lebih baik hendaknya dari hari kita hari ini ^^

Suke dengan gambar rumah tahun nie ^^,

15 Nov 2010

Suka-suki ku


Pengalaman travel dengan bas Panorama kecik!
Sungguh kecik kamu.. tapi best!
Bila saat lagu dipasang, terasa macam tengah lalui country side aje.
Saya sangat enjoy dgn pemandangan saat travel dgn bas ni, Allah je yang tahu.


Comel tak? Comel kan...
Jam ni saya snap time kat Jusco..hehehe..
Tapi harga die...perrgghh...
baik saya simpan untuk pergi melancong, lagi berbaloi~~
Kami satu rumah travel hampir satu hari, hari Ahad yang lepas, iaitu...SEMALAM

Alang-alang kami nak beli barang rumah, so kami pun ambil langkah kanan untuk jalan-jalan.
Kami bawak WINDOW skali tau..
sebab kami wat WINDOW SHOPPING... hehehe..
hanya mampu menatap, bukan sekarang masanya untuk menghulurkan duit pada cashier yang ada kat situ.


Buka buku test pen ni, ada perkataan di atas..
heheehe.. kami dengan nakalnya menambah koleksi ucapan yang harus dibaca.
Kalau gi Jusco masih ada lagi buku ni, cube tinggalkan komen anda ya..><


Alhamdulillah..
saya sudah pos kan surat untuk praktikal saya nanti.
Please pray for me. Pray the best for me.
Semoga apa yang saya pilih, adalah yang terbaik untuk saya.
Kalau baca alamat kat atas tu.. tau dah kot saya nak apply kat mana~~~
Saya sedikit takut..dan sedikit teruja~~~
Hopefully Allah makbulkan doa dan impian saya nk praktikal kat sini. Amin..


Andai tak dapat... baru saya akan fly ke Ipoh~~
yeay!!hehehe..

Ok lah.. saja nak update blog ni.
Semoga ketemu lagi ya..
Jaga diri..jaga hati~~
><

14 Nov 2010

Hadith

Hadith ni saya ambil daripada status seorang kenalan.
Tertarik dengan hadith Nabi ni.. ^^

Sabda Nabi SAW, "Iza lam tastahyi fasna' ma syi'ta", "Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka." Walaupun hadis ini pendek, tapi makan dalam. Dalam sebuah riwayat, Nabi bertanya kepada Ali Karamullahu wajhah, "Wahai Ali, tahukah kamu bahagian mana yang pada wanita yang paling disukai lelaki?"

Sambung Nabi lagi, "Bahagian pinggul? Rupa? Atau mungkin tapak tangan?", Ali KMW menjawab tidak tahu. Kemudian, Ali KMW balik ke rumah dan bertanya kepada isterinya, Fatimah r.ha. Jawab Fatimah r.ha, “Wahai suamiku yang tercinta, bahagian yang terdapat pada wanita yang paling lelaki suka adalah sifat malunya”


13 Nov 2010

Windows Live Writter…

I’m testing using Windows Live Writer to write this entry.
hehe…
Kinda interesting actually.
Thanks to Ecah.
And thanks to mr Benq!! You always have space for me to download anything..><
Well.. I can set the font.. But scare coz some comp do not have same fonts like I do.. or some browser does not support my fonts..
So im using the common one.. But if i wanna try… look at this word..


My NamE iS NuRAfaZ

Im using Crushed Out Girl font for the word above.
Well have fun you guys..
Try… try…
hehehe ><
Sailor-Moon-sailor-moon-8935230-1024-768

12 Nov 2010

...: nurafaz :...

10 Nov 2010

Sampai bila kita harus begini?

Hari ni saya asyik menerima input-input yang menyakitkan jiwa naluri saya ni.
Kerna apa?
Walhal, perkara sebegini dah lama wujud dalam dunia yang SERBA MAJU.. 
tapi saya tetap mahu katakan sesuatu.

Meh baca something kat sini..
SILA KLIK

Sudah baca?
Nauzubillah.
Apa sebenarnya yang telah berlaku ni?
Saya baca ni dan dengar penjelasan memang hot giler!
Ya Allah...

Saya benar sedih dengan situasi umat Islam sekarang.
Ini baru sikit, walhal di luar sana tu lagi banyak dan dahsyat lagi telah berlaku.
Sesama kita [Islam] mengatakan begitu tentang agama yang mereka anuti.
Mana lagi adanya HORMAT mereka yang bukan Islam pada Islam?

Mereka lihat yang beragama ISLAM boleh itu, boleh ini, seperti meringankan soal agama,
pastinya mereka juga makin jauh dengan kita. 
Saya benar sedih!
Pengakuan dari seorang MUSLIM yang meremehkan soal penutupan aurat!
Juga meremehkan soal SOLAT!
Serta juga membuka aibnya mereka yang disayangi!

Ya Allah!!!
Inikah dunia yang dibangga-banggakan?
Inikah KEMAJUAN yang dipandang TINGGI sangat?
Inikah dia prinsip MODEN yang dilaung-laungkan?????????

Benar Rasulullah akan bersedih lihat umatnya sebegini rupa!
Benar kita telah MELUKAKAN hati KEKASIH ALLAH!
TAK MALU KAH KITA??!!!
APA YANG MAHU KITA JAWAB DI SANA NANTI??

Marilah semua, muhasabah semula.
Didiklah semula hati kita dengan ILMU AGAMA.
Bicaralah kita dengan PENGETAHUAN.
Siramilah jiwa kita dengan cahaya IMAN.
Kembalilah pada AL-QURAN!

TAKUTLAH KITA PADA ALLAH!!!!
TAKUTLAH KITA PADA ALLAH!!!
TAKUTLAH KITA PADA ALLAH!!!

Satu lagi artikel yang saya mahu kongsikan ini...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Macam mana ya keadaannya anak-anak kita nanti andai semua ini terjadi??
Sungguh saya TAK NAK SERAHKAN ZURIAT SAYA PADA SEMUA YANG DUSTA INI!!!!

Ya Allah...
peliharalah kami semua.
Serta sedarkan mereka yang masih terlena dengan dunia ini.
Ampunilah kami ya Allah..
Ampunilah kami ya Allah..
Ampunilah kami ya Allah..


9 Nov 2010

Status tu sebenarnye....


Terbau-bau lauk malam ni.. huhu.. lapar~~ ><
Alhamdulillah syukur padaNya.
Setiap helaan nafas milikNya dipinjamkan lagi buat hamba yang masih banyak melakukan dosa ini.
Bagaimana hari kalian hari ini?

Hari ni, kelas sikit jek.. 2 kelas.. but I have extra class at night.
So thats mean 3 classes for today.

Kelas sir Jin Zhe cam biasa jek. Lawak pun ada.
Sebenarnya tak faham pun apa yang diajar sangat.
Dalam kelas ajar teknik lain, kat kelas tuto teknik lain..
so nak adapt tu agak susah sikit..
[huhuhu... alasan-alasan... ^^]

Oleh yang demikian.. saya tidak bawaklah notes and tuto.. bila minta wat dalam kelas..
dah macam cacing kene jemur..panas je..duk depan sekali lak tu.. hehehe..
Tapi alhamdulillah.. setakat ni dia ajar tuto.. kekadang tu ada juga makin faham..
cuma sekarang nak cari full masa utk saya ulang balik semua yang telah diajar.

Hari ni saya berjaya derma darah. 
Buat kat tempat tertutup.. so saya lebih prefer begitu, even masih ada banyak yang pihak kesihatan tu kene 
perbaiki.. erm...
Barulah saya tahu saya ni darah ape.. duk tengok orang tu duk pusing2 board..
akhirnya.. saya miliki darah O.
Tapi kalau ikutkan.. suppose leh tau.. gene from family ><

Wat la sikit bukak-bukak dan tutup-tutup website orang lain dan saya ketemu dengan ini..hehhe..


Tu saja suka-suka je ek.. hehe..

Owh ya.. 
ada yang menegur saya tentang status saya baru-baru ni di Twitter.
Meh saya quote kan status saya tu kat sini. 
Bahaya kalau saya tak terangkan, menimbulkan syak wasangka pada orang lain..iskh2 ><

"jodoh p'temuan bukankah di tangan Tuhan? Kenapa perlu ada penyeksaan jiwa pada diri serta orang lain andai soal teman hidup menjadi halnya??"

"andai benar kita berusaha utk mencarinya.. kenapa perlu kita lari dari yakin dan percaya padaNya?"

"Bukankah Allah telah letakkan garis panduan yg indah utk kita ikut dlm soal jodoh ini?"

"jgn sesekali menangisi sesuatu yg belum pasti milikmu.. jgn sesekali meratapi sesuatu yg bukan hakmu..."

"percaya dan yakinlah pdNya andai kita masih punyai pegangan yg utuh"

"Allah sentiasa bersama dgn kita walau apa yg terjd..."


Oleh kerana twitter tak leh nak update panjang2, so saya terpaksa post beberapa kali.
Status ni buat semua.. juga buat diri saya. Tapi... [ada tapinya...], saya tidak meng-highlight kan status ni buat diri saya jika ikut prioriti nya. 

Pada yang belum mengenali diri saya..
Medium saya berinteraksi adalah melalui penulisan.
Dan di sini merupakan salah satu channel untuk saya berbicara.
Andai saya berbicara akan sesuatu.. pastinya ia telah terjadi pada diri saya juga pada mereka yang ada dengan saya.
Saya bukanlah antara mereka yang boleh cakap lepas. Kalau nak dengar saya cakap lepas.. adalah melalui penulisan yang saya hasilkan. Itu adalah diri saya sebenarnya.

Pada yang membaca status ini, andai ada kaitannya dengan diri kalian.. sama-sama kita muhasabah semula.
Ingat.. just ingat ini.. Allah adalah segala-galanya untuk kita.. 

Ramai antara kita yang bila soal cinta, semuanya ditolak tepi.. namun bila kesusahan datang melanda.. Tuhan mula kita cari. Ini juga peringatan buat diri saya. Kita sama-sama selalu lupa. Oleh itu, sama-sama juga kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Allah sudah tegaskan dalam Al-Quran.. surah al-Baqarah[saya lupa ayat yang mana]..
Sesuatu itu pada pandangan kita mungkin baik belaka.. tapi ia mungkin adalah yang sebaliknya buat kita.
Sesuatu yang pada pandangan kita buruk dan tidak baik..mungkin ia adalah yang terbaik buat kita.
Semuanya berada dalam pengetahuanNya.

Jika benar kita rasakan dia adalah yang terbaik.. kembali kepada Allah.
Minta petunjukNya.. Minta pertolonganNya..
Bukannya dengan cara kita tangisi, kita bermurung, kita bersedih hati.
Islam tidak mengajar kita begitu.

Saya cuma mahu clearkan saja status tu, berikan penjelasan sebenarnya.
Sama-sama kita ambil iktibar.
Apa yang saya katakan andai tersalah..maaf dipinta.

p/s : Nak siapkan Cover Letter... huhuh.. send by this week.. can ar?

7 Nov 2010

Saya di sini..anda?

Ini adalah breakfast saya pada Hari Sabtu.. huhuhu..
kat melaka susah saya nak makan benda ni, sebab kebanyakkan Bunga Raya tak makan makanan mamak..
So, bila balik Ipoh sahajalah saya boleh makan.
Abah ngan ibu pun dah faham... bila saya balik je.. mesti bawak saya makan makanan ni..
Thx abah ibu.. Luv u both ^^
Kalau time arwah mak dulu..lagi kerap..
Asal gi pasar Jelapang je pasti breakfast kat kedai mamak tu.

Alhamdulillah...syukur.
Saya sudah kembali ke Melaka.
Perjalanan ke Rawang bersama family..
Satu family naik train.. Abah ngn ibu nak travel bersama-sama dengan saya..
sehingga ke Bukit Jalil mereka hantar saya.. naik LRT plak tu..
Saya sangat terharu.. dan bila saya tahu mereka sudah selamat sampai ke Ipoh..
hati saya lega.. Allah selamatkan mereka tiba di sana.
Terima kasih kerna hantar saya yang comel nie..^^,

Syamim baru keluar wad semalam.
Dia kena kuning. Kasihan...
menangis tak henti-henti.. tadi pun mata dia masih kuning lagi..
tapi insyaAllah bertambah baik hendaknya.
Satu je saya suka dengan Syamim..
tengah-tengah dia nangis.. bila panggil nama dia.. "SYAMIM.."
Terus diam budak tu.. mencari-cari sapa panggil dia..
Semoga kamu menjadi seperti mana makna nama kamu itu dak kecik ^^,

Si Syabil lak.. abang Syamim..
semakin cerdik budak ini...
Tengok dialog dia dengan abah [Tok Wan die]

Tok Wan : Syabil nak gi Tesco nak buat apa? [Syabil ni memang suka pergi Tesco.. kalau tak dapat pergi dia sedih.. kak long saya cakap.. beruntung Syabil ni.. suka beli-belah tempat yang murah aje.. nasib baik tak bawak die g mydin..kalau tak..hahaha...]

Syabil : Syabil tak nak beli.. Syabil nak tengok je..

Tok Wan : Tak nak beli? Tengok je? Bagusnye.. Orang putih cakap.. window shopping...

Syabil : Orang India cakap ape?

hahaha... abah agak terkedu di situ.. tak sangka itu yang dia tanya.. Syabil2..
Pepun.. saya terhibur dengan telatah Syabil dan Syafia.. termasuklah terhantuk kepala tu..hahaha..

Saya juga berjaya khatamkan 3 buah buku ni...

 


Alhamdulillah buku-buku ini semuanya best2.
Saya suka sangat!
Pada yang membaca blog ni.. kalau ada kesempatan, bacalah buku2 di atas.

Lihatlah dunia Islam yang sebenar.
Lihatlah musuh-musuh kita yang sebenar.
Lihatlah perjuangan mereka yang takutkan Allah.
Semoga saya dan kalian mendapat iktibar daripada buku2 ini semuanya.

Cukup sampai sini dahulu..
Jumpa lagi, insyaAllah.

Yup.. saya mahu betulkan apa yang telah bengkok..
dan saya akan mulakan dengan kisah silam saya terlebih dahulu.
Kerna kita tak tahu bila saatnya kita akan dipanggil olehNya..
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design