Wednesday, October 20, 2010

Maju

" Woit, kamu kat stadium ke?"
"Memang x ar. Buat ape..baik duk rumah je"
"Manalah tahu. Kamu tak bangga ke duk kat Melaka?, maju tu..."

Maju.
Itu dia.
20:10
20.10.2010

Tarikh keramat ni merupakan tarikh isytiharnya Melaka Maju 2010.
Wow! Saya berada di alam kemajuan. Lebih hebat daripada Kuala Lumpur dan Cyberjaya. [xde kaitan plak]

Banyak yang boleh ditafsirkan dengan kemajuan nie.
Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri.
Melawat Melaka Bandar Bersejarah bermakna melawat Malaysia.
Satu lagi slogan yang terpampang kat bas Panorama.
Owh... comel sungguh bas tersebut. Kecil aje.

Berbalik pada MAJU,
Melaka sekarang sangat panas. Majunya shopping complex kerna terbangunnya banyak pusat membeli-belah, malah saya dengan berbangga lagi menceritakan kelebihan shopping complex yang ada pada keluarga.
Bila tibanya lawatan ke apa ke, tempat yang pertama yang akan dikunjungi adalah Pusat Membeli-belah.

Tidak lupa juga dengan warisan sejarah yang ada di Bumi Melaka ini.
Sejarah pasti akan berulang. Andai kaki jejak ke Bumi Bersejarah, namun iktibar tidak mahu dikutip, tiada gunanya datang berkunjung. 

Oleh kerna hampir setahun lebih duduk di Melaka, saya sudah biasa dengan tempat lawatannya.
Huhuhu... 

Tapi peliknya, setiap kali mahu maju, mesti tumbuhan hijau dimusnahkan, sedangkan setiap ciptaan Tuhan ada gunanya pada diri kita. Andai hilangnya kehijauan dan kenyamanan tumbuhan tersebut, ada baiknya tidak perlu maju, kerna pelbagai penyakit semakin bercambah sehari demi sehari.

Hargailah apa yang telah diberikan pada kita.
Ia pasti akan diambil olehNya satu hari nanti.
Kerna semua ini adalah pinjamanNya.
Dan ingatlah..setiap yang berlaku akan disoalNya kelak.
Kita berada di Bumi Melaka.. kita sebahagian daripadanya dan kita juga mempunyai tanggungjawab atas nama kemajuan. Bila tanggungjawab berada di bahu, pastinya akan disoal di sana kelak.

Walau apa pun.. selamat menyambut hari keramat ini.
Sambutlah sebaiknya.
Ingatlah..amaran Allah sudah berada di depan mata.
Sentiasalah bersedia menghadapinya.
Semoga Allah sentiasa menjga kita semua.

Wassalam.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law