Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, October 31, 2010

Syamim Bakhtiar

Dah masuk minggu ketiga.
Pantas sungguh masa berlalu.

Semalam ada konsert nasyid kat MMU.
Luangkan masa sedikit pergi tengok.
Best gak ar. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang mereka menyanyi kat atas pentas tu.
Bagi saya, mungkin muzik terlalu kuat, saya kurang dengar lirik yang ingin disampaikan.
Alhamdulillah setelah dua tiga kali dengar lagu2 mereka, saya semakin faham.
Pepun tahniah pada yang menganjurkannya.

Saya semakin pasif? 
Wow!! kenyataan yang amat menarik.. saya suka itu. Terima kasih kerna berikan status tu pada saya.
Pasif daripada segi apa ya? 
Involvement? Participation? The way Im thinking? or the way i organize my life?
Its ok.. pasif atau tidak, itu tetap diri saya. 
Andai pasif saya ini memburukkan keadaan sekeliling..tegur-teguri lah diri saya ini.

Erm...
Pepun, kat sini saya nak mohon sejuta kemaafan pada semua.
Ada masanya saya cakap ikut perasaan je.
Ada masanya penulisan saya berbaur asam pedas + belacan..
Ada masanya penulisan saya memang saya tujukan pada orang tertentu..

Saya memang manusia yang biasa. 
Punyai perasaan yang mana sering kali buatkan orang lain terasa hati.

Workey... 
x mo dah cakap sal bende ni...
Meh cakap sal Syamim.
Siapa ya Syamim?

Anak sedaraku yang nombor tiga!! Alhamdulillah..
Wajah Syamim menenangkan jiwa saya.
Setiap kali hati saya gundah gelana.. saya akan pandang Syamim.
Syukran ya Allah mengurniakan Syamim kepada kami.
Semoga menjadi anak yang soleh, Syamim.
Penyejuk mata dan penawar hati ibu ayah mu.
Begitu juga buatnya Syabil dan Syafia.
Amin.

Ye... saya akui.. kawan2 cakap saya kurang mesra dengan budak2, lebih2 lagi yg kecik2 tu, cam Syamim.
Mungkin saya kurang pandai nk handle mereka..
Tidak bermakna saya akan jd begitu dgn anak2 saya.
Terusik juga hati saya tiap kali digelar begitu..huhuhu.. sy x kisah pun.
Pepun.. saya terima kekurangan diri saya ini dan harapnya satu masa nanti..
saya mampu jadi ibu yang terbaik.. yang mampu melahirkan dan membesarkan anak-anak 
yang soleh dan solehah juge ^^,

p/s : nak tengok Syamim!! huhuhuhu ^__^

Tika Masanya



Tika masanya...

Friday, October 29, 2010

Ini cerita saya

Saya benar tidak sedap hati ni.. bukan tak sedap badan ek.. tu dh len.
Sejak dua tiga hari ni, hati saya tidak senang langsung. 
Kalau sebelum ni, dapat kawal lagi ketidaksedapan hati ni..
Tapi semalam, rasa dia kuat sangat. Benar-benar merungsingkan fikiran saya,
sebab saya tak tahu apa sebenarnya yang hendak diberitakan pada saya.

Sem ni saya tak nampak sebarang kesenangan walau sedikit pun,http://www.emocutez.com
oleh itu saya kena usaha dengan lebih kuat berbanding sem-sem yang lepas. Dengan berbekalkan result sem lepas, saya kena lebih kuat dari fizikal dan mental. huhuhu..
Dan saya sememangnya memerlukan support family yg amat kuat, kerna mereka yang paling rapat dengan saya even pada zahirnya saya tidak begitu rapat. I have to start the move!

So, minggu depan..saya akan pulang ke Ipoh, ke sisi family. 
Kalau ikutkan jadual yang semakin padat, saya enggan pulang.
Tapi saya kena pulang, sebabnya ada perkara yang perlu saya jelaskan pada ibu dan abah.
Dan dalam perjuangan saya di bumi MMU, saya perlukan semangat mereka.

Dan kalau arwah ada, saya pun mahu katakan sesuatu padanya, namun biarlah kata-kata ini saya sematkan dalam hati saya, kerna arwah sentiasa hidup dalam hati saya. Darah yang mengalir dalam diri saya adalah darahnya juga. Sebahagiaan daripada dirinya ada dalam diri saya. Dengan itu, sudah cukup buatkan saya rasa complete even pada zahirnya...arwah tiada.

Sem depan saya dah praktikal!!
Tidak percaya sungguh! Saya sudah hampir melangkah ke alam pekerjaan.
Macam mana la nanti yek?? hehhee...http://www.emocutez.com

Mampukah saya menempuhinya?

Mr machine.. Mr tuto.. Mr saing.. Mr naruto.. Geng bunga raya...
kesemua mr yg dinyatakan di atas semuanya pembakar semangat saya.

Mr machine..
Saya sememangnya merindui semangat yang saya kobarkan sewaktu kelas mr machine. 
Sehingga saya tekad saya mahu menceburi bidang coding machine. Alhamdulillah saya gembira dengan result subjek tu.

Mr tuto..

 adalah pembakar semangat saya untuk 2 subjek yg memerlukan berfikir tahap kritikal. Even saya tahu saya akan tidur kalau dia ajar, tapi..sehingga ke hari ini..saya tidak pernah tidur. hehehe..

Mr saing... 
itulah pesaing utama saya sejak saya Beta. Sehingga ke hari ini, saya hanya berjaya kalahkan dia dalam satu subjek jek..yang lain..semuanya sipi2..

Mr naruto.. hahaha..
mr naruto ni byk juga bantu saya, sangat banyak membantu. Saya pernah sebut pada malam big heart yang dia byk support saya. oleh itu.. sebagai seorang kawan, terima kasih saya ucapkan...
satu sahaja mahu saya katakan pada mr naruto.. yakin pada diri kamu sendiri. kamu tahu sejauh mana kamu akan pergi, oleh itu coraklah hidup kamu sebaiknya.. ^^

Geng Bunga Raya...huahahahah..
Geng ni sebenarnya adalah diri saya juga. Merekalah paling-paling-paling banyak bantu saya. Waktu saya EMO, wkatu saya GILA-GILA.. merekalah yang selalu bersama saya, lebih-lebih si Nadiah. Sejak alpha lagi dia sudah bersama saya. Mulut je cakap..bosan ar dengan ko je.. tapi hati tidak.. malah bersyukur kerna Allah temukan kita berdua. Keduanya adalah Ecah. Dia ni pendiam jek..tapi dalam diam dia, dia adalah motivator saya.. tak kan saya lupakan segala nasihat dia. Last but not least.. Aida dan Wani. Korang mmg best ar! Alhamdulillah..Allah satukan kesefahaman kita berlima dalam satu rumah yang kecil ^^,

Berbalik pada soalan tadi.. 
Mampukah saya melaluinya???

InsyaAllah.. dengan adanya mereka semua di atas [especially my family].. saya mampu lakukan!
Even tak mencapai target, tapi saya tahu..saya telah lakukan yang terbaik.
Dan dengan adanya keyakinan terhadapNya. Lagilah saya yakin saya boleh lakukan.
TanpaNya yang memberikan saya semua ini, saya tidak akan ke mana-mana langsung..
I'm nothing!

Syukur...
Dan maaf saya pinta atas segala yang telah saya lakukan.
Doakan segalanya berjalan selancarnya..

p/s : Ini cerita saya.. saya memang suka mengarang panjang-panjang.....
Tolong jangan layan saya seperti saya ni adalah batu ataupun tunggul. Selagi saya hormati kalian.. minta tolong hormati saya juga sebelum saya hilang hormat. Once itu terjadi.. kalian akan lebih menyampah dengan diri saya ini. Selagi kita ada hati dan perasaan..tolong hargai nikmat itu sebelum ia hilang!!!


Meniti

Dalam gagah berdiri terkadang jatuh tidak disengajai

Dalam tegas berbicara terkadang lemah dalam membalasi

Dalam ketekunan mencari terkadang putus asa dihadapi

Dalam kabur yang dihujani terkadang boleh memakan diri...

Saturday, October 23, 2010

Sekeping sijil..

Alhamdulillah selesai satu ari ni.
Best? best la juga.

Tinggal sehari lagi untuk menyempurnakan hariku dan untuk mendapatkan sekeping sijil.
Betul ke penjodoh bilangan tu? sekeping?

Result dah kuar. Bila Ekin bagitahu result dah kuar, perasaan seperti biasa sahaja, tiada apa-apa.
Hanya redha je yang ada dalam hati ni. 
Bila bukak tengok sikit result.. perrghh..http://www.emocutez.com
Tak de la gempak mana pun. Biasa je, alhamdulillah lah. Memang redha je. My heart felt very pure.. cewah~~

What you had try, you will get the same as you try. hehehe..
Saya tahu apa yang telah saya lakukan sem lepas, dan saya terima keputusan ini..
Waaa... saya rindu nak masuk kelas Mr Poong!! Kelas yang buatkan saya sentiasa bersemangat. http://www.emocutez.com

Ok.. done cite bab result. Berbalik pada sekeping sijil tadi..

Semuanya ada 10 modul. Hari ni kami habiskan 5 modul sahaja dahulu, 5 modul lagi esoknye plak.
Tapi kasihan pada mereka yang nak naik cepat..sebab part keluarga tu ustazah tak explain kasi mendalam, memikirkan kami yang awet muda ni..hehehe ^^,

Pepun..tidak bermakna sekeping sijil saya terima membenarkan saya naik dahulu. Tidak3...
Masih jauh lagi perjalanan. Dah janji dengan Aida nak cari time praktikal..
Tapi Aida..Mira praktikal sem depan..so maknanye Mira cari dulu?? hehhe..
Gurau3...

Perjalanan saya masih jauh lagi.
Biar manis dan indah bila mendengar akannya, namun tanggungjawab yang terpaksa dipikul terlalu berat.
Bila mana saya sudah bersedia, insyaAllah DIA akan hadirkan untuk saya.
So..attend kasi habis lu ini kursus!

Esok ada modul cite sal duit..menarik2...^^

Thursday, October 21, 2010

HongKi cedera!!!!


Kasihan sama HongKi. Tengok tangan die..cedera!!!
Sebelum ni kalau dia nyanyi lagu nie, tangan satu lagi pasti akan diangkat ke depan [time chorus].

Dahsyat nya kamu masak ye hongki..ish3...

Ni performance waktu die sihat...lain kan??
Sian....

Kebosanan aku time cuti


Terasa nak menaip hari ini.
Dan rasanya bukan di sini sahaja akan ku taip. Terasa nak hasilkan sesuatu, huhuhu.

Hari ini Melaka cuti sempena cuti peristiwa. 
So, kelas pun tak de. Dan hari ni dah mindset tak mahu study. Boleh plak kan mindset begitu?
Ingatkan nak settle kan mana yang tak settle lagi. InsyaAllah..hopefully.

Tadi wat blog-walking sat, saja nak menghilangkan bosan.
Bila baca kisah orang, saya teringat kisah saya.
Bila saya teringat kisah saya, saya teringat halnya semalam.

Saya tidak pinta untuk berlaku kali kedua hal semalam, kerna ia mendatangkan rasa tak sedap dalam hati saya ni.Yalah, kita manusia, punyai hati dan perasaan. Saya tak mampu untuk jadi sempurna, menerima sahaja apa yang telah berlaku..lastly, saya yang parah. 

Saya dah mula belajar untuk melawan.
Andai kata lawan itu menyakitkan, maaf saya pinta. Dunia sekeliling saya sekarang ni tak mengizinkan saya untuk stay dalam state yang sama. Saya kena bertindak bila mana saya rasa terancam.

Rasanya pasti ada yang perasankan. Tidak kisahlah.
We learn from mistake@past.
huhuhu..

Sebenarnya..saya tengah bosan nie. 
Pagi tadi saya buat kerja gila sikit. Time sume tengah tido, saya menjalankan eksperimen saya, dan saya asyik memikirkan bagaimana saya nak maintainkan eksperimen saya tu. Erm... nak kata ada kereta memang jauh sekali ar. Nak beli basikal, baik saya guna duit tu untuk tujuan yang lebih utama. Saya masih mencari alternatif. ^^,

Nak join sekali tak?
heheehe....

Bila nampak motosikal banyak-banyak kat kampus.. rasa nak sepak je semua yang ada! 
Namun sampai sekarang masih tidak tercapai hajat tu..erm..

Tengah-tengah search moto.. nampak gambar ni pula.
Macam mana boleh jadi begini.. Nauzubillah...
Innalillahiwainnalillahirojiun


Wednesday, October 20, 2010

Maju

" Woit, kamu kat stadium ke?"
"Memang x ar. Buat ape..baik duk rumah je"
"Manalah tahu. Kamu tak bangga ke duk kat Melaka?, maju tu..."

Maju.
Itu dia.
20:10
20.10.2010

Tarikh keramat ni merupakan tarikh isytiharnya Melaka Maju 2010.
Wow! Saya berada di alam kemajuan. Lebih hebat daripada Kuala Lumpur dan Cyberjaya. [xde kaitan plak]

Banyak yang boleh ditafsirkan dengan kemajuan nie.
Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri.
Melawat Melaka Bandar Bersejarah bermakna melawat Malaysia.
Satu lagi slogan yang terpampang kat bas Panorama.
Owh... comel sungguh bas tersebut. Kecil aje.

Berbalik pada MAJU,
Melaka sekarang sangat panas. Majunya shopping complex kerna terbangunnya banyak pusat membeli-belah, malah saya dengan berbangga lagi menceritakan kelebihan shopping complex yang ada pada keluarga.
Bila tibanya lawatan ke apa ke, tempat yang pertama yang akan dikunjungi adalah Pusat Membeli-belah.

Tidak lupa juga dengan warisan sejarah yang ada di Bumi Melaka ini.
Sejarah pasti akan berulang. Andai kaki jejak ke Bumi Bersejarah, namun iktibar tidak mahu dikutip, tiada gunanya datang berkunjung. 

Oleh kerna hampir setahun lebih duduk di Melaka, saya sudah biasa dengan tempat lawatannya.
Huhuhu... 

Tapi peliknya, setiap kali mahu maju, mesti tumbuhan hijau dimusnahkan, sedangkan setiap ciptaan Tuhan ada gunanya pada diri kita. Andai hilangnya kehijauan dan kenyamanan tumbuhan tersebut, ada baiknya tidak perlu maju, kerna pelbagai penyakit semakin bercambah sehari demi sehari.

Hargailah apa yang telah diberikan pada kita.
Ia pasti akan diambil olehNya satu hari nanti.
Kerna semua ini adalah pinjamanNya.
Dan ingatlah..setiap yang berlaku akan disoalNya kelak.
Kita berada di Bumi Melaka.. kita sebahagian daripadanya dan kita juga mempunyai tanggungjawab atas nama kemajuan. Bila tanggungjawab berada di bahu, pastinya akan disoal di sana kelak.

Walau apa pun.. selamat menyambut hari keramat ini.
Sambutlah sebaiknya.
Ingatlah..amaran Allah sudah berada di depan mata.
Sentiasalah bersedia menghadapinya.
Semoga Allah sentiasa menjga kita semua.

Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

I'm here

Medan Kit
Will missing you....

Travel one day with my lovely sister

Lovely lunch with my parents.
Dah kenyang makan sarapan..tapi still tambah nasi bile lunch nie..
hahaha.. mmg x dapat nak dielakkan sume tu..
nyum3..

Rutin wajib setiap kali menjejakkan kaki ke Melaka.. except x de duit.
Namun...berjaya menahan keinginan ini selama sebulan [Ramadhan] yang lepas. hahaha.. Syabas!!

And now..
Im here already..
Home sweet home. huhuhu..
Tomorrow will be new day.
[Tomorrow is a grrreaatt dayyy!!!]
Hopefully.
And this sem will be a wonderful sem for me.. coz.. I manage to get my favorite lecturer teach me!!
Yeay!!!!

And hopefully I will perform extraordinary this sem.Amin.
Do pray for me.
Dan akhir sekali..selamat memulakan semester baru buat semua kawan-kawanku yang tersayang.
Sabtu ni kita attend kursus tu sama-sama. 
Yang dah ada calon semoga nanti jangan lupa hantar kad yek. ^^,

"Ilah...smile!! nak tangkap gambar ni.."

Walhal..saya sudah siap setting frame dan jumpa frame ni dalam handphone saya.
Amat menarik!! Muat2 lak muka adik saya tu.hahahaha....

Friday, October 15, 2010

Kobawo korang

Setelah menempuh 5 jam, akhirnya kembali semula ke bumi Ipoh.
Dan juga setelah berjaya menahan malu ketika menunggu bas, sampai juga ke Ipoh.
Alhamdulillah.
Terima kasih buat Ecah dan Nadiah yang menghantar ke bumi MC.
Hehehe...

Malam sat gi nak gi amik adik.
Pastu esok, nak gi cuci mata dengan dia pulak.
So, saya hendak menurunkan satu ilmu berguna padanya esok.
hahaha..

Pepun....
Saya nak mengucapkan KOBAWO pada mereka-mereka yang telah memberikan saya seonmul.
Kobawo korang. Sayang korang.
Entry ni khas tuk korang.

Buat Kak Ada :
Semoga Allah memberikan kebahagiaan yang akak ingini sentiasa. Terima kasih akak atas setiap apa yang telah akak lakukan. Seperti yang saya khabarkan pada malam Big Heart, saya bersyukur kerna dipertemukan dengan akak. Semoga Allah sentiasa memelihara akak. Sayang kak Ada.

Buat dua orang yang suka gaduh :
Padanlah aku tengok pagi tadi kelakuan Nadiah agak pelik..
Dan juga kelakuan Ecah juga. Rupanya itu kerja korang ye..
Pandai korang ek. Aku tunggu gak apa yang korang nak buat sebenarnya, tapi aku tak cakap pe2 pun..
aku tengok je kelakuan korang berdua ni.
Pepun... kobawo korang. Sayang korang. Mekasih. InsyaAllah, doakan yang terbaik dalam hidup aku.
Begitu juga dengan korang. Semoga persahabatan antara kita semakin kukuh. Satu perkara yang aku boleh banggakan dengan anak-anakku nanti dan juga dengan parents aku..adalah pertemuan dan adanya sahabat seperti kalian berdua. Terima kasih Nadiah dan Ecah.


 

Thursday, October 14, 2010

6 jadi 5

Inilah dia Bunga Raya Girls.
Rasanya semua kenal kot..bagi yang kenal kami la.

Gambar ni first kami tangkap bila kami tinggal kat rumah ni. Gambar first kami berlima, dan saya amat suka gambar ni. Seriously.. saya sangat suka. Gambar ceria bunga raya girls buatkan saya rasa suka tengok. Bila tension tgk gambar ni pun hilang sikit tension. Tambah2 gambar wani yang senget tu..hahaha http://www.emocutez.com

Selamat berjuang buat Syima yang akan memulakan hidupnya di tempat baru tak lama lagi.
Pastinya bunga raya akan hilang seri dengan suara anda yang nyaring tu..hehehe..

Walau apa pun sekalipun..ingatlah kitaorang kat sini harapkan anda menjaga diri anda sebaiknya. Walau camna pun layanan kami kepada kamu dan sebaliknya..itulah lumrah dalam membina persahabatan. Maaf salah silap kami dan halalkan kami termakan maggi kamu..hahaha

Workey....
We complete each other.. one another..and support each other.
Jaga diri bebaik ek. ^^,
*******************************************************************

Speaking test MUET dah beres.
hehehe.. pasni hadapi paper yang lain pula.

Semester baru pun dah nak mule.
Cuak menanti result yang bakal mendatang ni.
Camne la gamaknye ye??
Pepun.. terima dengan hati terbuka. Usaha sudah kita berikan. Hasilnya harus diredhai.

Esok nak balik semula ke Ipoh.
Bak kata Wan tadi.. gigih kan.. nasib baik tak berenang ke Ipoh jek.
Tak kisahlah..mr benq saya ada di Ipoh.
Dah rindu dah nie..

Malam ni gamaknye layan buku je la..
bukan muka buku ek [facebook] tapi buku cerita.
So sebelum tu.. nak layan SHINEE lu.
Jom!!
[dah tunaikan solat semua?? akalu belum segera laksanakannya..]


p/s : hari ni gune pic AYAM lak.. sebab ada orang tadi kata nak mandi AYAM..hahahaha

Monday, October 11, 2010

I support you!

Annyeong haseyo..
Dah masuk minggu kedua dah cuti nie..huhuhu..
cepat aje mase berlalu.

Berakhir sudah kem YTM kat Hulu Langat tu.
Fuhhh... selesai satu urusan. Next is.... MUET!! yeay!! http://www.emocutez.com
I did not prepare anything for it.. NONE!! Rockz right?? hehe..

Lets flash back what I think about this camp..

Mula-mula dapat invitation from YTM.. respons saya adalah :

1. Ape nie?! YTM wat kem ar! Aduih... tak bestnye!!
2. Wat waktu tak kena plak tu. Dah ar nak MUET. Habislah cuti aku kali nie.....
3. Wat macam dulu ke? Tak sukenye!!!
4. Mesti ramai yang tak pergi nie..
5. Habislah.....

Tu dia.. banyak lagi sebenarnya respons saya tapi malas la plak nak senaraikan semuanya.
Tetiba.. saya teringat satu ayat dari surah Al-Baqarah... 
sesuatu yang kamu sangkakan buruk bagi kamu, ia adalah terbaik untuk kamu.. sesuatu yang baik bagi kamu, ia adalah sebaliknya untuk kamu.

Dan ayat itu benar. Itu yang saya rasakan. Memang kaw-kaw la saya tak suka dengan kem YTM kali ni, tapi bila dah pergi tu.. Allah je tahu perasaan saya. Bagaimana saya rasa tentang isi yang disampaikan sepanjang saya berada kat Hulu Langat tu.

1. Mengajar team work. TEAM POWER!!!
2. Memotivasikan diri. CHALLENGE!!!
3. Beri sokongan pada yang lain, bukan hanya pada diri kita sahaja. I SUPPORT YOU!!!
4. Tiada yang mustahil di muka bumi ini. CANCEL-CANCEL GO AWAY!!!

Ada banyak lagi input yang saya dapat serapkan dalam kepala otak ni. Syukur.
Syukran buat yang menaja, memberi penerangan dan sebagainya lah!

Sesi BIG HEART tu paling saya rasa. Benar2 saya rasakan. 
Bertahun lamanya saya menyimpan perasaan itu. Bertahun lamanya saya memikirkan cara bagi memperbaiki apa yang kurang dalam family saya sebenarnya. Dah kena panggil tuk berkongsi cerita pun malam tu, saya enggan. hahahaha... Cerita saya, akan saya simpan dalam diri saya sendiri, itu tekad saya. http://www.emocutez.com

Walau apa pun.. banyak yang saya gain dalam kem ini. 
Suka dengan kata-kata dalam setiap poster tu.hehehe..

Part Prof Izzi pula..
Banyak ketawa oooOOOooo.. inputnya juga banyak.
Dalam ketawa-ketawa tu, dia pandai selitkan isi ceramah. 
Hebat! Saya suka sama Prof Izzi.

WE COMPLETE EACH OTHER. 
Itu yang saya dapat simpulkan.

NO Complaint
NO Blame
NO Gossip
NO Excuse

p/s : tengah tunggu gambar2 nie..heheheh....http://www.emocutez.com

Thursday, October 07, 2010

Kek lagi weee~~~~

Kobawo kak lang!!
huhhu..
hari ni dapat makan kek lagi.
Kek hari jadi kedua..huhhu..

Kak lang belanja..hehehe..
mekasih kak lang.
Sedap~~~~~~http://www.emocutez.com

Saya suka makan kek..
lebih-lebih lagi kek coklat dan keju..hehhe ^^,


Wednesday, October 06, 2010

They are cute...

Tak tahu nape..tapi serius suke dengan lagu HELLO by SHINEE.
Kelmarin duk download versi yg ada subtitle nye.. baru faham.
Dan sangat sweet~~~ also.. dapat learn perkataan yang baru..
 seperti....
SHIMJANGI means my heart
JONGMAL means really
So.. I can make one sentence.. shimjangi jongmal appa means..
my heart really hurt. ^^,

Ni diaorng nye MV.. serius comel!!!!
Sangat kiut.. lebih2 lagi Taemin!!!
Kalaulah dapat bear putih besar yang MinHo pegang tu.. huhuhu.. best2!
Sangat suke dengan wajah mereka2 yang ceria ketika menari dan menyanyi.
Sesuai dengan lirik lagu tersebut!! huhuhu..suke3~~~~
Disebabkan mereka sudah buat comback stage.. mesti Music Bank minggu ni depa masuk carta.
Rasanya dapat tandingi FT Island?? erm.. PASTI!!!!
Sayangnya tak dapat nak tengok... 

Pepun..layan je MV ni.. sangat sweet~~
Ada pengakuan jujur yang dibahasakan dalam lagu ni.
Suke.. tak ada berselindung.. ^^,
Tahniah SHINEE!!!!
Nak dapatkan lagu UKISS plak!! Yeay!!

Tuesday, October 05, 2010

Sesi gila2 korea bersama nurafaz

Ok waktu nk jadi giler2..
Ni dapat kat blog seseorang.. jom tgk..
Nak buat kuiz sikit..

a) List out 8 male idols you can think of, label it as M1 to M8
b) List out 8 female idols you can think of, label it as F1 to F8
c) Get ready and answer all questions below. Be honest, you’ll find it more fun.

So... here is my list : 

m1. Lee Jun Ki [forever ^^,]
m2. Heo Young Saeng
m3. Ryeowook
m4. Taemin SHINEE
m5. Jong Hyun [cn blue]
m6. HongKi [ft island]
m7. Alexander [ukiss]
m8. Kelvin [ukiss] 

f1. Soo Young
f2.Lee Da Hee
f3. Tiffany
f4. Hara
f5. Victoria
f6. Gyuri
f7. Jia
f8. Yuri

Ni plak soklannye... hehehe

1) if u r about to do a parody for any k-drama with m2, what drama should it be?
2) imagine if f8 & m5 are husband n wife, what name should they give for their child?
3) between m6 & m7, who u prefer to be ur oppa n special one.Y??
4) if rumors spread that m3 is in r/ship with f1, ur reaction is.....
5) choose a song to be an ost for a drama cast by u n m7
6) between f6 n f2, who u prefer to be ur unnie.Y?
7) m8 have to choose between f5 n f4, which one u prefer for him?
8) what will u like bout m4 n f3?
9) let say today is m2 n f7 wedding day, could u name character below to make their family complete? bride n groom parents, n their friends
10) m1 is asking u for a dinner tonight. u r soooooo excited.u wanna give a present for him.So, what it could be n why??


Ni plak jawapan saye...

1. Hehe... x tau la.. tp klu dipaksa jugak.. apa kata cerita PLAYFUL KISS?? hehe... ada sebab kenapa saya nak cite nie.. org umah faham kot~~~ [lalalala~~~~]  http://www.emocutez.com

2. Oh My God!! x nak imagine leh x?? wat sakit ati jek. sbnrnye.. sume artis pompuan yang tersenarai adalah yg saya tak gemar. Tp sbb soklan dh suh saya jawab..sy jawab ar.. maybe...Jiha? hehe..

3. Ok.. soklan ni.. saya prefer HongKi jadi my oppa. sebab die caring.. happy go lucky.. baik hati.. ceria. so sy jd adik die pun seronok..hehe..ari2 leh nyanyi n joget ngn die. 
Kalau special one.. saya prefer Alexander. He totally EXTRA SMART. hehe.. gi mana2 ngn die pun x riso sebab tahu banyak bahasa. hehehe....

4. OH MY GOD!!!!! I will not let it happen!!! jangan sentuh RYEOWOOK SAYA!!!!! Siap!!!
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

5. Wow.. dengan Alexander lagi.. hehehe..lagu ape yek nak kita nyanyi ni oppa? erm...x ksh lah lagu pe2 pun.. asalkan dapat berduet romantis dengannya..hehehe~~~~

6. I prefer Da Hee.. sbb sy anti Gyuri..hehehe

7. Better u choose me..

8. Taemin die cute!!! suara pun leh tahan. Tiffany...erm..

9. Young Saeng n Jia?? erm.. jauhnye... 
bride parents : gyuri n jung min. groom parents : joong ki n da hee. friend : sume la kot.. 

10. Giler ar. Memang dah lama tunggu!!! memang excited!! erm.. nak bawa die gi jalan2 kt mana2 je tempat yang dia nak pergi. hehe..disebabkan die dah pergi military 2 tahun..tersorok je.. so biar kali ni dia lepaskan tension yang ada. hehe.. 
Hadiah? nak bagi die pakai ring. hehe...couple ring. one for me and one for him ^^,


Sekian....
http://www.emocutez.com

Monday, October 04, 2010

Saengil chukha hamnida

Annyeong..
Selamat hari Isnin semua.
Dan happy holiday also ^^
Alhamdulillah, setelah menempuh beberapa jam semalam, akhirnya saya selamat sampai ke Ipoh.
Syukur. 

Dan juga ingin mengucapkan terima kasih buat semua.
Kawan-kawan, famili yang telah wish MY BIRHTDAY.
Terima kasih semua.
Setiap ucapan yang kalian berikan sebenarnya merupakan doa untuk diri saya.
Sekali lagi terima kasih.

Kelmarin, 4 org bunga raya girls telah spend satu hari mereka dengan keluar jalan tanpa henti.
Alhamdulillah apa yang saya rancang dan saya hajati telah saya laksanakan, meskipun Ecah dan Syima xde bersama kami.
Apa yang saya telah idamkan telah saya laksanakan. Terima kasih Wani, Aida, Nadiah kerana sudi menerima ajakan belanja daripada diri saya. Semoga Allah mengeratkan lagi ukhwah antara kita.
Dan sememangnya saya rindu dengan PAU SEOUL GARDEN!!! Sedapnye~~~~~ 

Cuti nie.. keje saya lebih duk di rumah. hehee.. maleh nak pergi berjalan.
Jumaat ni kena gi kem pula, so baik duk rumah je.
Erm...

Nak tahu tak? 
Saya tunggu bertahun-tahun untuk mendengar@melihat satu ucapan ni.
Tapi sampai ke hari ini tiada pun. Sedih2..~~~ hehehe..
sebabnya dia sedang berada di military service! sedihnye!!!!
[macamlah dapat sambut hari jadi dengan dia kan kalau balik dari askar tu pun~~]

Suppose.. saya nak beli NINTENDO for myself...and surely i have my own  budget for it. hehehe..
Tapi saya telah simpan hasrat tersebut sebabnya saya rasa mungkin saya akan perlukan duit tu untuk diri saya nanti....
Oleh itu..saya telah memborong beberapa barang kelmarin dengan menggunakan sedikit bajet NINTENDO. huhuhu~~~
[ni la antara yang saya beli]

[ ni pulak kek Kak Anum bg. mekasih kak ^^,]

Know what..
JunKi sent me his pictures!! hahahaha so sweet~~~~

" Saengil chukha hamnida, mira@nurafaz. May you always hepy and do remember me always. Sorry cant be there with you. Luv ya~~"
[lee jun ki from far away]

"Hope you will do the very best in your life as I'll do my best in my life too. Hwaiting Mira! Sarangheyo!!"
[lee jun ki]
**************************************************************************

nurafaz will be nurafaz forever even inside say that it should not be like this.
no matter what happen...
nurafaz will remain unchanged...
i know why i have this feeling in the beginning and i always expect it will happen one day.
Thanks for being with me...in my memory...
Thanks..
I will do as I said, couple years ago. I'll really do it for real.
Once again.. thanks.. and goodbye~~
************************************************************************





 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design