Tuesday, September 14, 2010

Salam Lebaran

Selamat menyambut hari lebaran buat semua.
Maaf kelewatan dalam menyampaikan ucapan ini.
Kepada semua bloggers, sahabat2, teman2, serta semua sekali lah,
selamat menyambut hari raya aidilfitri. 

Dah berhabuk dah blog ni kan.
Nak update tapi malas sangat. So biar lah lama sikit.
Kini, sekembalinya semula ke Melaka, bolehlah update.
Ye..betul tu.. dah balik ke Melaka dah. 
Disebabkan final pun semakin hampir, kami satu rumah sudah sepakat nak balik awal.

************************************************************************
Saya mahu panjatkan kesyukuran tak terkira pada Allah.
Nikmat yang diberikanNya amat bermakna buat saya Aidilfitri kali ni.
Semua adik beradik saya pulang. Kalau yang lepas, along xde.. 
Kali ni.. along, kak long, syabil, syafia..dan juga bakal anak sedara baru [dalam perut],
turut sama menyambut raya dengan kami.

Rutin raya keluarga saya, 
selepas sembahyang raya, kami semua akan berkumpul di rumah adik ibu. Semua sekali.
Kami akan makan pagi di sana. 
Selepas tu.. mulalah episod raya kami adik-beradik.
Pergilah mana-mana pun.
Rumah acik... balik umah nenek.. umah opah.. mamak kidik, mak long.. etc

Sampai waktu makan tengah hari, 
sekali lagi kami berkumpul di rumah adik ibu.
Kami makan beramai-ramai.
Inilah kebiasaan yang dilakukan oleh keluarga ibu. Waktu inilah dapat jumpa semua orang.

Pas je makan,balik rumah, rehat dan solat Zohor.
Lepas solat, sambung lagi episod raya kami adik beradik.
Dijadikan cerita, satu hari tu memang akan kenyang sampai ke malam.
huhuhu.. ^_^ 


Ditambah pula kali ni...
Syabil dan Syafia lah penyeri kami semua. 
Pergi rumah Acik Norlia[raya pertama, ini satu kemestian tiap tahun...]
 saya tengok dia ketawa@senyum happy sangat.
Kongsi cerita dengan kami. Main gurau dengan dua budak tu.
Saya turut terhibur. 

Balik kampung belah arwah, opah punyalah happy.
Semua cucu dia balik.. 
Syabil Syafia main2 dengan moyang die, gelagat mereka benar2 mencuit hati dan merapatkan
hubungan kami dengan keluarga Acik Saba.
Saya yang jarang bertegur sapa dengan anaknya, alhamdulillah hari tu,
kami mula bercakap-cakap. Teringat waktu kecil-kecil dulu.

Saya benar-benar enjoy raya tahun ni.
Syukur Tuhan.
*****************************************************************************

Namun, dalam setiap kebahagiaan pasti ada keperitan.
Tiada yang tidak akan diuji di muka bumi ini.
Setiap orang, mempunyai ujian yang berbeza.
Mungkin kali ini, Allah berikan saya merasai nikmat begitu.
Esok lusa..tiada siapa yang tahu.

Semoga Allah kurniakan ketabahan dan jalan untuk setiap kesulitan yang dialami.
****************************************************************************




Kemalasan untuk edit cantik2 hehehe..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law