Wednesday, September 01, 2010

Lelaki kacak Peneman si mati

Sekarang ni mood blur.
Bukan blur apa, blur x tau nak buat apa sementara menunggu kelas kul 11 ni.
Owh...ada lagi rupanya kelas teman. Ingatkan dah tamat. Ishk2..
Nasib baik tanya Malliga ngn Eby. Mekasih korang.huhhu..

Sekarang ni juga mungkin mood tengah tunggu hujan turun.
Hujan yang macam mana tu cik nurafaz. Jauh di benak hati, hujan yang macam ni hah..


Wow!!!
Heaven la kan kalau hujan kat atas tu duk turun. Sure balik raya nanti dua tiga beg besar bawa balik. Confirm!!

Oleh kerana bumi Melaka ni Allah uji dengan kepanasan, dan dekat area rumah kami pula ditebangnye pokok2 yang menjadikan selama ini damai, kepanasan semakin terasa. Oleh itu, saya menantikan hujan air untuk turun.
Selain berdoa, kita kena usaha juga. So, jom buat karaoke ramai2. Manalah tahu suara kita dapat menyumbangkan suasana lantas menurunkan hujan. Manalah tahu kan..
Semoga hujan akan turun..Amin..

Sebelum saya berangkat pergi kelas ni, [ada kuiz oOooo...],
saya nak kongsi satu artikel yang saya baca kat blog ni.
Credit pada yang empunya blog.

Lelaki Kacak Peneman Si Mati



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,  

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' 

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi 

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Pesan baginda : 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' 


2 comments:

almutarjimah said...

Good luck~ saya punya test mid term esok hoho

..: nurish :.. said...

good luck jugak.
smg Allah permudahkan segala urusan.

p/s : midterm dh bis.. huhuhu.. tggu final pula..ngeh3..

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law