Sunday, September 05, 2010

Ada masanya...

Jam menunjukkan detik 2 pagi, tapi mata masih tidak mahu pejam2.
Penangan nescafe tadi. Perggh.. kuat plak kesannya minuman tu.

Progress..progress..
Hampir semua member2 dah fikir nak balik dah, ibarat lagu 'Menghitung Hari' yang kiranya asyik duk berkumandang tiap-tiap hari. Tapi dalam menghitung hari, masih ada segelintir mahasiswa [cewah..] yang memikirkan assignment nya.. presentation nya.. kasihan. Saya benar-benar kasihan dengan mereka.
Sebabnya, saya adalah di antara mahasiswa tersebut! Sehingga kan mood nak raya tipis yang amat.
Alhamdulillah.. biar apa pun terjadi, kerja tetap kena hantar.
Sama-sama doa agar Mr Shohel menerima program Java tu. Seriously, saya buat amatlah simple, sangat simple, sehingga nak buat diagram2 tu x tau nak letak apa dah, pakai taram jek.

OS lak.. tadi memang lawak betul. Pepun, insyaAllah, kami mampu berikan yang terbaik untuk Mr Low!! Yup!!
Esok kesinambungannya. Harapnya Ayub dapat turun bantu kami semua. Yeah!!

Nak story gak tadi.. terharu kat seorang pak cik ni hah.
Time nak melintas untuk ke bazar tadi, ada sorang pak cik ni tegur saya dengan Nadiah.
Kat sini, saya harap dan berdoa, agar pak cik dikurniakan kesihatan yang terbaik dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Walaupun tak tahu apa tujuan pak cik buat begitu, apa yang telah terjadi, hanya Allah tahu bagaimana syukurnya kami padaNya. Terima kasih pak cik. Semoga pak cik panjang umur.

Kita adalah hambaNya, kita akan kembali kepadaNya satu masa nanti. Amal kita lah yang akan menjadi peneman di sana nanti. Semoga di detik2 terakhir bulan mulia ini, kita pertingkatkan amal dan hargai setiap detik yang ada, sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita.

Semua housemates dah masuk mimpi, saya je yang tak masuk lagi. Oleh itu, saya nak terjah dunia mimpi saya. Jeles lak tengok sume dah tidur. Tadi bukan main bising rumah ni, sekrang senyap sunyi. Jom, masuk tidur. Nanti bangun leh sahur.


Hari ni dah banyak kali saya duk tengok video ni. Mulalah senyum sorang2..huhuhu..
Teringat lak kt dia..cewah.. hahaha..
Lirik lagu tu buatkan saya rasa sedih. Andailah benar ada jodoh antara kami.. cewah.. gurau2.
Saya benar2 bergurau.

 
[Saya sering ajukan soklan ni kat Bunga Raya Girls... "Muka aku dengan JunKi ada nak sama x??"]

Ada masanya saya akan jadi gila-gila begini. Maaf dan terimalah seadanya.

p/s : really...really hard... but have to face it no matter what..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law