Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, September 25, 2010

buka buku

Comel tak?
Ada macam saya ni?
Hahaha...

Hari ni saya nak jiwang sikit. Ehem2..
Entry ni saya tujukan wat sesiapa sahaja.. diri saya juga.
workey.. First thing first.. [wa.. cam lagu SS501 la..hehehe...]


Ada benda yang boleh kita deny, ada benda yang tak boleh kita deny. Benar?
Saya teringat satu dialog sahabat saya time kami makan kat Bunga Raya ni..
[edit mengedit telah dilakukan..]
"Time-time ginilah kita selalu fikir nak kahwin kan. Kalau dah masuk umur 25 tahun dah tak fikir dah semua tu, kirenye redha aje,"

Apa pula cik nurafaz nak bicara kali ni?
Benar apa yang dikatakan tu.
Kalau kat Bunga Raya ni, jangan cakap ar kan, demand nye melebih sikit... orang Malaysia tak nak, nak juga orang Korea, sehinggakan orang Malaysia tercabar, apa kekurangan mereka sebenarnya.. hahaha..

Menafikan atau membenarkan?
Menafikan sesuatu dan membenarkan sesuatu adalah dua perkara yang berbeza.
Bila bicara soal hati dan perasaan, ada yang menafikannya dan ada yang membenarkannya,
itu adalah hak individu itu sendiri. Kita juga ada hak bukan..

"Mana ada! Ak single tau.. just not available.."

Salah ke?
Mempunyai perasaan adalah fitrah. Menzahirkan perasaan adalah kebahagiaan. Memeliharanya dengan baik daripada kekotoran adalah perjuangan. Seorang insan yang menyimpan perasaan pada insan yang lain pastinya tidak mendatangkan sebarang kesalahan, tapi bagaimana gayanya kita mempamerkan perasaan itu, ada kalanya membawa kepada jalan kemusnahan.

Oleh sebab itulah..ada sesetengah mengatakan SALAH menyukai seseorang. TAK BOLEH!! 
Apalah dayanya kita untuk menolak fitrah ini daripada mengetuk pintu hati kita. Pilihan sebenarnya ada di tangan kita. Akal menentukan kematangan sesuatu tindakan. Namun keimanan memagari hati daripada tersalah jerat.

Aku, dia dan masa depan
Masih ada segelintir yang menganggap perhubungan yang terjalin adalah sesuatu permainan. Suka benar berada dalam permainan sedemikian. Pastu mulalah menderita. Sedangkan perhubungan yang terjalin sebenarnya landasan untuk masa depan. Adanya dia, adanya diri kita adalah untuk membina mahligai, bukannya hari ni orang lain, esok lain pula. 

Dari sudut nurafaz
Hidup tidak pernah sunyi daripada ujianNya. Benar?
Sebaik mana kita, sejahat mana kita, hidup kita tidak akan pernah sunyi daripada semua itu.
Bezanya, saya mempunyai corak ujian saya sendiri, dan kalian mempunyai corak ujian kalian sendiri.
Corak ujian kita tidak pernah nak sama. Begitu juga dalam soal hati dan perasaan ni.

Untuk membina sesuatu yang kita rasakan 'perfect',  kita tidak akan menempuhnya dengan mudah. 
Kerana apa?
Kerana DIA mahu kita bergantung harap padaNya. Hidup kita, mati kita, adalah untuk diriNya.
Dan janganlah kerna kekurangan yang ada pada diri kita, kita menafikan fitrah suci ini.
Ini tidak adil buat diri kita. Tetapi mohonlah padaNya agar apa sahaja yang kita lakukan, diterimaNya,
dipermudahkanNya, baik untuk diri kita juga untuk pasangan kita.

Saya berbicara secara umum. 
Allah mengatur hidup manusia sangat indah. Ingat tu. Biar seteruk mana pun kita telah lalui, sebenarnya itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya pegang kenyataan itu sehingga ke hari ni. 

Andai kita mahu sesuatu itu, minta padaNya. Bersuaralah dengan suaraNya. Cari waktu untuk diriNya.
InsyaAllah, DIA Maha Mendengar. DIA sentiasa mendengar keluhan kita, doa kita, kata-kata kita, semuanya.

Andai kita benar serius dengan seseorang itu, minta juga padaNya, agar DIA memudahkan segalanya.
Ingatlah..DIA Maha Berkuasa. 

Pada masa kini, kita mungkin fikir...
"Aku tak mungkin pergi jauh..."

Tapi kuasaNya tiada siapa yang akan ketahui. Oleh itu.. sekali lagi saya katakan..
jangan pernah putus asa.

Entry ni bukanlah mengajak semua untuk meluahkan perasaan masing-masing. Tapi harapnya dapat membuka sedikit pintu hati sesiapa yang masih terkunci. Believe in Allah is the best way to make your dream come true, coz HE will always guide you no matter what.

Oleh itu... tiada salah untuk menyimpan perasaan selagi kita mampu mengawalnya dengan sempurna sehingga ke jinjang pelamin.

Buat sahabat2 yang saya kasihi. 
Biar dengan sesiapa pun kalian pilih, semoga kalian bahagia.
Tolak semua prasangka buruk yang ada pada diri, kerna Allah tidak pernah memberikan kita jalan mati untuk sesuatu perkara. ^^,

Saya harap apa yang saya ingin sampaikan, telah saya sampaikan. Maaf...panjang lak kali ni nye entry..hahaha.... [itu memang saya]..

p/s : kuasa hati yg ada pd diri menyebabkan saya jadi begini. Tuhan..ini kelebihan atau sebaliknya? 


Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman,
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan,
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa,
Jika mereka mencari cinta manusia,
Biarlah kita mencari cinta Allah,
Cintailah Ilahi..
[quote from a friend]

Thursday, September 23, 2010

Seonmul part 2

Alhamdulillah bumi Melaka dibasahi dengan hujan jua.
Syukur. Sejuk je malam ni.
Kalau ikutkan jiwa raga.. nak je tido, tapi kena study lu!!

Ok..
Tadi seorang sahabat saya bertanya..
"Ko nak hadiah apa birthday nanti?"

Acece... saya ni pantang sungguh ditanya soklan sedemikian rupa.
Sebenarnya, sejak petang tadi dia duk tanya, jawapan pertama saya adalah,
"Aku nak laptop"
[huahahaha...]

Saja je nak kasi cuak sebenarnya. 
Sebelum ni saya ada post tentang Seonmul [hadiah].
seonmul ni dalam bahasa Korea.
Dalam entry tu saya ada nyatakan apa yang saya mahukan untuk birthday kali ni... ngeh3..
Meh baca.. Seonmul

Tapi pada yang tak larat nak duk baca.. saya ringkaskan kat sini aje..


Bukan nak demand, tapi berikut merupakan antara hadiah yang kiranya boleh kalian berikan pada diri ini.. ^^

1. Citer Sailormoon full series [DVD or CD]
[Sailormoon, Sailormoon R, Sailormoon S, Sailormoon SuperS, Sailor Stars]

2. Buku Tokoh2 Islam, x kira siapa pun dan x kira bape byk nk bg pun ^^
[as my bedtime story..also for my children's bedtime story]

3. Tiket ke konsert SUJU @Super Junior next year
[saya akn belanja makan selama 3 minggu andai ada yang sanggup sponsor sy ke konsert tu]

4. Novel2 Islamik ke @ Ramlee Awang ke @ fiksyen bm or english
[tak mau yang jiwang-jiwang sangat....]

Yang pertama tu.. cerita Sailormoon tu..alhamdulillah saya dah siap download full series. Thanks to Uddin kerna bagi link. Tapi jangan ingat itu dikira sebagai hadiah ek... Tu kirenya bonus tuk saya.

Saya juga mengharapkan hadiah nombor tiga tu..huhuhu.. tp daripada bagi tiket tu.. baik belikan saya HTC ke.. Nintendo ke..PSP ke.. kan3...
Kalau x dapat nak belikan pun..xpe.. saya bagi nombor akaun bank.. transfer je duit.. tak payah susah-susah nak fikir nak beli hadiah apa..kan3...

Walau apa pun... doa kalian paling saya harapkan. Untuk kesejahteraan hidup saya duniawi dan ukhrawi.
Itu adalah hadiah hari jadi terbaik punye ^^,

Kalau nak hadiahkan buku tu... bagilah buku tuk 'masa depan' ye.. hehehe..

p/s : ^__^

Wednesday, September 22, 2010

O$

Tomorrow is the day.
Hopefully everything will be ok, insyaAllah.
Sebabnya dengar cerita dari group yang lain, scary..
Tapi tengoklah macam mana esok.
Doa-doa kan kami semua leh buat yang terbaik.

Alhamdulillah hari ni telah menepati janji seperti yang telah dibuat semalam. Done that part.
Namun ,pagi tadi terasa diuji dan buatkan diri ini berfikir semula. Mana yang terbaik sebenarnya. Seriously.. it happened in front of my eyes. I stared at it, and I really saw it with my eyes. Sedih..
Tapi lawak pun ada jugak..hahaha..

Pepun..Im enjoying what I have till now. Whatever I have until this time, I really feel happy about it.
Even it is really tough for me, really make my heart hurt, really make my mind feel heavy, but I know that it is the best for me. 

Semalam sembang-sembang dengan adik kesayangan saya. She really comfort me that much. Thank you sis.
Whatever she said really make me feel sad. Yes.. I know she had a hard time in PASUM. But the way she comfort me really.... thanks sis. You're the best sister I ever had.

Now..the only thins left is.....
Maybe after final I decide back.
May Allah lead me the way. InsyaAllah.

Sekarang semua orang dah tahu. Dan rasanya perkara ini tidak akan menjadi realiti.
Itu kata hati saya.

Ok dah azan dah. Selamat menunaikan solat semua.
Jumpa lagi ya...


p/s : thanks to Aida sebab temukan dengan SS501.!!! really.... ^___^

Monday, September 20, 2010

Buntu.....

Buntu!
Ya Allah berikan jalan kepadaku.

Entahlah..
time-time nak exam ni ada masalah dengan subjek pula.
Satu kerja nak memikirkan study plan semula.
Email yang dihantar sudah direply.. 
tapi mengecewakan.

Nak bagitahu abah ibu ke?
Entahlah...
Angah.. mira nk jumpa angah...
Sememangnya memerlukan kaunseling dan pandangan dari seseorang tapi x tau nak jumpa siapa.

Dalam memikirkan exam, kene memikirkan benda ini juga.
Semoga dipermudahkan olehNya..

Sedang mencari jawapanNya dalam apa yang sedang berlaku.
Sedang mencari hikmahNya yang cuba disampaikanNya.
Ya Allah..tunjukkan aku jalannya.

Ok lah..
nak gi mengisi perut dahulu dengan bunga raya girls pas maghrib ni.
Adios~~~

Sunday, September 19, 2010

Los and Faun

[5 days more for my final exam]
My housemates all work hard for their upcoming papers.
Semalam.. makan kat kedai buah..
Mekasih kat syima yang join kami sekali.. bukan selalu dia join kitaorg,
Hope you will take a good care of urself when u far away from us Syima.
Pepun..rumah ni sure akn sunyi drpd jeritan kamu..huahahaha...

Semalam gak..something good happened to me.. 
well..i think it was a good one, coz im waiting for a long time for it.

Entah mengapa, terdetik kat hati ni nak buat macam tu.
Dan tak sangka..hasilnya menjadi, sedangkan dah lama duk wat cara yang sama, tetap tidak berhasil. Sangatlah gembira, malah tak percaya pun, seriously tak percaya.


Im really waiting for that moment as I never ever forget for the past 3 years. Yup, I never forget.
Nampak je kekadang atau ada masanya gile2 kt sesiapa, sampai cakap "i'm serious about it,"
tapi jauh dalam hati saya, belum terbuka lagi pintu hati saya sebenarnya, coz i made a promise to myself regarding what happened to me for the past 3 years.

Apa yang terjadi pada saya tatkala ternampak baju putih tempoh hari, sy bersyukur kerana diketemukan peristiwa itu, ada hikmahnya juga.. tu yg sampai demam seminggu tu. Terkejut nye pasal. Sekarang baru faham kenapa itu terjadi pada saya.

"Kak Mira terima ke even macam tu?"
Janji tetap janji...ini juga salah satu ujian bagi saya sebenarnya.

Antara janji, suka, duka, dan kelmarin..
semuanya bergolak mahu jadi yang pertama, tapi memang tak dapat ar..
ada final exam dowh.. itu yang paling utama harus difikirkan, yang lain harus ditolak tepi sejauhnya.

Walau apa pun, saya gembira kerna dia selamat.
Kerna dalam doa saya, saya mahu ketahui keadaannya..
Alhamdulillah, Allah peliharanya baik sekali.
Sama sekali jauh daripada cerita yang dikhabarkan pada saya.
Dia seperti dia yang saya kenal 3 tahun yang lepas. ^^,

Kalau dulu, saya selalu sebutnya dalam novel@cerita yang saya karang,
kali ini biarlah ia menjadi sesuatu yang realiti,
sebagai sahabat saya.

Jujurnya saya cakap, saya memang serius carinya,
sejak SPM lagi saya carinya. Sampai saya melangkah ke tahun kedua ni pun saya masih gigih mencarinya.
Kekadang rasa macam tak ada harapan dah.

Saya carinya sebab dialah pesaing pertama yang saya cuba miliki. Kerna dia jugalah saya generate diri ini untuk menjadi lebih baik daripadanya. Dan kerna dia jugalah, saya mahu sentiasa kelihatan lebih hebat. Benar, pengaruh dia dalam diri saya amat kuat. Even, bila dapat tahu berita buruk berlaku padanya, saya kuatkan diri ini agar mungkin satu masa nanti bila ketemu, saya mampu menariknya semula ke jalan sebaiknya. 

Pada yang tahu asal usul cerita ni, doa kalian amat saya harapkan.
Doakan segalanya terbaik.

Ok la.. kalau saya boleh post gambar, saya akan buat begitu. tapi biarlah siapa gerangannya saya rahsiakan, sebagaimana saya rahsiakan semua perkara di atas selama 3 tahun. 

Terima kasih ya Allah kerna temukan diriku semula, meskipun dia mungkin tidak menyimpan secalit memori tentang diriku. Semoga pertemuan ini memberikan sesuatu yang baik buat diriku, dalam ak merealisasikan impian dan cita-cita ku. Biarlah dia bagaimana sekali pun, ak tetap ak yang dulu, ak yang dia pernah ketemu 3 tahun yang lepas. Dan apa yang ak rasa akan ak kekalkan sampai bila-bila, kerna semuanya ak sandarkan hanya padaMu ya Allah.

p/s : i will make the first move this time... gambate neh for all my friends in ur final.. 
"Where there is a will, there is an A"

Thursday, September 16, 2010

Final Mode

Ye..saya faham.
Saya sangat faham. Biasalah tu.. time-time nak final nie.

Semalam.. taman kami menyambut hari raya + hari 1 Malaysia.
Maaf saya katakan..saya tak suka sebenarnye. Dan pelik.. sangat pelik.

Final exam dh nk dekat. Hampir semua bunga raya girls start exam Isnin akan datang ni.
Saya dengan Nadiah je start lewat sikit, tapi Nadiah ada dua paper dlm satu hari tu.

 :... TiMe FiNaL ExAm ...:

http://www.emocutez.com
~ menghitung hari keemasan ~

http://www.emocutez.com
~ lambat lagi.. so relax lu ~

http://www.emocutez.com
~ bile dh makin dekat tp pepun tak prepare g ~

http://www.emocutez.com
~ semakin lost... [pernah lalui situasi ni] ~

http://www.emocutez.com
~ yang ni bukan sebab dh prepare..tp sukenye bile habis exam awal dari kawan2 yang lain.. =.= ~

http://www.emocutez.com
~ semakin stress sehingga demam... ~

http://www.emocutez.com
~ boleh ke.. ~

Pastinya ada yang akan jadi seperti di atas.. saya pun pernah gak jadi camtu. Ni la gayanya tiap kali nak final.
Lebih-lebih lagi jadual exam menyedihkan jiwa.

Namun begitu.. jangan kita lupa.. selagi kita belum pegang kertas final..
selagi tak masuk dewan..
selagi itu jgn putus asa..

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

Jaga diri, jiwa, rohani dengan sebaiknya.
Pelihara minda kita sewajarnya.

http://www.emocutez.com
~ Yang ni gelagat bile perasaan 'gatal' menyerang bunga raya.. ~

Namun... saya tetap merasakan yang  ini...
http://www.emocutez.com

Walau apa pun..
selamat menempuh final exam warga MMU

Tuesday, September 14, 2010

Salam Lebaran

Selamat menyambut hari lebaran buat semua.
Maaf kelewatan dalam menyampaikan ucapan ini.
Kepada semua bloggers, sahabat2, teman2, serta semua sekali lah,
selamat menyambut hari raya aidilfitri. 

Dah berhabuk dah blog ni kan.
Nak update tapi malas sangat. So biar lah lama sikit.
Kini, sekembalinya semula ke Melaka, bolehlah update.
Ye..betul tu.. dah balik ke Melaka dah. 
Disebabkan final pun semakin hampir, kami satu rumah sudah sepakat nak balik awal.

************************************************************************
Saya mahu panjatkan kesyukuran tak terkira pada Allah.
Nikmat yang diberikanNya amat bermakna buat saya Aidilfitri kali ni.
Semua adik beradik saya pulang. Kalau yang lepas, along xde.. 
Kali ni.. along, kak long, syabil, syafia..dan juga bakal anak sedara baru [dalam perut],
turut sama menyambut raya dengan kami.

Rutin raya keluarga saya, 
selepas sembahyang raya, kami semua akan berkumpul di rumah adik ibu. Semua sekali.
Kami akan makan pagi di sana. 
Selepas tu.. mulalah episod raya kami adik-beradik.
Pergilah mana-mana pun.
Rumah acik... balik umah nenek.. umah opah.. mamak kidik, mak long.. etc

Sampai waktu makan tengah hari, 
sekali lagi kami berkumpul di rumah adik ibu.
Kami makan beramai-ramai.
Inilah kebiasaan yang dilakukan oleh keluarga ibu. Waktu inilah dapat jumpa semua orang.

Pas je makan,balik rumah, rehat dan solat Zohor.
Lepas solat, sambung lagi episod raya kami adik beradik.
Dijadikan cerita, satu hari tu memang akan kenyang sampai ke malam.
huhuhu.. ^_^ 


Ditambah pula kali ni...
Syabil dan Syafia lah penyeri kami semua. 
Pergi rumah Acik Norlia[raya pertama, ini satu kemestian tiap tahun...]
 saya tengok dia ketawa@senyum happy sangat.
Kongsi cerita dengan kami. Main gurau dengan dua budak tu.
Saya turut terhibur. 

Balik kampung belah arwah, opah punyalah happy.
Semua cucu dia balik.. 
Syabil Syafia main2 dengan moyang die, gelagat mereka benar2 mencuit hati dan merapatkan
hubungan kami dengan keluarga Acik Saba.
Saya yang jarang bertegur sapa dengan anaknya, alhamdulillah hari tu,
kami mula bercakap-cakap. Teringat waktu kecil-kecil dulu.

Saya benar-benar enjoy raya tahun ni.
Syukur Tuhan.
*****************************************************************************

Namun, dalam setiap kebahagiaan pasti ada keperitan.
Tiada yang tidak akan diuji di muka bumi ini.
Setiap orang, mempunyai ujian yang berbeza.
Mungkin kali ini, Allah berikan saya merasai nikmat begitu.
Esok lusa..tiada siapa yang tahu.

Semoga Allah kurniakan ketabahan dan jalan untuk setiap kesulitan yang dialami.
****************************************************************************




Kemalasan untuk edit cantik2 hehehe..

Sunday, September 05, 2010

Ada masanya...

Jam menunjukkan detik 2 pagi, tapi mata masih tidak mahu pejam2.
Penangan nescafe tadi. Perggh.. kuat plak kesannya minuman tu.

Progress..progress..
Hampir semua member2 dah fikir nak balik dah, ibarat lagu 'Menghitung Hari' yang kiranya asyik duk berkumandang tiap-tiap hari. Tapi dalam menghitung hari, masih ada segelintir mahasiswa [cewah..] yang memikirkan assignment nya.. presentation nya.. kasihan. Saya benar-benar kasihan dengan mereka.
Sebabnya, saya adalah di antara mahasiswa tersebut! Sehingga kan mood nak raya tipis yang amat.
Alhamdulillah.. biar apa pun terjadi, kerja tetap kena hantar.
Sama-sama doa agar Mr Shohel menerima program Java tu. Seriously, saya buat amatlah simple, sangat simple, sehingga nak buat diagram2 tu x tau nak letak apa dah, pakai taram jek.

OS lak.. tadi memang lawak betul. Pepun, insyaAllah, kami mampu berikan yang terbaik untuk Mr Low!! Yup!!
Esok kesinambungannya. Harapnya Ayub dapat turun bantu kami semua. Yeah!!

Nak story gak tadi.. terharu kat seorang pak cik ni hah.
Time nak melintas untuk ke bazar tadi, ada sorang pak cik ni tegur saya dengan Nadiah.
Kat sini, saya harap dan berdoa, agar pak cik dikurniakan kesihatan yang terbaik dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Walaupun tak tahu apa tujuan pak cik buat begitu, apa yang telah terjadi, hanya Allah tahu bagaimana syukurnya kami padaNya. Terima kasih pak cik. Semoga pak cik panjang umur.

Kita adalah hambaNya, kita akan kembali kepadaNya satu masa nanti. Amal kita lah yang akan menjadi peneman di sana nanti. Semoga di detik2 terakhir bulan mulia ini, kita pertingkatkan amal dan hargai setiap detik yang ada, sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita.

Semua housemates dah masuk mimpi, saya je yang tak masuk lagi. Oleh itu, saya nak terjah dunia mimpi saya. Jeles lak tengok sume dah tidur. Tadi bukan main bising rumah ni, sekrang senyap sunyi. Jom, masuk tidur. Nanti bangun leh sahur.


Hari ni dah banyak kali saya duk tengok video ni. Mulalah senyum sorang2..huhuhu..
Teringat lak kt dia..cewah.. hahaha..
Lirik lagu tu buatkan saya rasa sedih. Andailah benar ada jodoh antara kami.. cewah.. gurau2.
Saya benar2 bergurau.

 
[Saya sering ajukan soklan ni kat Bunga Raya Girls... "Muka aku dengan JunKi ada nak sama x??"]

Ada masanya saya akan jadi gila-gila begini. Maaf dan terimalah seadanya.

p/s : really...really hard... but have to face it no matter what..

Wednesday, September 01, 2010

Layan video

Dalam duk sibuk nak siapkan kerja, ambil masa menyibukkan diri tengok video2 nih hah..
Dah lama nak tengok..tp duk tangguh. Tapi bila dah duduk skali dengan Wani, Aida, Nadiah, so..
tengok gak lah video2 nie.

Kebanyakkannya sal orang mempersendakan agama Islam. Memang berapi tengok semua tu.
Sangat berapi. Terasa nak hentam2 mereka semua. Nak kata tiada akal fikiran, Allah dah bagi dah.
Entahlah. memang naluri ni tercabar sangat2.


Pastu tengok lak video nie..


Lihatlah dunia sekarang.
Sedih.
Di mana letaknya maruah kita.
Di mana letaknya martabat agama kita, andai kita sendiri berani untuk melakukan sedemikian tentang agama kita.
Di  mana hormatnya orang lain akan agama kita andai kita sendiri berani melakukannya.

Pintu taubat masih terbuka.
Semoga kita, keluarga kita, anak-anak kita, mereka yang kita kenali jauh daripada semua ini.
Dan semoga mereka diberikan hidayah dan pengampunan olehNya.

Video ni plak sal orang gaji dera anak majikannya.
Memang sumpah seranah saya tengok video ni.
Kasihan budak tu. Entah apalah dosanya. Dan entah apa pula masalah orang gaji tu sebenarnya.


Dan video terakhir ni..
buatkan saya tidak berkerdip mata memandangnya.
Semoga kita semua mati dalam husnul khatimah


p/s : bagaimana pula keadaannya kita nanti...

Lelaki kacak Peneman si mati

Sekarang ni mood blur.
Bukan blur apa, blur x tau nak buat apa sementara menunggu kelas kul 11 ni.
Owh...ada lagi rupanya kelas teman. Ingatkan dah tamat. Ishk2..
Nasib baik tanya Malliga ngn Eby. Mekasih korang.huhhu..

Sekarang ni juga mungkin mood tengah tunggu hujan turun.
Hujan yang macam mana tu cik nurafaz. Jauh di benak hati, hujan yang macam ni hah..


Wow!!!
Heaven la kan kalau hujan kat atas tu duk turun. Sure balik raya nanti dua tiga beg besar bawa balik. Confirm!!

Oleh kerana bumi Melaka ni Allah uji dengan kepanasan, dan dekat area rumah kami pula ditebangnye pokok2 yang menjadikan selama ini damai, kepanasan semakin terasa. Oleh itu, saya menantikan hujan air untuk turun.
Selain berdoa, kita kena usaha juga. So, jom buat karaoke ramai2. Manalah tahu suara kita dapat menyumbangkan suasana lantas menurunkan hujan. Manalah tahu kan..
Semoga hujan akan turun..Amin..

Sebelum saya berangkat pergi kelas ni, [ada kuiz oOooo...],
saya nak kongsi satu artikel yang saya baca kat blog ni.
Credit pada yang empunya blog.

Lelaki Kacak Peneman Si Mati



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,  

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' 

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi 

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Pesan baginda : 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' 


 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design