Thursday, August 05, 2010

Warkah buat kalian


Bunga ros...actually, saya bukanlah seorang penggemar bunga. Tapi seringkali wanita dikaitkan dengan bunga. Tapi bukanlah bermakna saya anti bunga, cuma kurang suka. Owh..ok... stop tentang bunga.
Saja nak wat intro dengan penampilan bunga ni. Terasa tenang pun ye tengok bunga di atas.

Entry kali ini lebih bersifat personal, dan saya tujukan pada semua yg membaca, well, its me.. love to write long-long one. 

First of all, I want to say that... Thank you so much. Ye, saya akui, saya adalah insan yang amat lemah. Perhatian yang kalian berikan, hanya Allah yang mampu membalasnya. Jujurnya, kemahuan di hati saya ingin bersama kalian, tapi, berikan saya sedikit masa.

"Benda baik...buat apa nk tolak?"
Benar..apa yg kalian sarankan adalah baik, untuk saya, malah untuk sesiapa saja. Saya juga akui, bila-bila masa sahaja nyawa ini akan diambilNya. Peluang diberikan seolah-olahnya saya seperti mahu menolaknya bukan?

Hanya Allah yang mengetahui apa yang saya@kami rasakan.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Itu yang saya cuba praktikkan sekarang.
Dan sekali lagi terima kasih, tidak berputus asa kalian semua.

InsyaAllah.. semoga Allah bukakan pintu hati saya ini, kerna saya juga mahu apa yang kalian offer kan.
Atau..kasarkah andai saya cakap...
"Saya tidak mahu lebih daripada itu. Hanya apa yang ditawarkan sahaj. Bolehkah saya tidak aktif join apa-apa program yang dianjurkan? Bolehkah?"

Ini untuk diri saya. Saya ingat kata-kata tu. Benda ni mendidik jiwa. Untuk masa depan kita, ukhrawi khususnya. Saya sedar semua tu. Saya amat sedar dengan semua tu. Cuma saya buat-buat tidak sedar sahaja.

Akhirnya.......
Berikan saya masa sedikit lagi. Saya benar-benar perlukan jawapanNya juga. Jujurnya...
saya tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa sekalipun. 
Andai mahu bertemu@talk dengan saya in personal, silakan..
saya sedia menerima semua tu..lagipun.. apa yang telah terjadi selama ini, 
berbisik pada saya untuk berani ke hadapan. 

Terima kasih kalian..
Maaf andainya saya@kami kelihatannya sering menjauh diri.
Hanya Allah tahu apa yang ada dalam hati dan jiwa kami.
Andai kami mahukannya...bolehkah kiranya kami tidak terikat dengan apa-apa program?
Bolehkah?
^^
Terima kasih.....
Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.

...: nurafaz a.k.a amirah :...

2 comments:

Edy Zaidi said...

kenapakah?

..: nurish :.. said...

^^,
xde pe..
saja nk buat luahan hati ni.. huhuhu..

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law