Monday, August 30, 2010

Story..

[ibu cakap ibu kucing ni sakit. kasihan anak2 die. dah lah comel. cepat sembuh ya kamu ^^]

Alhamdulillah.
Kita sudah melangkah masuk 10 hari terakhir dalam bulan yang mulia ini.
Pejam celik kita sudah berada di penghujung Ramadhan.
Di 10 hari terakhir ni, semoga kita memperbanyakkan lagi amal dan semoga kita diketemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Saya kini berada di Ipoh. Bertolak Sabtu malam dan sampai dalam pukul 2 pagi.
Alhamdulillah. Dapat bersahur di rumah ni. Dapat juga berbuka puasa dengan ibu dan abah.
Dan yang paling saya rasa beruntung lagi, dapat berjemaah dengan ibu dan abah. 
Dah lama tak solat berjemaah bersama.

Kalau arwah mak ada dulu, waktu abang2 dan kakak2 muda2 lagi, kami akan solat bersama kat ruang tamu.
Ada masanya angah jadi imam, kadang2 along. 
Pas solat, barulah kami makan sama-sama.
Then rehat kejap, yang lelakinya siap-siap pula untuk ke masjid [Isyak+terawih].
Yang perempuan kebiasaannya sembahyang kat rumah.
Saya amat merindui saat itu sebenarnya.
Saat lihat Quran lama yang selalu arwah baca, hati saya sedih.
Sekarang ni, semua dah besar2 belaka. Dah berumah tangga pun ada.
Saya tak kisah mana pun. Dapat balik ni pun sudah kira baik dah untuk saya.

Projek OOP pula masih saya tak sentuh mana, setakat interface lagi.
Ya Allah, permudahkan projek ini untuk saya.
Hari ni paling koman pun saya kena siapkan satu part. Kalau tak saya tak leh pergi jauh ni..

Hari ini, ibu nak masak SUP TULANG.
Yum~yum~
Lama tak makan sup tulang. 
Dan azam saya hari ni nak makan banyak sikit daripada kebiasaan.
Esok nak balik Melaka dah, 8 aribulan pula nak balik semula ke Ipoh. hehehe...

Macam mana ni ek, saya tetap fikir sal benda tu.
Walhal, dah seminggu berlalu. 
Tak boleh nak lupakanlah.
Ishk2.. dah parah dah saya ni.
Bila lah agaknya saya boleh betul-betul tak ingat langsung.
hahaha.. 

Tak tahu nak story apa dah.
Semalam cam banyak jek nak cerita,
tapi hari ni semuanya dikuncikan dalam hati saya.
Jadi kiranya, saya akan angkat kaki sebentar.
Jumpa entry yang lain pula ye.
Walaupun still awal lagi ni,
saya wish jugalah..
Selamat berbuka ya...
[tapi bukan sekarang tau ^^]


[Junki oppa..InsyaAllah... nanti kamu pula yang akan jadi imam untuk diri ni dan juga anak-anak kita nanti...^^]


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law