Sunday, August 15, 2010

Spagetti Itaraya


Alhamdulillah,
diberikan kesempatan untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan sebagai hambaNya.

Bagaimana puasa kawan2? Berbuka apa tadi?
Alhamdulillah, kami Bunga Raya Girls berbuka spagetti Itaraya.

Huhuhuu.. Spagetti Itaraya tu gabungan Itali dan Bunga Raya.
Semalam cari bahan-bahan nak buat, tanya Kak Ika camne nak buat.
Hari ni kami cuba nasib.

Senang je pun bahan2 die.
Spagetti, bawang putih, bawang merah, sosej, daging ke..
kuah die lak..kami gune campbell musroom tuk spagetti[terpulang pada citarasa masing2]..
huhuhu..

Goreng lu sosej dengan daging tu.. pastu tumis lak bawang2 yang ada..lastly.. masukkan campbell mushroom..

 
[ Kuah tu pekat..huhuuhu]

Then..ikut kata hati..sama ada nak letak garam banyak mana..
[nak rasa x leh..bulan puasa..]

Then... spagetti tu celurkan dia..
Dah siap!!!

Alhamdulillah..kenyang kami 6 orang...cumanya lain kali.. kami kena kurangkan sedikit kuahs yang digunakan, sedikit pekat. Overall...for me... untuk percubaan kali pertama memang sedap!

[ spagetti dengan sedikit kuih-muih]

Hari ni juga saya belajar buat garlic bread yang ala-ala Pizza Hut gitu... belajar dari Wani. 
huhuh..pasni leh ar buat selalu..ngeh3...

Pepun... Allah berikan kami rezeki lebih untuk berbuka tadi. Alhamdulillah..malah lebihan tadi leh buat sahur untuk esok.. bagus2..

Pepun.. bersederhanalah kita dalam apa jua sekalipun, lebih-lebih lagi bab makan. Banyak makan nanti berat tulang lak nak menunaikan ibadah. Semoga puasa kita diterima olehNya.

Ok....
Selamat berterawih semua.

Selasa ni exam OOP... tapi masih x cover semua lagi. huhuhu.. doakan kami yang bakal exam ni dipermudahkan untuk menjawab soklan ^^,

Akhir kalam..
jaga diri, jaga hati.

" I met my guard just now. Just like in the dream. 2012...."

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law