Monday, August 30, 2010

Selamat Ulang Tahun 53

Esok dah merdeka. 53 tahun.

Sekarang ni tengah duk tengok Sarjan Hassan.
Petang tadi pula, abah pasang 2 bendera Malaysia yang besar.
huhuhu..

Kak lang cerita pula, abah buat beg daripada bendera tu.
Dahsyat la abah.
Susah nak cari bakal suami yang macam abah, berkemahiran.
Abah buat bantal sendiri, rehal besar untuk mengaji sendiri, rumah kucing abah buat sendiri,
rak buku kat stor, kerusi.. huhuhu
Bangga plak dengan abah. Abah best!

Ok..bukan nak cerita sal abah, tapi nak ucapkan selamat ulang tahun ke 53 buat Malaysia.
Sudah merdekakah kita?
Tepuk dada, tanyalah diri kita sendiri. 
Walau apa pun, janganlah kita berlebihan dalam menyambut ulang tahun ni.
Ingatlah kita masih di bulan Ramadhan, hormatilah bulan ini.
Dan bersyukurlah kerna kita dihidupkan lagi untuk berada bebas daripada jajahan fizikal.
Dan waspadalah kerna sejarah bakal berulang kembali.

Kepada seluruh rakyat Malaysia,
selamat ulang tahun.

p/s : saya sedih nak balik Melaka semula. Tidak lagi rasa excited nak pulang ke sana. 

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law