Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, August 23, 2010

Lepaskan dia pergi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menjalani kehidupan sebagai hambaNya, semoga segala amal yang telah dilakukan diterimaNya dan diampunkan dosa-dosa olehNya.

Semalam, saya pelajari sesuatu yang benar-benar telah buka pemikiran saya.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Bunga Raya girls kerna desakan kalian semalam. Juga pada Marina yang telah drive semalam, dan pada Syima yang telah mengajak saya semalam.
Walaupun singkat.. namun benar telah membuatkan hati saya sedikit terubat.

Mungkin sedikit tertekan dengan assignment.. dari pagi duk praktis yang basic buatkan kepala saya sakit petang tu. Dalam hati ni, banyak kali ngomel.. siapa yang boleh tolong saya untuk Java ni. Interface saya sudah siapkan, dan saya try coding untuk interface yang simple. Apa yang lecturer ajar semuanya basic..banyak lagi yang tidak di-explore.. buatkan saya sedikit tertekan. Risau juga memikirkan labtest minggu ni.

Walau apa pun... segala apa yang telah diberikan pada saya, saya terima. This is the learning process. Tiada yang mudah di dunia ini. Cadangnya semalam saya mahu search lagi packages2 yang ada dalam Java.. Selalu belajar keluarkan output sahaja..kini kena key-in kan input. Tapi bila Syima ajak semalam, terasa best la plak kan.. asalnya tak nak join pun.. tapi desakan hati untuk keluar buatkan saya tekad nak ikut.

Thanks pada Marina yang tunggu saya semalam. Kami pergi temankan Marina makan.. Syima bawa kami ke Restoran Ayam Penyek dekat dengan Giant tu. Erm... sedap gak ar nasi dia tu. InsyaAllah nanti saya bawa Bunga Raya Girls pula rasa makanan kat situ. 


 

Lepas tu, kami ke Jonker Walk. Inilah kali pertamanya saya ke Jonker Walk. Semalam tak meriah mana, tapi bagi saya better daripada Ipoh nye. Cumanya..Ipoh banyak Malay yang jual...kat Melaka.. semuanya Cina. So dapatlah cuci-cuci mata sikit. 

Lagipun.. semalam jalan je pun. Saya tak peka dengan apa yang sedang berlaku.. sebabnya saya lebih banyak memandang ke arah langit. Kepala yang berat tika lihat langit yang terbentang luas, menenangkan diri saya seketika.

Pas habis jalan-jalan, kami pun pulang. Saya pun siap2 untuk solat dan terus melelapkan mata. Dan sekarang, masih merasai sakit kepala tu..tak pelah.. jap lagi tido hilang ar. InsyaAllah. Ini juga salah satu kifarah bagi dosa-dosa saya. Oleh itu, saya redha ya Allah.

Dan yang lebih buatkan saya jadi seperti semalam, kerna, Allah telah tunjukkan saya sesuatu yang memangnya telah lama saya pinta untuk DIA tunjukkan pada saya. Even sahabat saya cakap "bukan lah...", tapi saya tetap ikut kata hati ni. Terima kasih sahabat kerna menyenangkan hati ni semalam. Tapi totally, saya terkejut dan sedikit sedih. Namun.. saya terima dengan seadanya.. sebab saya tahu DIA telah dengar apa yang saya pinta.

Ok... panjang sangat lah pula kan. Saya nak meluahkan apa yang terbuku di hati ni. 
Harapnya saya dapat siapkan walaupun tidak lengkap [tapi kalau lengkap apa salahnya] dalam minggu ni. 
Semoga Allah permudahkan urusan saya dengan project ni dan juga dengan dua midterm yang bakal menyusul Khamis dan Sabtu ni. Semoga saya diberikan kekuatan olehNya. 

Ok..saya sudah semakin bersemangat.. semangat nak tido. Nak rehatkan kepala ni. 
Akhir kalam... percayalah dan tawakal lah pada Allah. DIA selalu memerhatikan kita dan semestinya DIA mahukan yang terbaik buat diri kita. Apa sahaja yang terbaik buat hambaNya.. bersyukurlah duhai diri meskipun terpaksa melalui lautan berduri. 

Terima kasih ya Allah.

"Jaga diri dan jaga hati"

p/s : JunKi oppa telah cedera! Cepat sembuh ya... siapa yang akan jaga dia nanti?? Jaga diri baik2 tau..


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design