Sunday, August 22, 2010

Garden Recipe

[menunggu waktu berbuka]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Semalam nak update x larat. Penatnye hanya Allah yang tahu.
Saya, Nadiah, Kak Fateha, Hajar akhirnya merealisasikan plan yang telah kami sama-sama rancang.

Oleh kerana semalam exam habis jam 11.36 pagi, so kami ambil keputusan pergi lepas Zohor. Dapatlah rehat-rehatkan diri sekejap kan.

Destinasi pertama kami adalah sekitar kota Afamosa.
Kami jelajah beberapa muzium contohnya Muzium Islam dan juga Muzium Kesultanan Melaka.
Ada banyak lagi Muzium..seperti Muzium UMNO, Muzium Kecantikan [barang-barang antak] dan sebagainya. Oleh kerna jarak antara muzium tak jauh mana, kami jalan kaki je. Gigih kan...

Yang bestnye adalah Muzium Kesultanan tu ar.
Dah ar besar, info-info yang terdapat kat dalam tu pun best2 jugak.
Banyak juga patung-patung yang ada. Nasib baik bulan puasa kan..
Tapi seram gak ar time lalu depan-depan patung tu, lebih-lebih lagi patung di raja tu... yang memainkan alat muzik time ada upacara apa-apa di istana. Pakai serba hitam, asalnya nak snap, tapi tetibe seram semacam kan..tak jadi nak snap.


 
Ni kat Muzium Islam. Pedang Zulfakar, salah satu pedang Rasulullah.





Utusan datang menghadap Sultan Melaka. Scary OoOOOoo...


Hang Jebat sedang bertarung dengan Hang Tuah.

Setelah pusing2 muzium, kami pulang.
Destinasi kedua kami adalah Jusco baru Melaka tu.
Kami berbuka di sana.
Mari tengok apa yang kami makan semalam.

Kami telah mencuba makanan orang-orang yang sihat, dan juga makanan mereka yang kaya gak ar.
Kami makan kat GARDEN RECIPE.


Ni menu saya... King Grilled Chicken with white rice...soup nye pula adalah sup bunga teratai. Sihat x?
Nak lagi sihat..dia rekemenkan brown rice..tapi saya tak ambil pun.. harga... RM16.90


Ni lak menu Nadiah.. Ayam Percik.... saya lupa nama dia.. harga RM14.90 [pakej Ramadhan]


Ni air saya... Apple+Orange+Honey..
Bestnye air kat sini..mereka sediakan skali khasiat setiap minuman yang ada.
Cam air saya ni... baik untuk bone growth, blood cell and stroke.
Sedap jugak air ni ^^,

Itu dia.. bak kata kak Fateha, makanan orang sakit, tapi bagi saya itulah makanan mereka yang mementingkan kesihatan. Baru dapat rasa orang kaya makan cmne..hehehe...

Selepas tu... saya tapau kek pulak.. kat SECRET RECIPE.. sambil2 tu join Hajar dan Kak Fateha makan dessert...

NewYork Cheese. Saya kongsi dengan Nadiah..


Ni pula menu kak Fateha. Best2 ^_^

Selepas semua dah siap beli barang masing-masing, kami pun beransur pulang.
Amatlah letihnya. 
Memang semalam dah aim nak jalan sakan..hahhaa...

Sebabnya.. hari ni perlu start buat kerja dah.
Once again..thanks Hajar and Kak Fateha.. really have fun yesterday.

Ini kisah saya... kalian pula macam mana??

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law