Sunday, August 08, 2010

Anak-anakku


Tengah jalan-jalan kat Mydin tadi terjumpa gerai ni. Rokok elektronik. 100% healthy. Tiada kesan sampingan.
Pelik sungguh. Siap ada demo dalam TV lagi kat gerai ni. Erm.. nak explain sal benda ni pun x reti ar.. Reti amik gambar je.

*******************************************************************
Dalam bas tadi penuh dengan manusia. Nak pergi Jom Heboh kot semua tu. 
Termasuklah adik2 yg duk kt blakang saya ni. 
Tuhan je tahu bisingnya mereka. Pasang lagu kuat-kuat, maybe nak gantikan muzik yg dalam bas tu kot..lagu x sedap la katakan. Tapi akak ni x layan la lagu melayu sangat..huhuhuhu

Yang part saya tak berapa nak gemar dengan adik2 ni, ada sekumpulan budak perempuan nak turun ngn kitaorang sekali, leh pula adik2 ni ngorat akak2 tu. Dengan nada yang bangga gitu. Sedih saya dengar.
X silap sekolah menengah rendah tu, tapi lagaknya seperti orang dewasa.

Tiba-tiba saya terlintas pula tentang diri saya. Bagaimana agaknya nanti keadaan anak saya?
Begitu jugakah? Saya mohon anak-anak saya nanti tidak seperti itu. 
Jauh kan saya fikir, terlintas je tadi. 

InsyaAllah..harapan saya mahu membina baitul muslim yang diredhaiNya, dilimpahi sakinahNya, rahmatNya. Dan anak-anak saya nanti menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan juga agama. 
Untuk mencapai tahap begitu.. saya kena perbaiki diri ini. Terlalu banyak yang perlu saya perbaiki. Untuk membina keluarga yang saya impikan, saya terlebih dahulu perlu ambil inisiatif membentuknya, bermula dari dalam diri saya sendiri ^^,

Tengah duk jalan-jalan kat Mydin juga...kami pergi lah kat section nie...



Comel kan? 
Sangat cute. 

Oleh kerna hampir semua Bunga Raya girls dah nak kahwin, so spendkan sedikit masa untuk kalian baca ini..
sebagai booster untuk korang. Pastu, kita rancang masa depan kita sebaiknya ^^,

[Artikel ini saya ambil dari FB, yang di-post-kan oleh adik Firdaus Baharudin. Syukran dik atas artikel ni.]

Assalamualaikum....

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
***************************************************************************

Cari yang dah kerja Da..
Waktu praktikal la gitu..
Macam mana ya mak kite dulu Da, Wani, dari survive utk diri sendiri kepada anak-anak pula?
Satu pengorbanan yang besar perlu dilakukan. Satu pengorbanan yang amat besar.

4 comments:

aida zazren said...

hehee..
terima kasih atas artikel itu..
saya suka artikel tu..hehehe....
mmg ada kena dengan diri ini..
hehehe..

what you call me???
DA...
hehehehe..
laen plak rasenye orang panggil cm tu..hehehe

..: nurish :.. said...

hahahaha....
slalu je kot panggil DA...
hahahaa........

cahayachenta said...

thanks for the article ya..

sy pn suka survey barang2 baby ni.. bukan nak beli.. saja2 jamu mata

..: nurish :.. said...

cahayachenta : tula..bkn beli pun.. saje buat penyedap mata..hehehe...

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law