Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, August 30, 2010

Selamat Ulang Tahun 53

Esok dah merdeka. 53 tahun.

Sekarang ni tengah duk tengok Sarjan Hassan.
Petang tadi pula, abah pasang 2 bendera Malaysia yang besar.
huhuhu..

Kak lang cerita pula, abah buat beg daripada bendera tu.
Dahsyat la abah.
Susah nak cari bakal suami yang macam abah, berkemahiran.
Abah buat bantal sendiri, rehal besar untuk mengaji sendiri, rumah kucing abah buat sendiri,
rak buku kat stor, kerusi.. huhuhu
Bangga plak dengan abah. Abah best!

Ok..bukan nak cerita sal abah, tapi nak ucapkan selamat ulang tahun ke 53 buat Malaysia.
Sudah merdekakah kita?
Tepuk dada, tanyalah diri kita sendiri. 
Walau apa pun, janganlah kita berlebihan dalam menyambut ulang tahun ni.
Ingatlah kita masih di bulan Ramadhan, hormatilah bulan ini.
Dan bersyukurlah kerna kita dihidupkan lagi untuk berada bebas daripada jajahan fizikal.
Dan waspadalah kerna sejarah bakal berulang kembali.

Kepada seluruh rakyat Malaysia,
selamat ulang tahun.

p/s : saya sedih nak balik Melaka semula. Tidak lagi rasa excited nak pulang ke sana. 

Story..

[ibu cakap ibu kucing ni sakit. kasihan anak2 die. dah lah comel. cepat sembuh ya kamu ^^]

Alhamdulillah.
Kita sudah melangkah masuk 10 hari terakhir dalam bulan yang mulia ini.
Pejam celik kita sudah berada di penghujung Ramadhan.
Di 10 hari terakhir ni, semoga kita memperbanyakkan lagi amal dan semoga kita diketemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Saya kini berada di Ipoh. Bertolak Sabtu malam dan sampai dalam pukul 2 pagi.
Alhamdulillah. Dapat bersahur di rumah ni. Dapat juga berbuka puasa dengan ibu dan abah.
Dan yang paling saya rasa beruntung lagi, dapat berjemaah dengan ibu dan abah. 
Dah lama tak solat berjemaah bersama.

Kalau arwah mak ada dulu, waktu abang2 dan kakak2 muda2 lagi, kami akan solat bersama kat ruang tamu.
Ada masanya angah jadi imam, kadang2 along. 
Pas solat, barulah kami makan sama-sama.
Then rehat kejap, yang lelakinya siap-siap pula untuk ke masjid [Isyak+terawih].
Yang perempuan kebiasaannya sembahyang kat rumah.
Saya amat merindui saat itu sebenarnya.
Saat lihat Quran lama yang selalu arwah baca, hati saya sedih.
Sekarang ni, semua dah besar2 belaka. Dah berumah tangga pun ada.
Saya tak kisah mana pun. Dapat balik ni pun sudah kira baik dah untuk saya.

Projek OOP pula masih saya tak sentuh mana, setakat interface lagi.
Ya Allah, permudahkan projek ini untuk saya.
Hari ni paling koman pun saya kena siapkan satu part. Kalau tak saya tak leh pergi jauh ni..

Hari ini, ibu nak masak SUP TULANG.
Yum~yum~
Lama tak makan sup tulang. 
Dan azam saya hari ni nak makan banyak sikit daripada kebiasaan.
Esok nak balik Melaka dah, 8 aribulan pula nak balik semula ke Ipoh. hehehe...

Macam mana ni ek, saya tetap fikir sal benda tu.
Walhal, dah seminggu berlalu. 
Tak boleh nak lupakanlah.
Ishk2.. dah parah dah saya ni.
Bila lah agaknya saya boleh betul-betul tak ingat langsung.
hahaha.. 

Tak tahu nak story apa dah.
Semalam cam banyak jek nak cerita,
tapi hari ni semuanya dikuncikan dalam hati saya.
Jadi kiranya, saya akan angkat kaki sebentar.
Jumpa entry yang lain pula ye.
Walaupun still awal lagi ni,
saya wish jugalah..
Selamat berbuka ya...
[tapi bukan sekarang tau ^^]


[Junki oppa..InsyaAllah... nanti kamu pula yang akan jadi imam untuk diri ni dan juga anak-anak kita nanti...^^]


Friday, August 27, 2010

Love Love Love by FT Island

Entah berapa kali dah duk dengar lagu baru FT Island ni hah.
Lagu ni sedap..tapi sedih la plak.. isk2.. [hahaha]..
Anyway..they will do their comeback stage today.
Kat Bunga Raya tak de astro [nasib baik....], kalau tak mahu semua duk depan TV.. 
bukak nye aja saluran KBS..hehehe...

Meh dengar lagu dia..
Mula-mula dengar xde lirik dalam english.. so terpaksa dengar 2-4 kali...
Dapat tangkap sikit-sikit yang dinyanyikan..sebab ada perkataan yang sudah biasa dengar.
Sambil-sambil tu dapatlah melancarkan lagi sebutan.
Pastu dah banyak kali dengar, baru imagine apa sebenarnya yg ingin disampaikan dengan jalan cerita sebegini.
Buat tafsiran sendiri lu..

Then.. la ni.. baru la ketemu dengan liriknya.
Syabas! Ada tekaan yang mengena.. hahahaha!

Pepun... meh dengar..


yup..betul tu.. bila difikirkan semula..
Minggu ni banyak sungguh kami diuji. Sangat terumbang-ambing kapal Bunga Raya.
Ya Allah... berikan kami kekuatan. Berikan kami jalan keluar. Siramilah kami dengan mawaddahMu, kasihMu, ampunanMu dan sinar petunjuk daripadaMu. 

Kepada Bunga Raya, walau apa pun yang terjadi..kembali kepadaNya.
Ingat..kita pernah kata.. ada rezeki tak kan ke mana. Walau kat mana sekalipun kita, we always support each other. And.. remember this.. each of us complete one another.
Be strong Bunga Raya Girls...

p/s : This song reminds me more how painful to deny this thing. Oh God...

Heechul and Donghae

Terjumpa sesuatu yang menarik perhatian saya.
Suppose I update this in another blog.
But, I wanna put it here.

Short about Heechul and Donghae.
Both of these men are from Super Junior group.

[Heechul with the cat. Donghae is next to Heechul]

Here is the story about...

Before debut, when 21 years old, there is a girl that both me and Donghae like. Then when I found out that Donghae likes her too, I hope he will be with her, so I keep telling her good things about Donghae. One day when I was chatting with the girl, she said “Why did you always talk about Donghae when you see me, and he will always talk good things about you when he sees me?!” In the end, both of us didn’t succeed, Donghae says it is better this way…
Because of this incident, I feel that when faced with friendship and love, a man will choose friendship..
Before debut, because I broke something, manager asked “WHO DID IT?!” And Donghae and I both tell the manager “I did it!”, this is truly the brotherhood/ loyalty of man…
I’m different from you. Friendship is priority to me! In love, it is just a man and a woman. There are so many women out there but it is different for friends! Where will I go find another friend like Donghae?! Friendship is my priority!!

So sweet right? It makes me remind about SS501 because their friendship also so strong. I start to love Korean stuff because of SS501. Salah satu sebabnya adalah kuatnya persahabatan yang mereka miliki. Itu yang saya kagumi.

Semoga kita juga dikurniakan sahabat-sahabat yang terbaik hendaknya. 
Bukannya mereka yang ada pada waktu kita senang sahaja.
 Pada waktu kita susah mereka jauh pergi meninggalkan kita.
Dan semoga kita dijauhkan daripada memiliki sahabat yang makan sahabatnya sendiri serta 
menikam diri kita daripada belakang.

Akhir kalam..
"jaga diri, jaga hati"


p/s : it is hurt when have to deny about it...

Wednesday, August 25, 2010

5 perkara

Uhuk..uhuk..
Haa.. tu tandanya tekak gatal asyik batuk aje.
Sebelum nak bermadah lebih panjang [as usual.. coz lama tak berpuitis ni]
mari kita perhatikan yang ada kat bawah ni.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

Pernah dengar tak perkara-perkara tersenarai di atas. Setiap di antara kita pasti akan melalui kesemua yang telah disenaraikan itu. 

Dua hari ni, saya berada dalam kondisi yang kurang sihat. Point yang pertama saya sedang laluinya. Dan jujurnya, saya rindu untuk kembali sihat. Demam yang menyerang diri buatkan badan saya terasa panas di dalam, kepala berdenyut-denyut seakan mahu meletup, dan mata saya ada masanya sakit untuk celik. Inilah keadaan yang mana saya takut untuk jatuh sakit. Dan pada satu tahap, saya menangis kerna tidak tahan. Tuhan... berikan ku kekuatan. Alhamdulillah, demam saya semakin kebah, dan harapnya batuk yang saya alami tidak berlarutan.

Lapang sebelum sempit.
Bila mana memikirkan progress saya minggu ni. Saya rasakan sedikit tertekan. Banyak benda yang saya perlu cover dan banyak benda yang saya perlu lalui. Pastinya, rakan2 se-course dengan saya akan merasai benda yang sama juga. Namun.. terima kasih Mr Shohel.. lanjutan hantar project OOP buatkan saya sedikit lega dan pastinya saya akan siapkan sebelum due.
[ 2 midterm bakal menyusul minggu ni =.=]

Hidup sebelum mati
Bulan mulia ini Allah hadiahkan buat kita. Hargainya dan peruntukkan sebaiknya sebagai bekalan masa hadapan. Bila kita di sana, kita sorang-sorang. No more best friend, no more gf, no more bf, no more mother, no more father, no more akak senior, no more nothing..except amal yang telah kita lakukan. Ganjaran pahala di bulan mulia ini Allah lipat gandakan untuk hambaNya. Grab it.. belum tentu kita akan ketemu dengan Ramadhan lagi.


Akhir kalam
Untuk promosi sebentar. IFTAR Perdana akan dijalankan pada hari ni. Sama-samalah memeriahkannya. 
Namun..jujurnya saya di sini, maaf, saya tidak dapat hadir untuk iftar tersebut. 

Jaga diri, jaga hati

p/s : ok..bila nk siapkan Ruhis ni mira???? >>><<<<

Monday, August 23, 2010

Lepaskan dia pergi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menjalani kehidupan sebagai hambaNya, semoga segala amal yang telah dilakukan diterimaNya dan diampunkan dosa-dosa olehNya.

Semalam, saya pelajari sesuatu yang benar-benar telah buka pemikiran saya.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Bunga Raya girls kerna desakan kalian semalam. Juga pada Marina yang telah drive semalam, dan pada Syima yang telah mengajak saya semalam.
Walaupun singkat.. namun benar telah membuatkan hati saya sedikit terubat.

Mungkin sedikit tertekan dengan assignment.. dari pagi duk praktis yang basic buatkan kepala saya sakit petang tu. Dalam hati ni, banyak kali ngomel.. siapa yang boleh tolong saya untuk Java ni. Interface saya sudah siapkan, dan saya try coding untuk interface yang simple. Apa yang lecturer ajar semuanya basic..banyak lagi yang tidak di-explore.. buatkan saya sedikit tertekan. Risau juga memikirkan labtest minggu ni.

Walau apa pun... segala apa yang telah diberikan pada saya, saya terima. This is the learning process. Tiada yang mudah di dunia ini. Cadangnya semalam saya mahu search lagi packages2 yang ada dalam Java.. Selalu belajar keluarkan output sahaja..kini kena key-in kan input. Tapi bila Syima ajak semalam, terasa best la plak kan.. asalnya tak nak join pun.. tapi desakan hati untuk keluar buatkan saya tekad nak ikut.

Thanks pada Marina yang tunggu saya semalam. Kami pergi temankan Marina makan.. Syima bawa kami ke Restoran Ayam Penyek dekat dengan Giant tu. Erm... sedap gak ar nasi dia tu. InsyaAllah nanti saya bawa Bunga Raya Girls pula rasa makanan kat situ. 


 

Lepas tu, kami ke Jonker Walk. Inilah kali pertamanya saya ke Jonker Walk. Semalam tak meriah mana, tapi bagi saya better daripada Ipoh nye. Cumanya..Ipoh banyak Malay yang jual...kat Melaka.. semuanya Cina. So dapatlah cuci-cuci mata sikit. 

Lagipun.. semalam jalan je pun. Saya tak peka dengan apa yang sedang berlaku.. sebabnya saya lebih banyak memandang ke arah langit. Kepala yang berat tika lihat langit yang terbentang luas, menenangkan diri saya seketika.

Pas habis jalan-jalan, kami pun pulang. Saya pun siap2 untuk solat dan terus melelapkan mata. Dan sekarang, masih merasai sakit kepala tu..tak pelah.. jap lagi tido hilang ar. InsyaAllah. Ini juga salah satu kifarah bagi dosa-dosa saya. Oleh itu, saya redha ya Allah.

Dan yang lebih buatkan saya jadi seperti semalam, kerna, Allah telah tunjukkan saya sesuatu yang memangnya telah lama saya pinta untuk DIA tunjukkan pada saya. Even sahabat saya cakap "bukan lah...", tapi saya tetap ikut kata hati ni. Terima kasih sahabat kerna menyenangkan hati ni semalam. Tapi totally, saya terkejut dan sedikit sedih. Namun.. saya terima dengan seadanya.. sebab saya tahu DIA telah dengar apa yang saya pinta.

Ok... panjang sangat lah pula kan. Saya nak meluahkan apa yang terbuku di hati ni. 
Harapnya saya dapat siapkan walaupun tidak lengkap [tapi kalau lengkap apa salahnya] dalam minggu ni. 
Semoga Allah permudahkan urusan saya dengan project ni dan juga dengan dua midterm yang bakal menyusul Khamis dan Sabtu ni. Semoga saya diberikan kekuatan olehNya. 

Ok..saya sudah semakin bersemangat.. semangat nak tido. Nak rehatkan kepala ni. 
Akhir kalam... percayalah dan tawakal lah pada Allah. DIA selalu memerhatikan kita dan semestinya DIA mahukan yang terbaik buat diri kita. Apa sahaja yang terbaik buat hambaNya.. bersyukurlah duhai diri meskipun terpaksa melalui lautan berduri. 

Terima kasih ya Allah.

"Jaga diri dan jaga hati"

p/s : JunKi oppa telah cedera! Cepat sembuh ya... siapa yang akan jaga dia nanti?? Jaga diri baik2 tau..


Sunday, August 22, 2010

Garden Recipe

[menunggu waktu berbuka]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Semalam nak update x larat. Penatnye hanya Allah yang tahu.
Saya, Nadiah, Kak Fateha, Hajar akhirnya merealisasikan plan yang telah kami sama-sama rancang.

Oleh kerana semalam exam habis jam 11.36 pagi, so kami ambil keputusan pergi lepas Zohor. Dapatlah rehat-rehatkan diri sekejap kan.

Destinasi pertama kami adalah sekitar kota Afamosa.
Kami jelajah beberapa muzium contohnya Muzium Islam dan juga Muzium Kesultanan Melaka.
Ada banyak lagi Muzium..seperti Muzium UMNO, Muzium Kecantikan [barang-barang antak] dan sebagainya. Oleh kerna jarak antara muzium tak jauh mana, kami jalan kaki je. Gigih kan...

Yang bestnye adalah Muzium Kesultanan tu ar.
Dah ar besar, info-info yang terdapat kat dalam tu pun best2 jugak.
Banyak juga patung-patung yang ada. Nasib baik bulan puasa kan..
Tapi seram gak ar time lalu depan-depan patung tu, lebih-lebih lagi patung di raja tu... yang memainkan alat muzik time ada upacara apa-apa di istana. Pakai serba hitam, asalnya nak snap, tapi tetibe seram semacam kan..tak jadi nak snap.


 
Ni kat Muzium Islam. Pedang Zulfakar, salah satu pedang Rasulullah.





Utusan datang menghadap Sultan Melaka. Scary OoOOOoo...


Hang Jebat sedang bertarung dengan Hang Tuah.

Setelah pusing2 muzium, kami pulang.
Destinasi kedua kami adalah Jusco baru Melaka tu.
Kami berbuka di sana.
Mari tengok apa yang kami makan semalam.

Kami telah mencuba makanan orang-orang yang sihat, dan juga makanan mereka yang kaya gak ar.
Kami makan kat GARDEN RECIPE.


Ni menu saya... King Grilled Chicken with white rice...soup nye pula adalah sup bunga teratai. Sihat x?
Nak lagi sihat..dia rekemenkan brown rice..tapi saya tak ambil pun.. harga... RM16.90


Ni lak menu Nadiah.. Ayam Percik.... saya lupa nama dia.. harga RM14.90 [pakej Ramadhan]


Ni air saya... Apple+Orange+Honey..
Bestnye air kat sini..mereka sediakan skali khasiat setiap minuman yang ada.
Cam air saya ni... baik untuk bone growth, blood cell and stroke.
Sedap jugak air ni ^^,

Itu dia.. bak kata kak Fateha, makanan orang sakit, tapi bagi saya itulah makanan mereka yang mementingkan kesihatan. Baru dapat rasa orang kaya makan cmne..hehehe...

Selepas tu... saya tapau kek pulak.. kat SECRET RECIPE.. sambil2 tu join Hajar dan Kak Fateha makan dessert...

NewYork Cheese. Saya kongsi dengan Nadiah..


Ni pula menu kak Fateha. Best2 ^_^

Selepas semua dah siap beli barang masing-masing, kami pun beransur pulang.
Amatlah letihnya. 
Memang semalam dah aim nak jalan sakan..hahhaa...

Sebabnya.. hari ni perlu start buat kerja dah.
Once again..thanks Hajar and Kak Fateha.. really have fun yesterday.

Ini kisah saya... kalian pula macam mana??

Saturday, August 21, 2010

Tukar lek

Mode terpaksa tukar template blog ini.
huhuhu...

Dah cuba selamatkan dah blog ni, tapi entahlah..
Dah download yang baru dah..template yg sama tp still jadi benda yang sama.

So.. terpaksa transform lagi.
Bosan sebenarnye asyik tukar baju jek. Coz I little bit demand choosing any template.

Whatever it is.. 
Tada~~~ 
hehehe...

Ok.. rehat pula.
Esok ada midterm..
Doakan kami ya.

Selamat bersahur ya nanti..tp bukan sekarang yek.
Semoga kita sama-sama mengecapi pahala sahur itu.
Dan selamat menjalani ibadah puasa ^^,

"Jaga diri, jaga hati"

Friday, August 20, 2010

My oppa

Ambil sedikit masa untuk update blog, di kala merehatkan minda menghafal pelbagai jenis formula BHM ni..
hahaha..
ni baru BHM.. belum Prob lagi..
gugur sokmo rambut! hehehe..

Ni hah... terjumpa plak artikel@news tentang JunKi.
Amboi.. kalau tentang berita dunia ke, isu semasa ke, molek la sikit kan.
Layan je la kan..

Siapa yang bagi bunga kat dia ni? Dia pun tak pernah bagi bunga kat saya. Isk2..
Tak pe2.. 2 tahun lagi kan JunKi? ^^,

Perubahan diri dia buatkan saya rasa sedih aje. Cewah.
YoungSaeng tu sparepart je ek. JunKi still the one.



JunKi oppa..
take a good care of urself. You do well in the military service, and I do my very best in my study.

Ok... cukup sudah.
Kepada Aida... selamat berada dalam keseronokan di rumah.
Jangan lupa juadah buka puasa buat kami di Bunga Raya.
Buat Wani plak, hati-hati semasa pulang nanti.
Sampaikan salam kami semua pada keluarga kalian berdua.

Kepada yang ada exam sama2 dengan saya esok,
semoga Allah permudahkan segala urusan kita.
Jia you!!!!

Akhir kalam, jaga diri, jaga hati.
Jaga hati tau ^^,

p/s : Maaf...maaf... baju putih tu saja suka-suka.

Thursday, August 19, 2010

19 Ogos...

19 Ogos 2006
Hospital Besar Ipoh
Jam 7.15 pagi

Satu ketika yang telah merubah hidupku.
Satu detik yang telah meragut kebahagiaanku.
Satu waktu yang pastinya setiap di antara kita pasti akan laluinya.

Setelah 4 tahun bertarung nyawa, Allah telah menjemputnya pergi.
Redha dengan pemergiannya.

Ingat lagi gelak tawanya.
Leterannya...
Tegurannya...
Nasihatnya...
Marahnya....
Tengkingnya..
Juga kekuatannya mengharungi kesakitan yang dialaminya...

Ingat lagi detik tika mana saat menjaganya..
Bersenda gurau dengannya..
Masak untuknya..
Menemaninya tika malam...
Menemaninya di hospital...

Ingat lagi tatkala mencium tangannya sebelum ke sekolah...
Kucup dahinya yang masih lena tidur...
Mohon restunya sebelum berangkat..
"Mak..mira pergi dulu.."

Ingat lagi masa kami ke Cameron..bercuti bersamanya..
Ke Medan...
Ke Chepor.. mandi manda bersamanya..

Sebagai seorang anak... aku benar merindui saat itu..lebih-lebih lagi masa Ramadhan menjelma..
kerna perginya juga sebelum tibanya Ramadhan.
Oh Tuhan.. aku benar merinduinya. Aku benar mahu cium tangannya. Aku benar mahu melihat wajahnya.
Dan aku benar mahu dia berada di sampingku.

19 Ogos 2010
4 tahun sudah berlalu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat serta berada di kalangan hambaMu yang bertaqwa.
Doaku..tidak pernah akan putus buatnya. Semoga dengan ini dapat membantunya di sana.
Meskipun rindu untuk bersua dengannya...aku tetap redha dengan pemergiannya.
Dan semoga kita bertemu di sana ya mak?

Sungguh ingin benar Mira katakan pada mak...
Mira sayang mak.
Dan sungguh mira amat sesali..
kerna Mira jarang ucapkan kalimah itu pada mak..namun jauh di sudut hati mira..
Mira benar sayang pada mak.

Mak idola mira.
Sampai bila-bila sekalipun.. mak tetap ratu di hati mira.
Mira tidak sempat untuk menghulurkan kasih mira pada mak..
dan apa yang mira dah lakukan pada mak semua itu tidak cukup untuk membalas jasa mak pada mira.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Dan mira benar redha dengan semua ini.
Terima kasih mak.


Ni gambar waktu Along kahwin. Mak kurus sangat. Tapi comel. Senyuman terakhirnya di atas pelamin ini benar-benar meninggalkan makna yang amat mendalam buat kami sekeluarga. 

~ Al-Fatihah ~
Ucapkanlah sayang pada insan yang kalian sayangi selagi kalian punyai waktu ini. Manfaatkanlah masa kalian dengan mereka. Dan tolonglah hargai mereka. Tanpa mereka..kita pasti tiada di muka bumi ini. Kasih mereka kekal abadi..kasih mereka amat besar sekali..kerna mereka lah yang paling banyak berkorban demi kebahagiaan kita.

Wednesday, August 18, 2010

Baju Putih


Baju putih..
Saya nak berceloteh tentang baju putih.
Leh guna downy kasi baju kita wangi. lembut dan putih berseri.

Tapi baju putih ni tiada kaitannya dengan iklan sabun mahupun pelembut kain.
Saja je nak memeriahkan isi hati ni yang selalu duk berbunga-bunga bila mengenangkan baju putih.
Well... from now on.. and from this moment.. baju putih ini memberikan sedikit impak yang kecil dalam serpihan hidup cik nurafaz. Harapnya tiada kekecewaan, tiada kesedihan yang akan menimpa sepanjang baju putih ini hadir. hahahahaha... poyo la plak kan.

Pepun... sy sudah jatuh hati pada baju putih. http://www.emocutez.com
Namun my favorite color still blue. Hopefully I can always be happy and smile always when thinking about baju putih ini.
Hahahahaa..

Ok....
Another 1 paper to go for this week. BHM....
Semoga semuanya dipermudahkanNya.
Yang lepas? Jangan tanya ar. Dah nama nya exam, pasti ada senang dan ada yang susah.http://www.emocutez.com
Apa pun keputusannya, saya terima dan redha. Cuba yang lebih baik lagi tuk labtest Sabtu depan.

Kepada semua Bunga Raya Girls, insyaAllah.. minggu hadapan hari Rabu kita akan adakan iftar Bunga Raya. InsyaAllah.
"Apa hari-hari kita makan kat rumah tu bukan iftar ke Mira?"
Dan harapnya seisi Bunga Raya dapat join.hahahaha....
dan kirenya.. kalian happy2 dan ceria2 selalu. Ada masalah kita duduk berbincang sama2.
Seperti kebiasaan kita lakukan. Ada gosip yang best sikit..kita share waktu makan..leh sembang banyak gi.
Ok just wanna say this..
I love all of you Bunga Raya Girls.

"Baju putih... selendang putih... boleh dibawa pergi sembahyang..."
Selamat bertarawih semua. Semoga puasa kita sehingga ke hari ini diterimaNya.
http://www.emocutez.com
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design