Saturday, July 31, 2010

Temong..Kati...

Pernah dengar nama tempat Temong?
Tak pun Kati?
Paling common Kuala Kangsar?
Mesti jarang2 org dengar kan Temong tu. Tu la dia kampung belah arwah mak.
Bahasa orang Temong ni yang masih berjaya menguasainya adalah opah, dan adik-beradik arwah [termasuk arwah], sy sempat blaja sikit2 je.. huhuh.. tadi duk blaja bahasa Temong pun keras je lidah nie..
Alhamdulillah lepas hajat balik kampung tadi.
Lama dah tak jenguk opah. Pekena ayam masak rendang tadi.perghh.. memang rezeki ar hari ni.
Mekasih opah. Kalau dapat masak lemak pun tadi sodap. Mau teman tambah tiga kali nanti..huhuhu.
Opah nye masakan memang mengancam.Turun lak kt arwah mak. Rindunye nak makan pengat pisang arwah masak. Smp sekarang still x dpt jumpa lagi rasa pengat pisang camtu. Kalau ibu lak..saya suka ibu masak kuah dal tu. huh... makan tu je pun ngn nasi putih sudah cukup dah. X perlu lauk yang lain.
Well.... mekasih juga pada acik yang tengokkan opah. Terasa jahat sangat tadi tak sempat jenguk, tapi bila dengar penjelasan kak lang, speechless juga rasanya. Hanya Allah je yang tahu apa yang saya rasakan. Dah la diuji dengan lori2 yang laju time mandu keta tadi, dengan hujan rintik2 nya. Dapat lak tahu cite sedih tu, buat saya rasa amat malu sangat. Dalam hati, saya mahu Allah tunjukkan pada mereka akan tanggungjawab mereka semua. Jangan hanya harta dunia dikejar..tapi ibu bapa merempat! 

Dan semoga saya tak jadi begitu dan anak2 saya tidak juga jadi begitu. Ya Allah.. tabahkan kami semua.
Erm.....esok dh nak balik Melaka, menyambung semula tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa di sana. Hasrat di hati mestilah tak nak balik. Masa sungguh pantas berlalu. Rasanya baru semalam saya jejakkan kaki kat rumah ni. ^^

Namun, spend time ngan adik.. siap movie mania lagi dengan dia [isk2..mcam mana nak study tu...]
buatkan sy rasa cuti singkat kali ni sedikit sebyk mengisi kekosongan hati saya.
Bila kat Melaka..sy terlalu ingin pulang ke Ipoh.
Tapi bila ada di Ipoh..sy rasa kosong. Tak tahu apa yang saya cari kat sini. 
Pepun.. saya bahagia ^_^
Ok... nak rehatkan diri.
Esok bas kul 1 tgh hari. 
Rasanya saya merupakan orang yang last akan sampai di Bunga Raya.
Selalunya saya lah org yg first akn berada di rumah sewa tu.
Hurm.... sy suka dengan perubahan ni! ^^
p/s : Siapalah yg nk duduk rumah ni bila opah xde nanti? Saya ke orang yg opah maksudkan? Klu suami sy org Melaka bgaimana? hehehe... gurau2..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law