Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, July 29, 2010

Seonmul

Seonmul or hadiah.
Tadi duk kemas almari, buka balik hadiah-hadiah yang kengkawan berikan time Alpha dulu.
huhuhu...http://www.emocutez.com

Bukan apa, saja teringat balik. Waktu asasi adalah waktu yg best sebenarnya.
Sangat merindui saat itu.

Yang ni pemberian Nadiah.
Actually, jujurnya saya tak tahu kenapa dia bagi benda ni.
Untuk apa sebenarnya? Tapi bila difikirkan semula.. owh...
Mungkin saya boleh guna sarung tangan ni bila pergi Korea nanti?
Yalah, mana tahu kami pergi waktu musim sejuk, tak perlu keluarkan duit untuk beli sarung tangan dah, so jimat duit kat situ. Nampaknya, Nadiah dah leh baca pemikiran saya rupanya. Awal2 lagi dah bg benda ni,
walhal waktu Alpha dulu saya kurang gemar Korea ni. Bagus2.. mekasih cik Nadiah ^^


Yang dua patung ni pula pemberian Angah. Patung Wall E. Yang ni pun saya tak tahu sebab apa Angah bagi patung ni.
Nak buat peluk kecil sangat, so saya simpan dulu dalam almari. Even, angah sendiri cakap yang dia pun tak tahu kenapa belikan saya patung ni. Cuma satu yang saya dapat tangkap.. katanya patung ni pelik dan unik.
Wah... sebab adikmu ni pelik ke Angah?? 
Mungkin ini boleh saya guna bila dah ada kereta sendiri kot. Yalah, yang putih tu lekat kat tingkap, yang kuning tu kasi duk diam-diam kat dashboard. erm.. menarik2.http://www.emocutez.com

Yang ni pula Dila yang bagi. Kereta mainan Mini Cooper. Waktu dapat benda ni, saya sungguh teruja, nak nangis pun ada. Even saya tahu saya tak akan dapat nak beli Mini Cooper, tapi kereta mainan comel ni rupanya seperti SWIFT. Tiap kali tengok kereta ni, saya teringat Swift. InsyaAllah.. satu hari nanti ^^
Mekasih Dila. Sungguh comel kereta ni.


Antara hadiah-hadiah yang saya terima time Alpha, waktu my besday.  Ada yang hadiahkan buku cam Kak Zinie, Kak Aini. Terima kasih kak. Buku ada di Melaka, tak dapat nak letak kt sini.
Oleh kerna my birthday pun lagi 2 bulan lebih gitu, bolehlah kiranya kawan-kawan saya start kumpul duit daripada sekarang. Nanti senang nak belikan hadiah. hohohoho... http://www.emocutez.com

Bukan nak demand, tapi berikut merupakan antara hadiah yang kiranya boleh kalian berikan pada diri ini.. ^^

1. Citer Sailormoon full series [DVD or CD]
[Sailormoon, Sailormoon R, Sailormoon S, Sailormoon SuperS, Sailor Stars]

2. Buku Tokoh2 Islam, x kira siapa pun dan x kira bape byk nk bg pun ^^
[as my bedtime story..also for my children's bedtime story]

3. Tiket ke konsert SUJU @Super Junior next year
[saya akn belanja makan selama 3 minggu andai ada yang sanggup sponsor sy ke konsert tu]

4. Novel2 Islamik ke @ Ramlee Awang ke @ fiksyen bm or english
[tak mau yang jiwang-jiwang sangat....]

Ok... cukup kot stakat tu...Andai tak dapat pun.. doakan agar saya dapat miliki kesemua benda di atas lebih-lebih lagi bab buku2 tu.. kecuali tiket konsert. Mahal tu.. baik saya buat benda lain daripada pergi sana.

Amacam?
http://www.emocutez.com
Saja je suka-suka nie. Tak de niat lain pun.
Ok lah.. nak berehat kejap. Mata terasa berat lak time-time gini. 


0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design