Wednesday, July 28, 2010

Saengil Chukka Hamnida

Too many entries for today.
But this one special for my little sister.


"Saengil chukka hamnida... 
saengil chukka hamnida.. 
saengil chukka ilah-san.. 
saengil chukka hamnida"


Suppose ada video baby nyanyi ni ilah, tapi x dapat nk upload. Guna broadband lambat,
so xde la jawabnye.
Huhuhuhhu.. genap sudah 18 tahun kamu ye..[betul ke 18 ni ilah..lupe la.. hehe]
Tahniah kerana sudah meningkat dewasa.
Usia kamu semakin meningkat, dan semakin singkat.
Semoga Allah memberkati kamu, semoga panjang umur dan semoga dimurahkan rezeki olehNya.

Ok...ni nak buat ucapan panjang-panjang. Nak cakap segan.. [gurau2 ^^]
Hanya melalui penulisan ini sahajalah semoga tercapai hajat di hati agar kamu mengerti sesuatu.

Nur Adilah Ishak.
Sekali lagi tahniah diucapkan. Kamu sudah meningkat dewasa. Semoga lagak dan pemikiran kamu juga dewasa hendaknya. Dan jangan pengaruhi diri kamu dengan keadaan di sekelilingmu itu.
InsyaAllah...seonmul akan muncul tiba nanti. Ada rezeki kamu, ada lah hadiah tu.
Tapi kalau nak minta Swift ke, iPhone ke, PS3 ke, laptop ke.. memang tak akan dapatlah kamu.

Apa rasanya sudah berusia 18 nie? [betul kan 18??]
Kasihan kamu, sentiasa sibuk dengan urusan study. Tapi alhamdulillah, sesibuk kamu pun, kamu masih tidak melupai tanggungjawab kamu sebagai hambaNya. Syukur. Perkemaskan dan mantapkan lagi, kerna itulah sumber kekuatan kamu.

Kak Mira tahu..kamu ingin benar ke UIA. Tapi takdir kamu di UM. Walau apa pun yang terjadi dik, jangan sesekali kamu mengungkit UIA tu. Ada sebabnya kenapa kamu tidak ke sana.
Meh sini kak mira story.
First of all : 
Abah nak kamu dapat yang terbaik dalam hidup kamu. Kamu kata kamu nak jadi ahli farmasi. Abah buat survey, tempat kamu tu adalah yang terbaik. Lagipun, andai kamu ke uia, abah risau. Jauh kot. kat Pahang.
Bagi kamu mungkin tidak mengapa, tapi bagi abah, keselamatan kamu difikirkannya. Siapa nak tengok kamu kat sana?  Kalau kat um ni, along ada, angah, ateh, kak ikin, kak lang..sume ada andai berlaku apa-apa, insyaAllah.
[cuma akak kamu yang sorang ni je la yang tak ada.. tercampak ke Melaka lak]

Oleh itu.. teruskan apa yang telah kamu tempuhi hingga ke hari ini. Abah gembira kamu ke sana. Tengok lah reaksi abah bercerita dalam kereta. Dan abah rindu kamu tu ilah. Cam apa yang kak mira ceritakan tempoh hari. Bukan kak mira minta kamu lakukan demi abah, tapi lakukan demi Allah, untuk kebahagiaan kamu juga.

Dan yang paling penting.. jangan sedih2. Berfikiran positif lah dik. Hentikan air mata kamu untuk sesuatu yang tidak ada gunanya. Mata kamu tu dah sepet dah..selalu sangat nangis. Tiap-tiap hari nangis. Tanamkan dalam hati kamu, semua yang terjadi ada hikmahnya. Tidak ada suatu pun kat dunia ni yang tiada jalan keluarnya. Seperti yang selalu kak mira ckp, yakin pada Allah. Berkomunikasi denganNya selalu. InsyaAllah..DIA sentiasa ada untuk kamu.

Ok? Jangan sedih2 lagi ek. Jangan fikir sesuatu tu terlalu berat bagi kamu. Hadapinya dengan senyuman dan minda yang positif. Kembali ceria ya ilah? Kalau arwah mak ada pun, arwah tentu sedih tengok kamu. Dia pun tak nak anak dia sentiasa sedih. Tabah ya dik! Gembiralah untuk diri kamu, untuk abah, untuk ibu dan untuk arwah.

Semoga ulang tahun kelahiran kamu kali ni merupakan titik mulanya satu perubahan dalam diri kamu.
Allah tak akan ubah diri kamu, andai kamu tidak berusaha untuk berubah. Berani untuk melangkah daripada comfort zone kamu tu. Kalau tak comfort... berani melangkah keluar daripada un-comfort zone kamu ke yang lebih selesa.

Panjang lak kan..
pepun..kitaorang semuanya sayang kamu dik.
Jia you!


[Nanti balik umah g skali..pastikan kamu telah berjaya menambahkan berat badan kamu! Kamu sudah kurus!! Ibu pun risau tengok kamu ^^]


/*************************************************************/
Kepada readers..
today's entry is for my sister, but if nak buat ucapan ka,, apa ka..
leh tinggalkan komen ya ^^

Da..........

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law