Thursday, July 29, 2010

Pendrive....

Kali ni nak cerita sal pendrive@thumbdrive@memory card dan seangkatan dengannya.
Tadi time dalam kereta pas balik dari umah Tok Bah, ibu duk belek pendrive yang berwarna kuning.
Then ibu berdialog...
"Macam mana ya orang leh simpan byk maklumat dalam benda ni. Leh simpan gambar, lagu. Saiz dia pula kecil. Macam-macam zaman sekarang,"
Saya yang duk kat belakang perhati sahaja gelagat ibu. Tapi dalam hati bermonolog menceritakan architecture pendrive tersebut.. yalah.. dalam benda tu mesti ada cip. Seperti yang kita belajar fizik semua tu. Dalam cip tu mengandungi banyak benda lak. Complicated la plak.

Sedang hati sedang asyik bermonolog, abah memintas dengan dialog nya pula.
"Allah nak tunjukkan kekuasaanNya sebenarnya,"

Saya terdiam...apa kaitannya pendrive dengan statement abah tu?http://www.emocutez.com

"Manusia cipta pendrive kecik tu tapi boleh simpan banyak benda. Sama seperti kerja malaikat kat dua bahu kita nie. Catit banyak benda dalam buku catitan. Simpan banyak maklumat,"


Saya diam. Mengaitkan semula apa yang abah perkatakan.


"Kalau manusia hebat leh buat begitu, apatah lagi Allah. Lagilah HEBAT. Allah simpan maklumat kita sejak kita kecik lagi, lepas tu kita semua dihisab di hadapan DIA. Kalau sorang dua tak pe, ni berjuta-juta yang akan dihisab. Lagi besar memori nya. Tak ke hebat tu. Allah nak tunjuk..manusia leh cipta pendrive utk simpan banyak benda, tapi Allah.. x perlukan apa-apa pun. Semua maklumat semua ada pada DIA. Itu pun bagi mereka yang nak berfikir tentang ni semua,"


Saya yang duk kat belakang semakin ligat berfikir. Erm....
Agak menarik statement abah tu. Saya pun tak pernah terfikir begitu. 


erm.....
Saya meng-conclude kan bahawa..
Pengetahuan Allah sungguh luas. Sangat luas. Tetapi kita...pengetahuan kita sangat terbatas
Pasti semua mengetahuinya kan. 
Kita tak boleh nak ingat semua benda.. tak boleh nak simpan banyak benda..
Zaman semakin canggih.. keluarlah pendrive..thumbdrive..hard disk... kerna apa yang ada pada kita amat terbatas.
Tapi pada Allah.. semuanya DIA tahu, kerna DIA Maha Mengetahui. Tak perlu nak pakai pendrive, RAM besar2.. system yang speednya laju.. OS yang amat menarik, buku nota yang tebal2 dan bermacam lagi.
Allah tak perlukan itu semua. DIA terlalu sempurna untuk bergantung pada benda2 seperti itu.


Hebatnya Allah!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law