Saturday, July 31, 2010

Balik Kampungku...

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya.
Selamat pagi semua.
Apa khabar hari ni? Hebat? Terbaik? Baik? Kurang baik?
Insyaallah semoga kita semua berada dalam keadaan yang hebat hendaknya.

Plan hari ni nak balik kampung. Lama sungguh tak lawat opah. Lama giler.
Semoga dipermudahkan urusan kami hendaknya. 
Terlebih dahulu, terima kasih buat kawan-kawan saya yg telah membantu saya. 
Saya pelajari ilmu yang baru semalam.

Semalam gak pergi kedai buku. Alhamdulillah, lepas hajat nak ke MPH.
Dan apa yang saya telah bajet..apa yang telah saya rancang sebaik sahaja masuk duit YTM telah saya penuhi.
And i'm not regret about it.. sebabnya masih dalam bajet yang telah saya peruntukkan.
Saya sangat seronok! Terima kasih Tuhan.
Apa dia yang telah saya beli tu?
Saya telah beli satu buku yang telah lama saya aim nak beli.
Dan buku seperti itu memang jual kat MPH aje. Kat Popular tak de pun.
Pepun...saya amat seronok!

Tengok buku tu buat saya semangat nak belajar! 
Booster saya di-generate tatkala memegangnya.
huhuhu.. over plak kan.
InsyaAllah..akan saya kuasai benda tu dan akan saya kuasai juga study saya sekarang ni.
Mungkin kah saya akan jadi ulat buku pas cuti nie??
Walau apa pun..saya akan cuba yang terbaik..
Dalam study saya di MMU dan juga dalam bidang lain.
Doakan saya ya. 

Ok...
Semalam saya dengar ceramah ustaz Kazim..perihal tabiat anak Adam yang suka marah.
Amat menarik dan ada satu part nie menceritakan kat kedai makan..
Ada sorang ni.. tunggu lama dia nye nasi pattaya. 10 minit tunggu x sampai g. 20 minit tggu pun x sampai g nasi goreng dia. Darah dia nak naik dah. Tak lama lepas tu..dia mengamuk. Meja dihentaknya..pastu dia blah cmtu je sambil mengomel-ngomel...
Yelah..dh lama tunggu kan.. x sampai2 g..sapa yang tak marah..

Ustaz tu ckp..kenapa nak marah2.. cuba tanya org kedai tu baik2..
"Cik..mana nasi goreng saya? Lambat lagi ke nk siap? Klu lambat siap.. saya batalkan order, sy balik. Tak pun saya sendiri yang masak kat dapur tu,"
"Nasi saya jauh sangat ke cik? maklumlah..PATTAYA kan.."
Bila dengar..rase lawak lak. Tapi last sekali ustaz tu ckp..
"Kenapa kita nak marah2? Balik pada fitrah asal kita. Kita dijadikan daripada tanah. Tanah sifatnya cepat sejuk, lembut. Balik-balik pd sifat itu. Kita bukan diciptakan daripada api. Yang sentiasa panas. Segera kita redakan kemarahan kita ni. Tak perlu nak marah-marah,"

Saya nak story banyak pun x pandai..tapi talk dia tu memang best. Ada kesempatan saya bawak balik cd die.. leh bunga raya dengar skali. Jom..ramai2 kita kawal sifat marah ni.

Lagi satu dia cakap..andai kita hilang barang... baca surah Yaasin.. apabila kita bertemu dengan penghujung ayatnya "mubin.." kita berhenti sekejap dan berdoa agar dipertemukan barang tersebut.. kemudian sambung balik. Bila jumpa ayat penghujung yg sama, berhenti dan berdoa. Sehinggalah habis bacaan kita. Satu ilmu yang baru juga semalam. ^^
 
p/s : huhuhu... OS... sy x study g... Mira!! generate booster kamu cepat!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law