Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, July 31, 2010

Temong..Kati...

Pernah dengar nama tempat Temong?
Tak pun Kati?
Paling common Kuala Kangsar?
Mesti jarang2 org dengar kan Temong tu. Tu la dia kampung belah arwah mak.
Bahasa orang Temong ni yang masih berjaya menguasainya adalah opah, dan adik-beradik arwah [termasuk arwah], sy sempat blaja sikit2 je.. huhuh.. tadi duk blaja bahasa Temong pun keras je lidah nie..
Alhamdulillah lepas hajat balik kampung tadi.
Lama dah tak jenguk opah. Pekena ayam masak rendang tadi.perghh.. memang rezeki ar hari ni.
Mekasih opah. Kalau dapat masak lemak pun tadi sodap. Mau teman tambah tiga kali nanti..huhuhu.
Opah nye masakan memang mengancam.Turun lak kt arwah mak. Rindunye nak makan pengat pisang arwah masak. Smp sekarang still x dpt jumpa lagi rasa pengat pisang camtu. Kalau ibu lak..saya suka ibu masak kuah dal tu. huh... makan tu je pun ngn nasi putih sudah cukup dah. X perlu lauk yang lain.
Well.... mekasih juga pada acik yang tengokkan opah. Terasa jahat sangat tadi tak sempat jenguk, tapi bila dengar penjelasan kak lang, speechless juga rasanya. Hanya Allah je yang tahu apa yang saya rasakan. Dah la diuji dengan lori2 yang laju time mandu keta tadi, dengan hujan rintik2 nya. Dapat lak tahu cite sedih tu, buat saya rasa amat malu sangat. Dalam hati, saya mahu Allah tunjukkan pada mereka akan tanggungjawab mereka semua. Jangan hanya harta dunia dikejar..tapi ibu bapa merempat! 

Dan semoga saya tak jadi begitu dan anak2 saya tidak juga jadi begitu. Ya Allah.. tabahkan kami semua.
Erm.....esok dh nak balik Melaka, menyambung semula tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa di sana. Hasrat di hati mestilah tak nak balik. Masa sungguh pantas berlalu. Rasanya baru semalam saya jejakkan kaki kat rumah ni. ^^

Namun, spend time ngan adik.. siap movie mania lagi dengan dia [isk2..mcam mana nak study tu...]
buatkan sy rasa cuti singkat kali ni sedikit sebyk mengisi kekosongan hati saya.
Bila kat Melaka..sy terlalu ingin pulang ke Ipoh.
Tapi bila ada di Ipoh..sy rasa kosong. Tak tahu apa yang saya cari kat sini. 
Pepun.. saya bahagia ^_^
Ok... nak rehatkan diri.
Esok bas kul 1 tgh hari. 
Rasanya saya merupakan orang yang last akan sampai di Bunga Raya.
Selalunya saya lah org yg first akn berada di rumah sewa tu.
Hurm.... sy suka dengan perubahan ni! ^^
p/s : Siapalah yg nk duduk rumah ni bila opah xde nanti? Saya ke orang yg opah maksudkan? Klu suami sy org Melaka bgaimana? hehehe... gurau2..

Balik Kampungku...

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya.
Selamat pagi semua.
Apa khabar hari ni? Hebat? Terbaik? Baik? Kurang baik?
Insyaallah semoga kita semua berada dalam keadaan yang hebat hendaknya.

Plan hari ni nak balik kampung. Lama sungguh tak lawat opah. Lama giler.
Semoga dipermudahkan urusan kami hendaknya. 
Terlebih dahulu, terima kasih buat kawan-kawan saya yg telah membantu saya. 
Saya pelajari ilmu yang baru semalam.

Semalam gak pergi kedai buku. Alhamdulillah, lepas hajat nak ke MPH.
Dan apa yang saya telah bajet..apa yang telah saya rancang sebaik sahaja masuk duit YTM telah saya penuhi.
And i'm not regret about it.. sebabnya masih dalam bajet yang telah saya peruntukkan.
Saya sangat seronok! Terima kasih Tuhan.
Apa dia yang telah saya beli tu?
Saya telah beli satu buku yang telah lama saya aim nak beli.
Dan buku seperti itu memang jual kat MPH aje. Kat Popular tak de pun.
Pepun...saya amat seronok!

Tengok buku tu buat saya semangat nak belajar! 
Booster saya di-generate tatkala memegangnya.
huhuhu.. over plak kan.
InsyaAllah..akan saya kuasai benda tu dan akan saya kuasai juga study saya sekarang ni.
Mungkin kah saya akan jadi ulat buku pas cuti nie??
Walau apa pun..saya akan cuba yang terbaik..
Dalam study saya di MMU dan juga dalam bidang lain.
Doakan saya ya. 

Ok...
Semalam saya dengar ceramah ustaz Kazim..perihal tabiat anak Adam yang suka marah.
Amat menarik dan ada satu part nie menceritakan kat kedai makan..
Ada sorang ni.. tunggu lama dia nye nasi pattaya. 10 minit tunggu x sampai g. 20 minit tggu pun x sampai g nasi goreng dia. Darah dia nak naik dah. Tak lama lepas tu..dia mengamuk. Meja dihentaknya..pastu dia blah cmtu je sambil mengomel-ngomel...
Yelah..dh lama tunggu kan.. x sampai2 g..sapa yang tak marah..

Ustaz tu ckp..kenapa nak marah2.. cuba tanya org kedai tu baik2..
"Cik..mana nasi goreng saya? Lambat lagi ke nk siap? Klu lambat siap.. saya batalkan order, sy balik. Tak pun saya sendiri yang masak kat dapur tu,"
"Nasi saya jauh sangat ke cik? maklumlah..PATTAYA kan.."
Bila dengar..rase lawak lak. Tapi last sekali ustaz tu ckp..
"Kenapa kita nak marah2? Balik pada fitrah asal kita. Kita dijadikan daripada tanah. Tanah sifatnya cepat sejuk, lembut. Balik-balik pd sifat itu. Kita bukan diciptakan daripada api. Yang sentiasa panas. Segera kita redakan kemarahan kita ni. Tak perlu nak marah-marah,"

Saya nak story banyak pun x pandai..tapi talk dia tu memang best. Ada kesempatan saya bawak balik cd die.. leh bunga raya dengar skali. Jom..ramai2 kita kawal sifat marah ni.

Lagi satu dia cakap..andai kita hilang barang... baca surah Yaasin.. apabila kita bertemu dengan penghujung ayatnya "mubin.." kita berhenti sekejap dan berdoa agar dipertemukan barang tersebut.. kemudian sambung balik. Bila jumpa ayat penghujung yg sama, berhenti dan berdoa. Sehinggalah habis bacaan kita. Satu ilmu yang baru juga semalam. ^^
 
p/s : huhuhu... OS... sy x study g... Mira!! generate booster kamu cepat!

Friday, July 30, 2010

Upgrade perbualan anda

Salam
Saja nak update sesuatu pagi ni ^^
Meh... saya kongsikan satu entry daripada page JomSayang.
Mungkin ada yang dah baca benda ni, tapi saya baru baca semalam.
Kekadang ada antara kita yang selalu buat benda ni hehehe..

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:

"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"


* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab:

"Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"


* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:

"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"


* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:

Dgn nada yg lembut " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"


* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:

"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"


* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Tak payah jawab:

Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.


* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab:

"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

Bunga Raya :
Leh ar kite praktikkan, cam slalu kite wat tu..
Mantap sungguh jawapannya. Andai wani ada ni, sure dh leh jadi satu buku novel yang terlaris di pasaran ^^


p/s : ini hanya untuk gurauan ya..

Thursday, July 29, 2010

Pendrive....

Kali ni nak cerita sal pendrive@thumbdrive@memory card dan seangkatan dengannya.
Tadi time dalam kereta pas balik dari umah Tok Bah, ibu duk belek pendrive yang berwarna kuning.
Then ibu berdialog...
"Macam mana ya orang leh simpan byk maklumat dalam benda ni. Leh simpan gambar, lagu. Saiz dia pula kecil. Macam-macam zaman sekarang,"
Saya yang duk kat belakang perhati sahaja gelagat ibu. Tapi dalam hati bermonolog menceritakan architecture pendrive tersebut.. yalah.. dalam benda tu mesti ada cip. Seperti yang kita belajar fizik semua tu. Dalam cip tu mengandungi banyak benda lak. Complicated la plak.

Sedang hati sedang asyik bermonolog, abah memintas dengan dialog nya pula.
"Allah nak tunjukkan kekuasaanNya sebenarnya,"

Saya terdiam...apa kaitannya pendrive dengan statement abah tu?http://www.emocutez.com

"Manusia cipta pendrive kecik tu tapi boleh simpan banyak benda. Sama seperti kerja malaikat kat dua bahu kita nie. Catit banyak benda dalam buku catitan. Simpan banyak maklumat,"


Saya diam. Mengaitkan semula apa yang abah perkatakan.


"Kalau manusia hebat leh buat begitu, apatah lagi Allah. Lagilah HEBAT. Allah simpan maklumat kita sejak kita kecik lagi, lepas tu kita semua dihisab di hadapan DIA. Kalau sorang dua tak pe, ni berjuta-juta yang akan dihisab. Lagi besar memori nya. Tak ke hebat tu. Allah nak tunjuk..manusia leh cipta pendrive utk simpan banyak benda, tapi Allah.. x perlukan apa-apa pun. Semua maklumat semua ada pada DIA. Itu pun bagi mereka yang nak berfikir tentang ni semua,"


Saya yang duk kat belakang semakin ligat berfikir. Erm....
Agak menarik statement abah tu. Saya pun tak pernah terfikir begitu. 


erm.....
Saya meng-conclude kan bahawa..
Pengetahuan Allah sungguh luas. Sangat luas. Tetapi kita...pengetahuan kita sangat terbatas
Pasti semua mengetahuinya kan. 
Kita tak boleh nak ingat semua benda.. tak boleh nak simpan banyak benda..
Zaman semakin canggih.. keluarlah pendrive..thumbdrive..hard disk... kerna apa yang ada pada kita amat terbatas.
Tapi pada Allah.. semuanya DIA tahu, kerna DIA Maha Mengetahui. Tak perlu nak pakai pendrive, RAM besar2.. system yang speednya laju.. OS yang amat menarik, buku nota yang tebal2 dan bermacam lagi.
Allah tak perlukan itu semua. DIA terlalu sempurna untuk bergantung pada benda2 seperti itu.


Hebatnya Allah!

Seonmul

Seonmul or hadiah.
Tadi duk kemas almari, buka balik hadiah-hadiah yang kengkawan berikan time Alpha dulu.
huhuhu...http://www.emocutez.com

Bukan apa, saja teringat balik. Waktu asasi adalah waktu yg best sebenarnya.
Sangat merindui saat itu.

Yang ni pemberian Nadiah.
Actually, jujurnya saya tak tahu kenapa dia bagi benda ni.
Untuk apa sebenarnya? Tapi bila difikirkan semula.. owh...
Mungkin saya boleh guna sarung tangan ni bila pergi Korea nanti?
Yalah, mana tahu kami pergi waktu musim sejuk, tak perlu keluarkan duit untuk beli sarung tangan dah, so jimat duit kat situ. Nampaknya, Nadiah dah leh baca pemikiran saya rupanya. Awal2 lagi dah bg benda ni,
walhal waktu Alpha dulu saya kurang gemar Korea ni. Bagus2.. mekasih cik Nadiah ^^


Yang dua patung ni pula pemberian Angah. Patung Wall E. Yang ni pun saya tak tahu sebab apa Angah bagi patung ni.
Nak buat peluk kecil sangat, so saya simpan dulu dalam almari. Even, angah sendiri cakap yang dia pun tak tahu kenapa belikan saya patung ni. Cuma satu yang saya dapat tangkap.. katanya patung ni pelik dan unik.
Wah... sebab adikmu ni pelik ke Angah?? 
Mungkin ini boleh saya guna bila dah ada kereta sendiri kot. Yalah, yang putih tu lekat kat tingkap, yang kuning tu kasi duk diam-diam kat dashboard. erm.. menarik2.http://www.emocutez.com

Yang ni pula Dila yang bagi. Kereta mainan Mini Cooper. Waktu dapat benda ni, saya sungguh teruja, nak nangis pun ada. Even saya tahu saya tak akan dapat nak beli Mini Cooper, tapi kereta mainan comel ni rupanya seperti SWIFT. Tiap kali tengok kereta ni, saya teringat Swift. InsyaAllah.. satu hari nanti ^^
Mekasih Dila. Sungguh comel kereta ni.


Antara hadiah-hadiah yang saya terima time Alpha, waktu my besday.  Ada yang hadiahkan buku cam Kak Zinie, Kak Aini. Terima kasih kak. Buku ada di Melaka, tak dapat nak letak kt sini.
Oleh kerna my birthday pun lagi 2 bulan lebih gitu, bolehlah kiranya kawan-kawan saya start kumpul duit daripada sekarang. Nanti senang nak belikan hadiah. hohohoho... http://www.emocutez.com

Bukan nak demand, tapi berikut merupakan antara hadiah yang kiranya boleh kalian berikan pada diri ini.. ^^

1. Citer Sailormoon full series [DVD or CD]
[Sailormoon, Sailormoon R, Sailormoon S, Sailormoon SuperS, Sailor Stars]

2. Buku Tokoh2 Islam, x kira siapa pun dan x kira bape byk nk bg pun ^^
[as my bedtime story..also for my children's bedtime story]

3. Tiket ke konsert SUJU @Super Junior next year
[saya akn belanja makan selama 3 minggu andai ada yang sanggup sponsor sy ke konsert tu]

4. Novel2 Islamik ke @ Ramlee Awang ke @ fiksyen bm or english
[tak mau yang jiwang-jiwang sangat....]

Ok... cukup kot stakat tu...Andai tak dapat pun.. doakan agar saya dapat miliki kesemua benda di atas lebih-lebih lagi bab buku2 tu.. kecuali tiket konsert. Mahal tu.. baik saya buat benda lain daripada pergi sana.

Amacam?
http://www.emocutez.com
Saja je suka-suka nie. Tak de niat lain pun.
Ok lah.. nak berehat kejap. Mata terasa berat lak time-time gini. 


Wednesday, July 28, 2010

Saengil Chukka Hamnida

Too many entries for today.
But this one special for my little sister.


"Saengil chukka hamnida... 
saengil chukka hamnida.. 
saengil chukka ilah-san.. 
saengil chukka hamnida"


Suppose ada video baby nyanyi ni ilah, tapi x dapat nk upload. Guna broadband lambat,
so xde la jawabnye.
Huhuhuhhu.. genap sudah 18 tahun kamu ye..[betul ke 18 ni ilah..lupe la.. hehe]
Tahniah kerana sudah meningkat dewasa.
Usia kamu semakin meningkat, dan semakin singkat.
Semoga Allah memberkati kamu, semoga panjang umur dan semoga dimurahkan rezeki olehNya.

Ok...ni nak buat ucapan panjang-panjang. Nak cakap segan.. [gurau2 ^^]
Hanya melalui penulisan ini sahajalah semoga tercapai hajat di hati agar kamu mengerti sesuatu.

Nur Adilah Ishak.
Sekali lagi tahniah diucapkan. Kamu sudah meningkat dewasa. Semoga lagak dan pemikiran kamu juga dewasa hendaknya. Dan jangan pengaruhi diri kamu dengan keadaan di sekelilingmu itu.
InsyaAllah...seonmul akan muncul tiba nanti. Ada rezeki kamu, ada lah hadiah tu.
Tapi kalau nak minta Swift ke, iPhone ke, PS3 ke, laptop ke.. memang tak akan dapatlah kamu.

Apa rasanya sudah berusia 18 nie? [betul kan 18??]
Kasihan kamu, sentiasa sibuk dengan urusan study. Tapi alhamdulillah, sesibuk kamu pun, kamu masih tidak melupai tanggungjawab kamu sebagai hambaNya. Syukur. Perkemaskan dan mantapkan lagi, kerna itulah sumber kekuatan kamu.

Kak Mira tahu..kamu ingin benar ke UIA. Tapi takdir kamu di UM. Walau apa pun yang terjadi dik, jangan sesekali kamu mengungkit UIA tu. Ada sebabnya kenapa kamu tidak ke sana.
Meh sini kak mira story.
First of all : 
Abah nak kamu dapat yang terbaik dalam hidup kamu. Kamu kata kamu nak jadi ahli farmasi. Abah buat survey, tempat kamu tu adalah yang terbaik. Lagipun, andai kamu ke uia, abah risau. Jauh kot. kat Pahang.
Bagi kamu mungkin tidak mengapa, tapi bagi abah, keselamatan kamu difikirkannya. Siapa nak tengok kamu kat sana?  Kalau kat um ni, along ada, angah, ateh, kak ikin, kak lang..sume ada andai berlaku apa-apa, insyaAllah.
[cuma akak kamu yang sorang ni je la yang tak ada.. tercampak ke Melaka lak]

Oleh itu.. teruskan apa yang telah kamu tempuhi hingga ke hari ini. Abah gembira kamu ke sana. Tengok lah reaksi abah bercerita dalam kereta. Dan abah rindu kamu tu ilah. Cam apa yang kak mira ceritakan tempoh hari. Bukan kak mira minta kamu lakukan demi abah, tapi lakukan demi Allah, untuk kebahagiaan kamu juga.

Dan yang paling penting.. jangan sedih2. Berfikiran positif lah dik. Hentikan air mata kamu untuk sesuatu yang tidak ada gunanya. Mata kamu tu dah sepet dah..selalu sangat nangis. Tiap-tiap hari nangis. Tanamkan dalam hati kamu, semua yang terjadi ada hikmahnya. Tidak ada suatu pun kat dunia ni yang tiada jalan keluarnya. Seperti yang selalu kak mira ckp, yakin pada Allah. Berkomunikasi denganNya selalu. InsyaAllah..DIA sentiasa ada untuk kamu.

Ok? Jangan sedih2 lagi ek. Jangan fikir sesuatu tu terlalu berat bagi kamu. Hadapinya dengan senyuman dan minda yang positif. Kembali ceria ya ilah? Kalau arwah mak ada pun, arwah tentu sedih tengok kamu. Dia pun tak nak anak dia sentiasa sedih. Tabah ya dik! Gembiralah untuk diri kamu, untuk abah, untuk ibu dan untuk arwah.

Semoga ulang tahun kelahiran kamu kali ni merupakan titik mulanya satu perubahan dalam diri kamu.
Allah tak akan ubah diri kamu, andai kamu tidak berusaha untuk berubah. Berani untuk melangkah daripada comfort zone kamu tu. Kalau tak comfort... berani melangkah keluar daripada un-comfort zone kamu ke yang lebih selesa.

Panjang lak kan..
pepun..kitaorang semuanya sayang kamu dik.
Jia you!


[Nanti balik umah g skali..pastikan kamu telah berjaya menambahkan berat badan kamu! Kamu sudah kurus!! Ibu pun risau tengok kamu ^^]


/*************************************************************/
Kepada readers..
today's entry is for my sister, but if nak buat ucapan ka,, apa ka..
leh tinggalkan komen ya ^^

Da..........

Notification full!!!!

Dengan nama Allah.

Salam semuanya. 
huhuhhuhu... first of all I want to say sorry.
Main-main lak kan saya ni.
Bukan main-main, cuma sudah banyak kali terlintas tapi pertahankan.
Namun, kali ni dan hari ini, saya akan memenuhi notification all my followers.
Sorry. Really sorry.

I feel so silly. But after make this decision, I still feel silly.
Tak apalah, bukan selalu saya nak buat lawak kan. Sekali sekala.
Mana tahu lepas ni saya buat lawak lagi.
Sedia-sedialah untuk prepare ketawa ya ^^

I like this template. Simple but nice.
Siap ada salji lagi tu. Baru real life di Korea.
Luckily, blog lagi satu tu pun ada salji. huhu.. suka2.
Before this I used Naruto.
huhuhu.. because I closed it, so no one knows.
Kinda miss old template, but this one is better.
Thank you Uncle Google, you help me a lot.
Another 2 days is my blog's anniversary.
^_^

I will not say " New Beginning" again,
but I will keep saying that, just go through with it until the end.
^^
See ya..

Sunday, July 25, 2010

Panjang dowh..

Oh no...
I think about it again.
Well..
I do really like to share my life@my story with others.
Sejujurnya..i lost my pure intention.
Tapi sayangnya...

Blog satu lagi tu untuk kegilaan tentang Kpop.
Tak kisah lah orang nak kata apa sekali pun.
Asalkan apa yang saya lakukan tidak menganggu gugat orang lain.

Baru2 ni ada satu kes lagi.
Aduh..pening kepala.
Mohon kekuatan agar diri ini tidak jadi begitu dan agar anak2 ku nanti tidak seperti begitu.
Dan harapnya sedarlah apa yang telah dilakukannya.
Sedar ya wahai adik.
Kami semua sayangkannya. Andai sayz tersilap kata..maafkan, namun masih mengharapkan sinar dari yang empunya diri. 

Oh ya...
BONAMANA dah sampai ke rumah!
Bajet ada MV dia.. sekali tak ada la..erm..
xpe2.. nka buat macam mana kan..terima je la..
At least dapat poster SUJU!!
Dapat tengok Ryeowook byk kali!
tetibe terlintas lak Junki..
mesti dia marah kalau tahu minat Ryeowook lebih daripada dia.
Maaf2.. ^^
I wonder how is he rite now..
Will he remember me as I remember him?
Erm....
gurau2..

Apa plan cuti nie..
Assignment OS dah siap.
Tinggal yang nombor 2 nye lak.
So..ingat dah mantapkan OS dengan Prob cuti nie.. smbil2 tu leh layan Sailormoon..
Tapi salah bawak balik cd la plak!
Isk2.. so tak dapatlah nak tengok Sailormoon. Layan je cite yang ada dalam komputer ateh nie.
Best2! Banyak lak cerita yang ateh ada!
huhuhu...
Selain OS dan Prob..kalau sempat nak mantapkan juga Java. InsyaAllah.
Pastu baru balik Melaka dengan senang hatinya. Amin ^^
Rabu ni hari jadi Ilah.
Dah semakin tua dah rupanya. 
Hope kuar nanti dapatlah jumpa hadiah untuk dia nanti.
Ok la kot.. dah panjang sangat ni. 
Nanti update lagi ya..^^

Sebelum tu meh tengok lu my hero-hero yang ada...
This picture taken from Virgin Snow movie.
Sweet rite.. but this was before he went to military service..

This one taken during his military service.
First tengok gambar die, terkejut..die KURUS sangat!!!
Kasihan!!
Tapi tetap macho!!!
Amacam? comel tak first hero ni?
Nama dia Lee Jun Ki..
If my future husband like him also pun ok.
JunKi malaysia barangkali?? ^^

This is Heo Young Saeng.
Second that capture my heart.
His voice is EXTREMELY wonderful.
SS501 member.
Well, I'm a good stalker for this group.
Anything wanna ask about them.. feel free to cantact me..hehehe..
Cute eh?
Tapi dia ni jenis jaga penampilan sangat.
Terlalu. sO... Sah2 tak sesuai dengan diriku..pepun2.. dia memang cute,

Lastly adalah Ryeowook.
Start jatuh hati kat dia time tengok lagu BOnamana kat KBS.
Waktu tu tak tahu lagi nama dia.
Then.. search barulah tahu..huhuhu..
Masih mengkaji diri dia sebenarnya.
huhu

Ok..nampak sangat selingannya kan..
Pepun.. semua kat atas hanyalah mimpi dan impian sahaja.
Namun yang JunKi tu..harapnya biarlah menjadi kenyataan..huhuhu..
Ok...
jumpa lagi..tata..
  

Friday, July 23, 2010

My heart

Tetibe nak menulis something. Let's recall back.
[Rekaan watak yg bermain di fikiran]
************************************************************************
2007
"Aku suka dia tu. Kalau ko suka dia, aku tak akan maafkan ko,"
Ingat lagi... time ak dapat tahu kawan baik ak sendiri menyukai orang yang aku suka, aku amat kecewa.
Dia juga memulakan step untuk memulakan persahabatan dengan lelaki itu.
Dan sehingga ke hari ini, ak menaruh perasaan tak suka pada lelaki berkenaan.
Ak amat sedih. Hati aku bagaikan disiat-siat tatkala mengetahuinya.

"Ak nak bagitahu ko satu perkara ni. Aku dengan Android dah jadi lebih dari kawan,"
Satu lagi perkara yang ak sudah jangka yang ia akan berlaku. Waduh!! Sekali lagi ak terkena dengan orang yang sama. Entahlah. Aku memang speechless time tu. Apa yang dia bajet untuk aku jawab?
Sedih diperlakukan sebegini.

"Dulu, dia kenal dengan aku dahulu, baru ko,"
Apakah? Perlukah khabarkan sebegitu?
Ak tekad beritahu pada hati aku. Itu menunjukkan yang ak tidak perlu meminati lelaki2 sebegitu.

"Andre..Ini Andre,"
Namun, apabila melibatkan Andre, ak jadi sedikit tertekan. Cukup! Jangan rampas Andre dari aku! Ini yang ak rasakan. Ini yang ak mahu dia ketahui. Susah payah aku rahsiakan hal Andre dari ko. Susah payah ak sorokkan dia dari ko. Tapi ko tahu jugak. Dan panggilan Andre hanya ak sahaja yang panggilnya. Cukup! Aku tak mahu ko rampas Andre!

Sudah banyak kali ak terkena dengan benda yang sama. Buatkan aku rasa takut nak share masalah aku, perihal ak dengan ko. Ak jadi fobia.. sehingga kini.

2010
"Malik tu kan...Malik tu..."
Kenapa dahulu, bila ak sebut soal Malik ko lain macam je? Macam tak nak layan je?
Tapi sekarang..ko seperti excited. Ko suka dia ke?
Ak tak kisah. Jujurnya ak tak kisah. Tapi ak pernah share something dengan ko sal Malik kan.
X pela..atas nama persahabatan ak buang perasaan tak baik ni. 
Lagipun.. ak tahu matlamat hidup aku.

Kerna kisah silam aku dahulu buatkan ak semakin takut nak berkongsi dengan kalian.
Setiap yang berlaku dalam hidup ak, ak takut nk khabarkan. Ak takut kalian akan tikam ak dari belakang meskipun ak tahu korang tak akan buat ak begitu. Maafkan ak. Ak terlalu banyak berfikir.

Sekarang....matlamat ak hanya pada hidup ak.
Dan ak masih menunggu khabar Andre.
Benar..sejak tahun 2006.. sehingga sekarang.. hampir 4 tahun ak masih menanti berita tentang dia.
Jika dulu ak katakan, ak akan lepaskan segala ingatan ak tentang dia.. tapi sekarang..
ak masih berharap dapat tahu tentang dia.
Biarlah orang nak anggap ak ni apa. Ak just mahu tahu berita tentang dia sahaja.

Dan benarkah...Aimi buat dia begitu? Kenapa?
Dan di mana Andre sekarang? Dia ok ke?
Dia liar ke? Macam mana study dia?
Ya.. mungkin ak bukan yang boleh menarik perhatian dia, tapi biarlah dia tahu
yang dia masih mempunyai kawan yang mengambil berat tentang diri dia.
Andre... semoga kita berjumpa ya nanti.
Kenapa sampai kena tendang daripada universiti? Kenapa?
Tak pela... ak akan tetap tunggu khabar dari ko.
Kat FB....Myspace...Friendster..
semua ak sudah try cari..tapi x jumpa.. namun ak yakin ko pasti ada akaun FB..
^^
************************************************************************
Wah...Tetiba terasa nak menulis tentang isi hati pula.
Tapi ini bukan isi hati saya ya. Dah lama dah duk dalam fikiran ni. 
So hari ni revealkan. InsyaAllah..terhasilnya satu lagi cerita berdasarkan isi hati di atas.
huhu.. Dah lama tak giat menulis cerita ni. Last cerita tajuknya Bicara Untukku dan merupakan cerita yang kesembilan yang telah saya karang.
Then.. upcoming ni watak die namanya Ruhis.. hehehe[ciplak nama blog yg lepas] tajuk cerita masih tak dapat lagi,dan masih tak siap lagi
 Lepas siap yang Ruhis tu baru sambung yang baru lak. ^^


Nanti leh kumpul banyak-banyak then bukukan..
Leh bagi anak2 baca.. huhuhu ^_^


Oh ya.. nota kecil buat Andre..

" Kepada Andre..
My hope is that..I'll hear a news from u.
Thats will be enough for me.
Thanks for being my competitor all this time.
Thank you so much.
Thank you.."


p/s : Semoga hajat mu telah tercapai dengan entry ni. 

Wednesday, July 21, 2010

Nila....

Sakit ni datang balik..tsk..tsk
Semalam makan keutiau goreng...
perghh...pedas ar.. smp x rasa pun keutiau tu..
rasa pedas je lebih.
Pe lagi.. hari ni kena ar penangan die.
Sakitnye..Tuhan je yang tahu.
Kalau kat rumah..ibu akan bagi ubat sapu.. tapi kat sini mana nak cari.
Tak telefon ibu abah pun tanya sebab takut depa risau.
Sakit ar.
huhu..

Tula..lain kali jangan pepandai nak makan pedas2.
Dah tahu sakit.. lagi mahu makan kan...

Ok...hari ni..kelas x byk.. lagipun OS tak g pun tadi.
Tido dlm kesakitan.
Malam ni walau apa pun yang terjadi akan siapkan juga OS.
InsyaAllah.
Dan esok leh compile kan dalam A4 terus. InsyaAllah.
Hari Jumaat leh hantar. huhhu ^^

"jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga......"


"Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang" (Al-Hujurat:12)



Suka pulak dengan kata2 di atas ni. Ada pula tambahan titik noktah yang banyak [....]
Kalau senang cerita, sapa makan cili dia akan rasa pedasnya.
Pedas ke Mira?
Tak ada lah. Saya yakin, kata-kata itu tidak menimbulkan sebarang kontroversi pun.
Pemberitahuan dan penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Itu yang terbaik.
Walau apa pun, saya terima dengan hati yang terbuka.
Andai nila tersebut leh bercampur dengan susu itu, apakah yang akan berlaku ya?
X delah. Saja nak melontarkan isi minda di sini.
Saya terima... ^^

[Dup..dup..dap]
Saat itu menjengah diri seketika.

Songsil Student

Student Korea from Songsil University datang!!
Kawai~~~
Minam~~~

huhhuu..

Sangat teruja jumpa diaorang.
And will learn their language later!
I will! 
InsyaAllah.

So...cute~~~huhuhu
Dua harinye event.
Isnin dan Selasa..
Namun dapat pergi satu event sahaja.
Xpela..daripada tak jumpa mereka langsung.
IT Society yang buat semua ni.
Next time..I'll be the komiti.
I'll serve for Korea..hehehe..joking only.
Pepun..satu hajat yg x lepas g..
X dpt tangkap gambar dengan mereka semua.
Xpela... ^_^
***************************************************************

Ni satu g,
Kontest Love Ya tu..
tak silap, ada 8 peserta semuanya.
Tapi sedih ar..
kebanyakkan peserta amik sikit2 lirik kitaorang.
Memang sedih kot.
Xpela..
Ada rezeki x ke mana pun sebenarnye.
Tengoklah sama ada menang ke tak.
Tapi hopefully memang la..insyaAllah.
Amin!

^_^

Sunday, July 18, 2010

UPAX

Hari ni hari Ahad.
Alhamdulillah.
Esok Isnin, the new day.
Owh ya.. esok ada Korean Culture.

Tadi tengah main2 dengan software baru, terjumpa blog lama.
Dengan menggunakan nama RUHIS.
hahahaa...
bile baca balik.. cam kelakar je rasenye..hehehe
Dan nasib baik..dh padam dh pun blog tersebut. ^^,
Cukuplah dengan apa yg ak ada sekarang ni.

Erm...
apa yg telah berlaku?
Nothing happen..
Just that..Im switch to DIGI!
yeay!!
Bak kata hosuemate.. "Nak tipu orang la tu.. Nak habiskan kredit orang"
So I declare it here. Seandainya kredit kalian jatuh banyak.. itu tandanya, saya bukan pengguna Celcom lagi..huhuhu

Sebab apa tukar line?
Entahlah..saja suka2 kot.

Ok... 
nti update lg.
kene siapkan assgnmnt la.
OS..
dh tahu nk buat apa tapi sbb xpakar sgt dlm Linux..
so agk lambat sikit.
xpe2..hari ni cari maklumat dahulu.
nanti compile kan pula!
Jia you!!!!

Saturday, July 10, 2010

Letih...

Alhamdulillah.
Syukur.
Hari ni memang penat. Sampai sekarang pun masih terasa penatnya.
Hari ni..jalan2 dengan Nadiah dan Ecah.
Saya beli....



Betul2 nak belajar bahasa Korea dan melancong ke Korea.
Plan dah ada dah. InsyaAllah..paling awal pun lepas grad nanti!
Semoga umurku panjang untuk mencapai cita-citaku ini.
Amin. Doakan ya.. ^_^

Mule-mule kami pergi Tesco, Ecah nak buat cermin mata. Lepas tu pergi pula Jusco yang besar tu.
Beli baju sikit. Offer kot!! hehehe.. lagipun bukan selalu beli baju nie.
Lepas tu kami pergi semula ke Tesco, dan akhirnya terus ke Mydin.
Hohoho... alih2 pergi tempat yang sama juga. Tak lari mana pun.

Syukur, apa yang saya nak, dah dapat.
Even... items yang dipesan pun dah sampai..









Seminggu tunggu akhirnya sampai juga.
Lagipun nak bagi Aida hadiah.
Hope dia sukalah.

Pas minum Bubble Tea, kami pun balik..hehehehe...
Memang letih nie.. tapi nak habiskan juga baca buku tu.
MUET lak ambil hujung tahun nie.
Alhamdulillah buku latihan pun dah beli.
Semoga berjayalah MUET nanti.hehehe...

Esok....
Esok duk umah je kot.
Tak larat dah nak ke mana2.
Pagi kemas rumah.. petang baru start study.
That's my plan.

Ok... nk rehat.
Nanti menulis lagi.. ^_^
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design