Sunday, May 16, 2010

Yahio


"Belajar lagi ke?"

"Ye, nak masuk tahun kedua dah,"

Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah habis tahun pertama Degree dan tahun kedua di MMU.

Sepanjang berada di Beta level ni, banyak dugaan dan cabarannya. Sesiapa pun akan rasai semua tu. Formaliti hidup kita sebagai hambaNya.

Bile kenangkan semula, di mana fall point diri ini, sampai banyak kelas skip. Konsep die begini sebenarnya. Andai kita tak ponteng kelas, insyaAllah sampai bila-bila pun x akan ponteng. Tapi bila dh start ponteng tu, terasa nyaman sekali untuk melakukannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Itu apa yang dirasai waktu semester pertama.

Semester percubaanlah katakan. Kesilapan juga berjaya dilakukan.
Alhamdulillah semester kedua masih ada untuk melakukan perubahan.
Begitu juga dengan semester ketiga ni.

Pepun, apa yang boleh dikatakan, waktu degree ni bukannya waktu yang boleh dianggap enteng. Bukan juga waktu suka-suka gitu. Waktu ni lah sebenarnya kita perlu usaha gigih untuk masa depan kita. Semester demi semester menerima sesuatu yang baru. Kena marah dengan kak Dayah sebab xde study plan. Kerna kak Dayah la sekarang saya sudah tahu nak atur semula study plan.

Pepun, yang lepas biarkan lepas. Bukannya boleh putar balik dan betulkan semuanya. Bersedia pula untuk semester yang baru dan tahun yang baru, kerna lebih mencabar nampaknya. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baiknya.

Pada semua lecturers dan tutors saya, terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Tanpa kalian, entahlah, siapalah juga saya ni.Terima kasih dan halalkan ilmu yang telah diturunkan pada saya. Maafkan juga salah dan silap saya.

Pada teman2 seperjuangan pula, terima kasih kerna masih bersama dengan saya. Study sama-sama, makan sama-sama, stalker pun sama-sama, mempunyai minat yang sama. Rasa best punyai semua perasaan itu dan dapat berkongsi bersama kalian! ^_^



Pertemuan yang amat simple, terima kasih kerna menjemput diri ini.
Bukan selalu dapat hang out dengan korang. Lagi menarik kalau dapat sertai gathering kedua korang tu. Erm.. ^_^


Ish...ish...
apa ni?
Longgokkan barang pelarian ke?

Hari ni, Bunga Raya Girls telah berjaya menjalankan misi mereka iaitu mengemas rumah.
Alhamdulillah syukur kerna kami diberikan kudrat yang lebih untuk menyiapkan semua kerja pada hari ini juga. Masing-masing ada tugasan masing-masing, except Aida, sebabnya dia tak habis exam lagi, kesian lak nak ganggu dia study. Dan juga Syima, yang telah melarikan diri terlebih dahulu sebelum rumah siap dikemas.


Ini ruangan dapur kami. Sila-sila duduk.. jemput...


Ni sapa lak ni duk sengih-sengih kerang busuk ni? Ish2..
Sambil-sambil tu si Nadiah ni main jeling-jeling kat dua tempat,
satu kat kenduri hujung sana [ kami tak dijemput T_T], satu tempat lagi,
kat rumah sebelah. Haaaa...........


Yang ni lak try main selak tikar. Langsir rumah tak lak selak, tikar pun jadilah.
Hari ni kami jadi gadis cuci sebentar. Yelah, dah duk rumah kan, semuanya kena buat sendirilah,
kalau kat hostel tu nanti adalah yang tolong-tolong cucikan.

Ini dinamakan self-early-training. Bagus untuk masa depan.

Setelah penat bekerja, kami melayan first class diri kami sendiri dengan Bubble Tea.
Pas Aida abis exam je, kami melencong ke Bubble Tea. Sangat sedapnye [thumbs up **], tapi kali ni dapat baby pearl la.. grand pearl abis sudah...

Dan sekarang, semua kami di Bunga Raya sedang menunggu masanya untuk pulang ke rumah. Sangat mahu pulang!!!

Semoga event esok berjalan dengan lancarnya dan semoga segala urusan daftar MUET juga berjalan dengan lancarnya. Wah!!!!!

Cuti nanti nk buat apa???
Erm...
nak keluar dengan member-member.
Nak habiskan semua drama yang di download.
Nak spend banyak masa di rumah.
Dan banyak lagi.

Ilah masuk UM 23 aribulan ni, tak dapat nak join Musafir Al-Quran.
Menemani adik yang tersayang masuk ke zaman universiti.
Melepaskan dia pergi untuk sambung belajar dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

Sedih sangat dia nak pergi belajar. Pasni tak de sapa dah nak sidaikan baju. Nak buli suh gosok baju, suh ambil barang kat rumah sebelah, tak de sapa dah nak membebel kat kucing "Jangan masuk rumah!!!", xde sapa nak marah-marah si Lucky, tak ada sapa dah nak membebel suh saya ni buat baik-baik, tak de sapa dah nak tolong masak2, tak de sapa dah nak jadi bahan sembang perkara mengarut-ngarut di kala bosan. Huhuhuhhu..

Rumah kami akan jadi sunyi nanti..sangat sunyi.
Sapa pula yang akan take over jaga rumah.. sebabnya selama ni adiklah yang buat semuanya.
Setiap kali rumah dikemas, tak tahu barang2 letak kat mana, adiklah yang tolong. hehehe..
over lak saya ni kan. Tapi tula.. terasa kehilangan sangat2 adik bongsu sorang ni tak ada kat rumah. Melaka-KL...insyaallah, andai saya lepas jalan kt KL tu, turun gak saya ke KL nanti.

Masa nak bersama dengan adik pun x lama. Cuti ni mesti sedikit sunyi. Tak pelah, berjuang untuk ilmu lebih baik kan dik.

Ok...dah jauh dah melalut ni.
Mahu rehatkan diri.
Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.


~ Bunga Raya Girls ~

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law