Tuesday, May 04, 2010

SS501

Santai mode.

Yup.

Alhamdulillah lepas sudah 2 paper.
Pagi dengan Physical Security
dan petangnya pula Machine.

Erm..komen?
Bak kata sorang akak senior ni,
"Macam exam la"

So, saya pun memberikan jawapan yang sama, macam exam.
Susah senang tu semuanya bercampur aduk menambahkan ramuan yang ada.

Physical Security,
banyak aplikasi, ok lah..
gunakan kebolehan kelentong di situ dan pastikan ikut teori yang ada.

Machine pula,
soalannya semua adalah past years, alhamdulillah ada yang boleh jawab, ada yang tak boleh juga, normal la.. ^_^

So, tawakal sahaja pada Allah, kita dah berusaha, serahkan semuanya pada Allah,
rezeki masing-masing. Ada rezeki, adalah, insyaAllah.

Thankz to Mr Poong, because of him, I like this subject. Macam mana orang cakap sal dia pun, I tetap suke.. cewah~~~ Mekasih sir. Bila fikir balik, nak pula mahirkan diri dalam microprogramming ni, sebabnye C++ memang susah sikit nak faham. Manalah tahu, kot2 leh jadi machine programmer. Amin...

Sekarang fokus pula untuk 2 subjek yang akan datang ni.
Sebelum tu, mode saya sekarang ni SS501.

Lee Jun Ki pula sudah selamat berada di army side.
Sedang menjalani latihan selama 2 tahun.
2012 baru nampak kemunculannya.
Sedih tau!

Tak apa lah..
Kat sana dia fokus jadi askar
saya kat sini fokus untuk study.
2012.. kita ketemu semula dengan ketrampilan masing-masing.

Oleh itu.. jaga diri ek kat sana.
Wat latihan elok-elok dan semoga dapat jodoh cepat2.
Kalau leh.. nak tengok Junki kahwin lu.. baru leh saya naik pelamin. ^_^
[dan mengarut]

Ok..
mari layan satu lagu yang best!
Suka lagu ni..
JunKi nyanyi part rap je,
tu pun dah memadai.
Hayati liriknya
kerna itu yang saya akan wat setiap kali dengar apa-apa lagu.

Dan saya tujukan lagu ni wat JunKi ^_^

Akhir kalam,
jaga diri
jaga hati

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law