Tuesday, May 25, 2010

Off to KL

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syukur ke hadratNya kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar, mencelikkan mata untuk menempuh dunia yang lebih mencabar serta menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi ini, dengan izinNya juga.

Alhamdulillah
Sudah selamat menghantar adikku yang sorang ni ke UM Ahad yang lepas.
Semoga dia sekarang baik-baik aja. Rumah sudah mula sunyi.
Ketiadaannya mulai terasa saat saya menjejakkan kaki ke rumah.

Kat sini, mahu mengucapkan ribuan terima kasih buat Haffis a.k.a Apiz dan Mai.
Yang Apiz tima kasih sebab sudi spend kan masa datang rumah sehari sebelum kami bertolak ke KL, semata-mata mahu berkongsi pengalaman semasa dia di UM [PASUM]. Sejam jugalah Apiz meluahkan perasaannya dan berkongsi rasa dengan adik saya.

Cara belajar, lecturers, setiap subjek macam mana pembawakannya dan bermacam lagi.
Dengan notes yang Apiz dan Mai berikan pada adik saya, buatkan saya rasa amat terharu.
Allah permudahkan urusan adik saya. X perlu susah2 cari senior kt sana.
Banyak betul notes yang depa duk bagi adik saya.
Mekasih sekali lagi.

Paling saya terharu, even ada dua budak SMKJ yang dapat, Apiz ternyata lebih care kan adik saya. Terima kasih Apiz. Tolong tengok-tengokkan dia ya. ^_^

Well, saya tak sangka saya telah menjejakkan kaki saya ke UM, dan ke PASUM[ Pusat Asasi Sains Universiti Malaya], yang mana telah mengubah hidup salah satu kawan saya sewaktu sekolah menengah. Harapan di hati even terlalu tipis, mahu bertemu dengan dia di sana. Tapi saya yakin yang saya tak akan ketemu dengannya. Dan kerna dia jugalah, saya masih begini.

Abah pula seronok juga tengok Ilah dapat UM even saya tahu abah risaukan dia. Kata abah dah hampir 30 tahun sejak dia last jejakkan kaki ke UM time dia belajar dulu.

Tak sampai setengah jam meninggalkan adik seorang, abah dah suruh ibu tepon Ilah tanya dia macam mana. Ibu juga turut sama risaukan Ilah. Yalah, Ilah mana pernah pergi asrama. Mahu tak mahu dia perlu belajar hidup sendiri. Even saya juga risaukan dia. Sebab dia tu lain sikit. InsyaAllah dia boleh!

3 hari off ke KL memang best bagi saya. Saya jumpa banyak benda baru..lebih2 lagi bab makan.
Restoran yang best, minum guna cawan yang saya tak pernah gune sebelum ni. Maklumlah kedai kuning kan cawan biasa je. So, lebih banyak gambar yang akan menjadi penyambung cerita saya ni.



~Pak cik tu sempoi kan? Anak dia yang kai baju hitam kat belakang tu.~

~Yang kai baju itam tu adalah lelaki kat atas tadi[anak pak cik tu]. Kat sebelah dia tu adalah abah saya..hehehehe.. inilah kerja saya tatkala saya sudah bosan!~

~Cawan yang sungguh unik! Sedap pun sedap! hehehe~
~Suppose ada satu gi cawan. Tapi saya dah delete la plak.~

Saya sangat jakun sebenarnya. Terasa macam saya ni baru nak kenal dunia, padahal cawan je kot.

~Dangau Rumbia~
Restoran yang sangat klasik. Kalau kat Melaka restoran ni ada cam Tomyam Klasik tu.
Tapi Dangau Rumbia ni makanan dia murah sedikit berbanding kat Melaka tu.
Dan yang PALING BEST kat situ adalah....

~TADAAAA!!! SATAY! hehehehee.... Satay daging dia memang sedap!!! Saya sangat suka!~

Cakap sal makan ni, ada satu lagi restoran yang saya tak sempat nak pergi, iaitu...
RESTORAN CINA MUSLIM
Menu UTAMA dia adalah NASI ITIK!

Saya nak sangat ke sana, dan bukannya hanya sebab nak merasa nasi itik,
malah turut mahu menitipkan silaturrahim. hehehe..
Restoran Cina Muslim... ^_^

Oleh sebab niat saya dah lain, Allah terus batalkan plan kami untuk ke sana.
Allah mahu saya betulkan niat saya dahulu.
Isk3... nakal sungguh cik nurafaz ni.

Itulah dia serba sikit perkongsian perjalanan saya ke KL.
Tak banyak nak story pun.
Nak story sal UM pun saya tak tahu sangat.
So.. saya hanya pakar cite sal makan je.
Leh ar join JALAN-JALAN CARI MAKAN pas ni.
^_^


Sebelum saya akhiri entry ni,
seperti biasa
jaga diri
jaga hati
ketemu lagi kita ya..


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law