Thursday, May 27, 2010

Miss Lonely

Miss Lonely nk update blog kejap.

Yup...little bit lonely, but will get used to it.

Kak Lang dah balik Kapar petang tadi.
Ilah lak xde. So, saya keseorangan.
Duduk di rumah sorang2 kekadang tu terasa sunyi lebih2 lagi time malam.
Hanya TV dan radio menjadi peneman diri ni.
Dan nasib baik Kak Lang tinggalkan broadband die,
kalau tak, lagi keboringan lah jawabnya.

Tapi sekarang, berada di rumah ibu [525].
Ibu dan abah risau agaknya saya sorang2 kat rumah 526 tu,
so, I ended up by sleeping in this room.
The best thing is that, bilik ni ada aircond!! hehehe..
tapi yang boringnya, I cant go out, susah sikit nak tengok TV,
Kalau kat rumah 526, tu bagaikan rumah saya. I can do anything,
sebabnya ibu dan abah tido kat rumah 525.

Dan ini juga latihan buat saya.
Mana tak nye..
pagi2 kena pastikan rumah bersih.
Cek untuk buang sampah ke tidak hari tu.
Then sidai kain, kemas rumah [esok kene operasikan rumah tu sorang2],
Petang sikit cam biasa sembang dengan pokok2 kat luar sambil mandikan mereka semua.
Itulah rutin saya setiap hari.

Kekadang tu rasa best tau buat kerja rumah.
Bila tension sikit, mulalah tangan saya nak mengemas.
So, alhamdulillah, almari saya telah berjaya saya kemaskan.
Teringat lak zaman muda2 lu time punggah sume barang keluar.
So sweet~~~~ ^_^

Erm...
Arqam?

Apa pula tu?
Dah lama saya nak mengkaji tentang kumpulan tu.
Kumpulan Arqam.

Bukannya saya nak masuk ke apa, tapi sebabnya adik abah saya merupakan ahli kumpulan tersebut. Dan saya baru ketahui satu sejarah baru, semua adik beradik abah merupakan ahli Arqam except abah. Then semua keluar, tinggal sorang je, sebabnya suami dia orang kuat Arqam.

Sungai Penchala!
Kawasan kecil yang semua penduduknya merupakan ahli Arqam.
Adik abah tinggal situ lah. Hari tu pas hantar Ilah, kami singgah sekejap.
Kasihan saya tengok cara kehidupan mereka. Daif.

Bayangkan, satu rumah tu sampai 4 family tinggal.
Kena bahagikan lagi bahagian rumah.
Atas ni famili A, kat dapur tu famili B dan sebagainya.

Kalau rumah tu sebesar rumah PM ke saya tak le kisah mana,
Ni rumah kampung biasa. Ya Allah.
Mereka kelihatan bahagia, tapi kita yang susah hati lihat mereka begitu.

Cuma satu sahaja yang bagusnya,
mereka didik anak2 mereka untuk bekerja.
Means selain daripada belajar, mereka di-train untuk melakukan kerja2 teknikal.
Wat catering, buka restoran, repair, dan sebagainya.
In case mereka berpecah ke, ape ke, kemahiran yang mereka miliki membolehkan mereka hidup sendiri nanti.
Tapi....satu yang menyedihkan, mereka tidak mementingkan ilmu pengetahuan.
Dan jodoh telah ditetapkan sendiri oleh mak bapak mereka.
Mestilah berkahwin sesama mereka juga.
Sosial mereka adalah orang2 mereka sahaja.
Itulah kehidupan mereka.
Itu apa yang saya dapat lihat dengan mata saya sendiri.

Semoga adik abah tu sedar dan jangan terlalu taksub dengan kumpulan tersebut even mereka dah lama dalam kumpulan Arqam tu.

Isteri arwah Ashaari [x tau ar eja betul ke tak], Khadijah Aam telah menimbulkan kontroversi yang amat besar sekali. Mengatakan arwah suaminya lebih hebat daripada Tuhan? Bukankah itu jelas menunjukkan kerosakan akidah? Sampai bila mereka mahu terus butakan mata, pekakkan telinga dengan semua ni? Dan masih mahu taat pada ajaran tok guru mereka?

Taat pada suami akan diberikan payung emas. Membenarkan suami berpoligami, payung emas akan diberikan sebagai ganjaran pada isteri yang telah berkorban kasih untuk madu dan suaminya. Payung emas apakah itu? Taat pada suami tanpa memikirkan baik buruknya? Sehingga menyebabkan diri kita sendiri tidak terurus? Anak-anak? Nauzubillah..

Inilah yang hampir berlaku pada adik abah. Suaminya mahu kahwin satu lagi. Andai dia diberi keizinan untuk berkahwin, insyaAllah dia akan diberi ganjaran payung emas di sana nanti.
Abah memang tak setuju langsung! Mampukah dia memberikan nafkah zahir? Mampukah dia berlaku adil? Lihat keadaan kamu macam mana. Kamu hidup bagaimana? Bolehkah dia menyara satu lagi?

Inilah yang saya risaukan pada sedara saya tu.
Dan ini juga buatkan saya risau dengan kehidupan saya.
Semoga Allah perkuatkan akidah saya, dan mereka yang saya kasihi.

Dan saya masih berminat untuk mengkaji kumpulan tersebut sebenarnya.
Global Ikhwan....
Saya akan teruskan apa yang telah saya mulakan.
Walaupun kekadang tu takut pun ada, tetapi mereka adalah sedara saya.

Sama-samalah kita berdoa agar akidah kita semua terpelihara.
Tiada tuhan selain Allah.

" Jaga diri, jaga hati"

2 comments:

aishah said...

ley la pasni,kalu ko tensen....ko ngemas bilik...hahah

..: nurish :.. said...

ne leh.. tu kan slalu nadiah nye tugas..
die pun suke mengemas..hahaha

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law