Saturday, May 01, 2010

Makan Time!!!


Makan...makan...makan..
I love to eat!

"Kak, Mak Ngah jemput datang lepas Isyak,"

Saya yang baru balik dari kampus dalam kul 5 petang terkejut kerna depan rumah ada khemah.. kat depan tu ada sofa2. Terkejut.

Adik yang duk cakap dengan saya, saya sipu-sipu malu.
Namun dalam hati ada taman. [pinjam ayat Kak Ruby]

Kenapa ada taman?

Selama ni, kami duk tengok je jiran wat kenduri.
Bukan terliur [walaupun adalah sikit], tapi sebabnya kita berjiran.
Namun, mungkin salahnya juga dari pihak kami juga.
Yelah.. nak nampak muka pun susah.

Bak kata mak cik tadi,
"Mak Cik nak kejar korang, mak cik ni lambat jalan. Bila mak cik keluar, korang dah masuk rumah. Susah nak jumpa korang,"

Bagi saya, saya suka sangat!
Semoga permulaan perkenalan ini akan membawa pengakhiran dan sepanjang perjalanan yang baik.

Nabi amat tekankan soal kejiranan.
Allah meninggikan darjat mereka yang menghormati+jaga hati jirannya.
Even jiran terasa dengan perbuatan kita tu pun dikira sesuatu yang berat.
Islam itu indah! Dari maknanya, rupanya dan perlaksanaannya.
Islam itu indah!

Memang tadi kami dilayan seperti rajalah.
Seolah-olah Allah sampaikan hajat kami pada tuan rumah.

Petang tadi, waktu keluar, Aida ada cakap nak makan durian.
Wani dan Aida cerita tentang makan durian. Balik Pahang je makan durian.

Pastu pagi tadi pe-kena-kan Syima dengan TEMPOYAK.

Allah punya perancangan..
Kenduri tadi, ada lauk tempoyak.
Dan paling best, bubur kacang durian.

Lihat. Sebab tu saya cakap, Allah sampaikan hajat kami. Terima kasih Allah!

Dan part yang paling MENARIK...
saya dah lama duk aim kuih kacang, Aida lak duk malu2 nk minta.. =.=
Entah perasan ke pun tuan rumah tu saya duk aim kuih kacang.. entahlah..
nak sejukkan hati Aida, try amik juga kuih pulut tu,
tapi bila nak ambil je..
Pak cik datang bawa sepinggan kuih kacang kat depan kami.
SYUKUR!
Tak jadi nak ambil kuih pulut tadi. Maaf ya Aida.

Macam tahu2 je pak cik ni saya suka kuih tu. hehehe..
Memang saya makan sehabisnya la..
Bak kata Ecah dan Aida, saya ni makan banyak bila kat luar, kat rumah sikit.
Betul ke? Entahlah..
Cuma yang saya tahu, saya ikut sifat abah bila makan kt luar.
Abah suka habiskan makanan. Selera abah besar sikit.
So, saya mewarisi itu sifat.

Segan?
Sikitlah..tapi sebab saya bersama kawan2 saya.
Saya hilang segan. Sebab mereka pun satu kepala dengan saya, tak kisah orang nak pandang saya macam mana. Asalkan matlamat saya nak makan tu tercapai.hahaha.. teruk sungguh rasanya..
Tapi bila saya di kalangan kawan2 yang tidak rapat sangat, even family saya,
saya segan sangat..so makan pun cover2.

Syukran ya Allah.
Benar2 terasa tadi semuanya telah Kau sampaikan pada kami.
Syukur atas rezeki malam ni. Berbaloi simpan space sambil menahan lapar tengok Aida+Wani
makan kat Mydin. hehehe..

Pepun..
Tak ada apa dah...
Yeay!
^_^

Waktu sekarang mesti kawan2 tengah duk study..
saya lak duk wat benda len..hehehe
x kesahlah..

Selamat study pada semua kawan2..

Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.
Sebab kalau dah jatuh..susah nanti.

Erm....

Semoga dipermudahkan dalam exam buat semua.
Jaga diri juga.

p/s : Nk makan Pizza! Tahniah buat Ilah, dapat PASUM. Tahniah adik Ecah dapat jurusan yang dipohon. [buat keputusan baik2 tau]. Tahniah adik Syima dapat sambung law. Belajar rajin2 tau semua! ^_^


Tak tahu ni muka puas hati ke.. puas makan..atau puas hati makan...
hahahahahaha...

2 comments:

Wan Haffiz said...

x tapau ke? huahua...

..: nurish :.. said...

xdpt ar..
wani ckp pak cik tu dh offer..
silapnye ak x dengar lak..
andai ak dengar..
insyaAllah ak akan tapau..
lebih2 lagi kuih kacang tu..

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law