Tuesday, May 18, 2010

HYS

Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah tercinta dalam jam 2 pagi. Laju sungguh bas tu.
Nasib baik sedar time masuk Simpang Pulai, kalau tak jadi cam sorang foreigner ni.

Tempat Kejadian : Perhentian Bikam
Jam : 12.52 tengah malam

Bas tiba-tiba lak berhenti. Ternyata pemandu mengantuk sebabnya dia pergi ke belakang kejutkan partner die, suh gantikan tempat die. Saya pula sedikit cuak, dalam fikiran, selamatkah diri ni sampai ke Ipoh?

Tiba-tiba lalu pula sorang foreigner ke muka pintu bas. Muka bangun tidur la katakan. Dia cakap-cakap dengan pemandu bas. Namun, pemandu bas tu nampak sukar untuk berbicara, nasib baik ada backup yang leh fahamkan apa yang foreigner tu bagitahu. Saya pula pada mula senyum2, sebabnya ingatkan foreigner tu mamai. Yalah, terus melulu ke muka pintu bas x tentu pasal.

"Is this KL?"

"KL?" Pemandu bas tu tanya semula.

"What time is it?"

"Almost 1 o'clock"

Terpinga-pinga foreigner tu. KL? Semua terkejut kot. Foreigner tu tak peduli langsung orang yang duk perhati die, fokus dia hanya pada pemandu bas tu je. Saya pula semakin cuak.

"We already near to Ipoh" Pemandu tu balas lek.

"Ipoh?" Nampak sangat foreigner ni x tau Ipoh tu kat ne.

Tak kisahlah, yang jadi masalahnye, dia sudah terlepas. KL dah jauh ke belakang. Ipoh lagi sejam lebih je nak sampai.

Yang pemandu bas lak cakap2 dalam bahasa diaorang [Indian], so saya tak tahu apa yang depa bicarakan, sungguh jauh saya nak tafsirkan semua tu. Tapi macam nak bergaduh pun ada, sebabnya masing-masing meninggikan suara mereka.

Akhirnya, foreigner tu minta turun kat situ jugak. Kat tengah highway, tengah malam. Hujan lak rintik-rintik. Saya kasihan tengok die. Dah lah foreigner, sesat lak tu. Kenapalah dia tak turun je kat Ipoh, at least ada tempat berteduh, leh ambil teksi ke, bas lain ke.

Ye..memang dia berhenti kat Perhentian time tu, tapi at least.... entahlah.
Kasihan sama dia, harapnya dia selamat la sampai ke tempat dia tu.
Erm.. so pas ni, hati2 yek kawan-kawan..kalau rase tido tu x ingat dunia dah, minta pesan kat orang sebelah ataupun pemandu bas itu sendiri. Mana tahu leh tolong kejutkan kita nanti.

***********************************************************************************

16 Mei 2010
Alhamdulillah apa yang telah dirancang berjalan dengan baiknya.
Terima kasih buat semua.

Cantik aturanNya.
Itulah kata-kata seorang sahabat saya time dalam kereta.
Benar!
Allah telah makbulkan doa kami.
Kita merancang, Allah menentukan.
Namun, perancangan Allah jauh lebih hebatnya dalam plan kami ini.
Terima kasih Tuhan.

Apa yang telah kami lakukan, kami telah lakukan,
walaupun pada mulanya memang cuak sungguh!
Serius.
Ecah merevealkan dirinya yang sebenar.

Tuhan je yang tahu perasaan kami semua.

"Mira, nak buat apa ni, Wani takutlah,"
Nampak ar muka cemas Wani tu. So, saya pun mematikan enjin kereta.

Jiran lak dah duk jeling-jeling. Tak boleh jadi ni.
Kami semua masuk semula dalam rumah.

Yalah,
bila api bertemu api,
apa yang akan dapat kan?

Saya sendiri tak tahu nak buat apa time tu,
sempat juga duk sengih2 sambil pandang whiteboard.
[Entah mengapa saya buat begitu. Nasib baik Wani sorang je yang nampak]

Walau apa pun,
tahniah pada semua.
Kita telah berjaya lakukannya.
Terima kasih pada watak utama dan semua watak sampingan.
Tanpa kalian, nescaya semua itu tidak akan berjaya.

Namun, jauh dalam hati saya,
mohon agar Allah tak timpakan kita semua dengan ujian begitu lagi
dalam kita bersahabat.
Owh...nehi..nehi...nehi...

I don't want to be in that situation anymore.
Let it be sweet memory in our heart yek Bunga Raya Girls!

Workey..
Setelah berjaya menikmati Coconut Shake..juga hajat menyambut dua orang member ni tercapai, hati sedikit lega!

Campur pula dapat pekena satay yang jejaka2 sekalian gigih mencari, menyebabkan hari tu memang best tuk kami semua. Mekasih ye..

MUET pun dh selesai daftar. Hope tak le dapat kat MMU.
Sekarang ni adalah masanya untuk memanfaatkan masa cuti yang ada!
Hehehe..

Killa! Apih! Pijah! T-rah! Lan! Syu! Ammar! Yana!
Jom wei!
Tournament bowling!
[hopefully dapat jumpa mereka semua!!!!!]

Ok..
cukup sampai di sini

Akhir kalam,
jaga diri,
jaga hati.

"Kau sedih, aku gembira?
Kau gembira, aku sedih???"
[lirik terbaru Aida]

p/s : [^_^]..khas tuk eXo.. Zul, maaf ek.... sal kasut tu. serius ak memang tak ingat ape2. yang ak tahu printer ko je.


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law